31 January 2009

FAKTOR KEGAGALAN USAHAWAN


Walaupun berniaga sendiri banyak kelebihannya, ada sesetengah usahawan gagal menjalankan perniagaan mereka. Berikut adalah disenaraikan beberapa punca yang menyebabkan perniagaan gagal. Sebagai usahawan yang ingin mencapai kejayaan, elakkan daripada sikap dan faktor-faktor berikut:

.....
1 Gagal mengurus aliran tunai.

Tiada catatan dan rekod transaksi yang membolehkan aliran wang keluar dan masuk diketahui dengan tepat dan diapantau. Sesetengah usahawan berpendapat, wang masuk adalah keuntungan dan sebagai pemilik perniagaan, mereka berhak membelanjakan wang bagi apa saja tujuan, termasuk perkara yang tidak menguntungkan perniagaan.

.....
2 Suka bertangguh.

Sikap ini pada awalnya mungkin tidak memberikan masalah besar, tetapi apabila dibiarkan, ia memberi kesan pada pengurusan perniagaan. Dokumen jadi bertimbun kerana lewat diproses, masa terbuang dengan mencari maklumat dan akhirnya keputusan yang dibuat adalah tidak tepat serta merugikan perniagaan.

....
3 Strategi pemasarannya tidak berkesan.

Strategi pemasaran yang digunakan tidak berkesan bagi menarik pelanggan. Malah, ianya tidak berjaya mengekalkan pelanggan yang sedia ada. Pelanggan lebih tertarik dengan pesaing yang strategi pemasarannya jauh lebih berkesan.


4 Sikap negatif usahawan.

Perniagaan boleh gagal disebabkan oleh sifat negatif yang dimiliki oleh usawahawan seperti hasad dengki, boros, tamak, pemarah, berprasangka, terlalu berahsia dan individualistik.

....
5 Gagal merancang dengan baik ataupun tidak tahu merancang.

Mereka yang gagal merancang, sebenarnya merancang supaya gagal. Walaupun rancangan mungkin dibuat, ia tidak spesifik dan sekadar, "Saya mahu untung tahun ini!"Berapa sasaran untungnya dan bagaimana merealisasinya, tidak ditetapkan. Akhirnya impian jadi seperti angan-angan Mat Jenin.

....
6 Khidmat pelanggan yang tidak cekap.

Usahawan hanya memikirkan bagaimana mendapatkan pelanggan tetapi tidak memikirkan cara mengekalkan pelanggan. Hakitanya, mengekalkan pelanggan adalah lebih sukar daripada mendapatkan pelanggan.

..
7 Pekerja tidak cekap dan tidak amanah.

Pekerja diambil tidak berdasarkan kemahiran dan sikap yang betul. Usahawan tidak membuat pelaburan bagi melatih pekerjadan tidak meluangkan masa yang cukup bagi menyelia pekerja.
....

8 Mengambil mudah aspek persaingan.

Usahawan mengambil pendirian, "Rezeki secupak tidak akan jadi segantang." Mereka juga terlalu yakin dengan kelebihan diri kerana sudah lama bertapak dan dikenali ramai, tidak berusaha supaya terus berdaya saing serta tiada usaha memperbaharui dan mengunikkan produk dan perkhidmatan.

....
9 Kemahiran terhad.

Usahawan mahir dalam satu bidang sahaja. Sebagai contoh, usahawan produk kraf tangan perlu juga ada pengetahuan dalam aspek komunikasi, pemasaran, computer, perhubungan awam dan sebagainya.

...
10 Lokasi perniagaan tidak sesuai.

Kedai sukar disinggahi ataupun pelanggan sukar pergi ke kedai itu. Misalnya, kedai berada di tengah-tengah persimpangan lampu isyarat ataupun terlindung, menggagalkan perniagaan walaupun barangannya bermutu dan banyak pilihan. Pelanggan juga mungkin tidak terperasan apabila kedai pakaian misalnya, terletak di tingkat atas bangunan.
....

11 Tidak berfikiran jauh.

Usahawan tidak berkifikiran global dan futuristik atau ke hadapan. Mereka tidak tahu ataupun tidak ambil tahu perkembangan semasa pelbagai aspek perniagaan. Barangan yang dijual ataupun perkhidmatan yang diberikan mungkin terkebelakang daripada segi ciri-cirinya dan mempunyai permintaan yang berkurangan. Usahawan perlu menambah ilmu pengetahuan dari semasa ke semasa dan ia dilakukan dengan menghadiri kursus serta seminar keusahawanan, mendapatkan nasihat daripada rakan-rakan serta mereka yang pakar dan juga membaca majalah-majalah serta lamanweb berkaitan keusahawanan.

...
12 Kurang pengalaman.

Usahawan menjalankan perniagaan dalam bidang yang mereka tidak mahir ataupun tidak minat. Usahawan yang bermula daripada bawah, biasanya lebih berjaya dan kekal lama kerana mereka berpengalaman dalam perniagaan yang diajalankan. Mereka tidak mudah ditipu oleh pelanggan dan pekerja. Mereka juga tidak mudah dikalahkan oleh pesaing.
...

13 Kurang modal kewangan.

Perniagaan yang dimulakan tanpa modal yang mencukupi, mungkin menyukarkan usahawan berkembang, mengecewakan pelanggan dan akhirnya menggagalkan perniagaan. Walau bagaimanapun, modal yang sedikit apabila diurus dengan baik, tidak mustahil rezeki secupak akan jadi segantang.

...
14 Tiada sistem mengurus akaun yang efisien.

Hal ini menyebabkan usahawan tidak tahu kekuatan sebenar perniagaan dan mengesan kelemahan perniagaan pada peringkat awal. Masih ramai usahawan bumiputra tidak mementingkan aspek mengurus akaun dalam perniagaan mereka. Antara sebabnya adalah, mereka gagal memahami bagaimana sistem mengurus akaun yang mantap dapat membantu mereka mengaut keuntungan dan mengelak rugi.
...

15 Terlalu tamak berkembang.

Usahawan tidak ‘mengukur baju di badan sendiri’. Cawangan yang dibuka tidak kena pada masanya dan tanpa kemampuan kewangan yang mencukupi, menyebabkan usahawan gagal.
...

16 Tiada penyambung kejayaan.

Ada perniagaan gagal bertahan lama kerana individu yang bertanggung jawab membangunkan perniagaan, jatuh sakit ataupun meninggal dunia. Malangnya, tiada siapa yang berkebolehan dan terlatih, dapat mengambil alih perniagaannnya. Ada perniagaan yang Berjaya pada zaman 'pentadbiran' si ayah, tetapi menjadi kucar-kacir apabila tampuk pemerintahan diambil alih oleh si anak.

...
17 Rakan kongsi berpecah. Perniagaan yang berpotensi juga gagal akibat rakan kongsi yang tidak sehaluan.

KISAH KEGAGALAN

FROM IRFAN KHAIRI


Kegagalan jarang sekali ditekankan dalam motivasi, walhal, terdapat lebih ramai mereka yang gagal berbanding dengan mereka yang berjaya!

Namun begitu, tahukah anda, 98% daripada self-made millionaires hari ini pernah gagal? Ya! Kegagalan adalah sebahagian daripada
kejayaan.

Pernah saya sebutkan bahawa, punca utama seseorang tidak mencapai kejayaan adalah kerana TAKUT KEPADA KEGAGALAN.

Fahami betul-betul ayat saya di atas. “Takut kepada kegagalan” adalah sebab utama seseorang tidak mencapai kejayaan. Bukannya “Gagal adalah punca utama tidak mencapai kejayaan”

Apabila anda takut kepada kegagalan, anda akan menghalang diri anda mengambil langkah pertama. Langkah utama dalam mencapai apa-apa kejayaan. Sekiranya anda berada dalam keadaan “Takut kepada kegagalan” ketahui bahawa itu adalah benteng utama anda.

Bagaimana hendak melepasi benteng tersebut? Ikut kata-kata NIKE, just do it! Kalau nak DUIT, anda perlu DO-IT!

Terlalu banyak kisah-kisah kegagalan mereka yang berjaya boleh dikongsikan. Antara kegemaran saya adalah kisah seorang pemain baseball di Amerika Syarikat pada tahun 70-an. Namanya adalah Babe Ruth.

Babe Ruth ketika itu merupakan pemain yang paling banyak sekali membuat home-run (larian dengan markah tertinggi di dalam baseball) ketika itu. Tiada siapa boleh menandingi rekod Babe Ruth yang membuat home-run.

Namun begitu, Babe Ruth juga merupakan pemain base-ball yang paling banyak sekali struck-out (terpaksa keluar oleh kerana pukulan tidak mengena bola!)- lebih daripada 1,300 kali!

Setiap kali Babe Ruth tidak mengena bola, beliau akan senyum sahaja. Apabila ditanya wartawan sukan kepada Babe Ruth, mengapa beliau senyum setiap kali tidak mengena bola, jawabnya “Setiap kali hayunan saya gagal mengena bola, ia bermakna makin hampir hayunan saya akan mengena bola dan akan mendapat home-run untuk pasukan saya tidak lama lagi!”

Pemikiran Babe Ruth adalah, lagi banyak kali beliau mencuba walaupun gagal, lagi hampir dirinya akan mencapai kejayaan dalammendapatkan home-run!

Fikiran beginilah yang perlu ada oleh semua dalam mencapai kejayaan. Kegagalan bukan bererti anda yang gagal secara peribadi, tetapi, ia bermaksud makin hampir anda akan mencapai kejayaan.

Fikirkan kisah-kisah ini pula:

-Genius Albert Einstein, hanya boleh bercakap apabila umurnya 4 tahun!

-Saintis Isaac Newton sering gagal ketika sekolah dan diberi gelaran oleh guru-guru sebagai murid yang “tiada harapan”!

-F.W Woolworth ketika berumur 21 tahun bekerja dikedai runcit sering dimarahi oleh pemilik kedai sebagai “seorang yang tidakpandai menjual!”. Kini, Woolworth adalah antara rangkaian pasaraya terbesar di United Kingdom!

-Pengasas Disneyland, Mr Walt Disney ketika bekerja di syarikat akhbar pernah dimarahi oleh editornya oleh kerana “Tidak mempunyai imaginasi dan tidak pernah mempunyai idea yang bernas”!

-Michael Jordan, pemain basketball terulung pernah dikeluarkan dari pasukan basketball ketika di sekolah menengah!

-Thomas Edison, pencipta lampu mentol pula ketika sekolah sering dimarahi oleh gurunya dengan “Seorang murid yang terlalu bodoh untuk pelajari apa sahaja”!

Tidak habis lagi kisah Thomas Edison, tahukah anda Thomas Edison juga gagal dalam lebih 1,000 eksperimen dalam mencipta lampu mentol sebelum menjumpa formula sebenar cara menyalakan lampu mentol!

Adakah ikon-ikon di atas pernah mengalah dan berhenti daripada melakukan apa yang mereka percaya? Sudah tentunya tidak.

Kegagalan adalah sesuatu yang pasti dilalui oleh setiap insan dalam mencapai kejayaan. Apa yang membezakan mereka yang berjaya kini dan mereka yang tidak adalah, mereka yang berjaya melihat kegagalan sebagai peluang untuk belajar supaya kegagalan tersebut tidak diulangi. Apabila jatuh, mereka akan bangun semula!



MANA PERGINYA WANG ANDA

FROM AHMAD AZWAN


Kemanakah duit anda setiap bulan dihabiskan? Pernahkan anda merekodkan transaksi untuk setiap wang yang mengalir keluar dari poket atau akaun bank anda? Atau anda sekadar tidak ingin tahu?

Apa yang anda boleh lakukan ialah dengan membuat analisa ringkas tentang perbelanjaan.

Baiklah, begini caranya. Dapatkan sebuah buku kecil dan bahagikan kepada 4 bahagian. Pertama tarikh, kedua kategori, ketiga perkara dan ke empat jumlah

Tarikh Kategori Perkara
Jumlah
1/7/06 Kereta Petrol
40.00
1/7/06 Makan T/hari
5.00

Nota: Gunakan buku, bukan kertas kerana kertas mudah hilang.

Rekodkan setiap perbelanjaan anda setiap hari. Saya ulangi, SETIAP transaksi perbelanjaan anda. TIADA PENGECUALIAN Walaupun anda membayar RM0.20 untuk membeli gula-gula.

Lakukan proses ini selama sekurang-kurangnya 2 bulan. Dan anda akan dapat tahu kemana duit anda pergi. Sungguh hebat.

Mungkin perbelanjaan utama anda pergi ke tempat yang anda tak sangka-sangka. Dan disitulah anda boleh melakukan 'bedah siasat' ke atas cara perbelanjaan anda dan bagaimanakah cara untuk memulihkannya.

Tapi ingat. Lakukannya sekarang. Bukan esok! Hasil analisa saya menunjukkan perbelanjaan utama akan mengalir ke kenderaan dan makanan/makan. Setelah itu saya melakukan resolusi untuk mengurangkan perbelanjaan terbesar.



PENJIMATAN WANG KENDERAAN

FROM AHMAD AZWAN

Sudahkah anda memulakan analisa perbelanjaan anda? Jika belum, mulakan sekarang. Sila rujuk e-mail sebelum ini untuk melakukannya dan ketahui apakah kategori perbelanjaan terbesar anda dan cari jalan untuk melakukan penjimatan maksimum.

Antara perbelanjaan terbesar yang saya dapat rumuskan ialah kenderaan.

Kenderaan merupakan keperluan lebih-lebih lagi jika anda tinggal di bandar tetapi jangan jadikan ia BEBAN yang menyusahkan hidup anda.

Perbelenjaan dari kenderaan merangkumi:


1- Bayaran ansuran bulanan
2- Petrol
3- Tol
4- Parking
5- Servis
6- Insurans
7- Cukai jalan
8- Saman
9- Kos membaiki kerosakan
10- Kemalangan
11- Dan perkara-perkara sampingan lain

Antara perkara yang anda boleh lakukan untuk menjimatkan perbelanjaan ialah:

1- Bayar ansuran kereta anda pada kadar yang lebih setiap bulan. Semakin cepat anda langsaikan hutang kereta anda, anda akan jimat daripada membayar bunga kepada bank.

2- Rancang perjalanan anda, jangan membawa kereta dengan tergesa-gesa dengan menekan pedal minyak dan brek dengan mengejut. Ia akan mengakibatkan penggunaan petrol yang lebih banyak.

3- Singgah dan selesaikan urusan anda semasa pergi dan balik kerja. Tidak perlu pulang ke rumah dan keluar semula.

4- Keluarkan semua perkakasan yang tidak berguna (jangan pula anda keluarkan tayar simpanan) untuk mengurangkan berat kereta anda sekaligus mengurangkan penggunaan petrol.

5- Elakkan ke tempat yang dikunjungi ramai. Jika anda ingin ke pusat membeli belah, cuba jadualkan pada malam hari bekerja. Ini kerana anda akan membayar lebih harga 'parking' pada hujung minggu dan boleh menghabiskan masa setengah jam semata-mata untuk mencari parking!

6- Servis kereta anda mengikut masa yang ditetapkan kerana kerosakan akan lebih merugikan anda.

7- Buat rayuan agar saman anda dikurangkan sebelum anda menjelaskan saman. Yang paling baik ialah, patuhi undang-undang jalan raya.

Banyak lagi cara untuk menjimatkan perbelanjaan kereta anda. Fikirkan lagi apa yang lebih sesuai untuk anda.

Selamat mencuba.

PENJIMATAN WANG MAKAN

FROM AHMAD AZWAN

Makanan juga adalah keperluan. Di sinilah anda dapat menjimatkan perbelanjaan anda pada kadar maksimum sehingga ratusan ringgit!

Mari lihat contoh pengiraan perbelanjaan makanan harian.

Sarapan pagi - Nasi lemak, teh tarik -> RM2.50
Makan t/hari - Nasi+lauk+sayur, air sirap -> RM5.00
Minum petang - Kuih-muih, teh O -> RM2.50
Makan malam - Nasi+lauk+sayur, air oren -> 5.00

Jumlah belanja makan

Sehari RM15.00
Seminggu: RM105 (15x7)
Sebulan: RM450 (15x30)

Jika gaji anda RM2000, peruntukan utk makanan sebulan sudah hampir 1/4! Itu belum kira kalau makan fast food yang boleh cecah RM10 sekali makan.

PENYELESAIAN
------------

Cara praktikal untuk berjimat ialah dengan mengurangkan perbelanjaan makan diluar dan mempelbagaikan cara penyediaan makanan anda sendiri di rumah atau pejabat.

Mari kita lihat semula

Sarapan pagi - di rumah dengan roti/bijirin dan air teh - RM1
Makan t/hari - Nasi+lauk+sayur, air sirap -> RM5.00
Minum petang - di pejabat dengan biskut (pelbagai), air 3-in-1 -> RM1
Makan malam - di rumah dengan ayam/ikan/telur goreng dan sayur -> 2.00

Jumlah belanja makan

Sehari RM8
Seminggu: RM56 (8x7)
Sebulan: RM240 (8x30)

Anda jimat RM210 sebulan! Satu jumlah yang besar. Gunakan wang tersebut untuk melangsaikan hutang anda dan membesarkan lagi simpanan anda.

Untuk jimat, sentiasa ingat perkara berikut:

1- Apabila makan diluar, anda perlu membayar gaji pekerja yang menyediakan makanan, sewa restoran dan sebagainya.

2- Minuman di Malaysia adalah sangat mahal. Kos 30sen tetapi boleh dijual sehingga RM1.50 segelas. Jadi kurangkan minum minuman manis diluar. Anda boleh amalkan minum air suam dan bancuh minuman kegemaran anda di rumah. Lebih jimat dan lebih sihat.

3- Nasi sepinggan sekarang RM1 (kalau sehari makan 2 kali, jumlah dah RM60 sebulan) walhal untuk sebulan makan anda mungkin hanya memerlukan 5kg beras berharga RM10 sahaja.

4- Kurangkan dan jauhi makanan segera (fast food) selagi boleh. Anda membayar 2 kali ganda untuk makanan yang ringkas dan agak kurang berkhasiat.

Selamat mencuba.



RAHSIA NETWORKING MAMAK

Baiklah, aku akan bawa satu case study (not real, but practical)


Marwan seorang saudagar dari India bercadang ingin membuka restoran Roti Canai Kari Kepala Ikan. Dengan modal yang agak terhad, Marwan berjumpa dengan pengurusi sebuah persatuan mamak.Setelah beberapa kali berbincang, pengrusi tersebut bersetuju untuk memodalkan Marwan, tapi dengan syarat. Syaratnya, Marwan mesti mengambil bekalan dari persatuan tersebut.

Marwan bersetuju. Setelah melihat harga-harga bahan mentah, Marwan mendapati, harga bahan mentah tersebut, jauh lebih murah jika dia sendiri mendapatkannya, walaupun di Giant Manjung atau Econsave Setiawan.

Persoalannya. Bagaimanakah persatuan tersebut dapat membekalkan harga bahan mentah yang sangat murah kepada Marwan ?

Jawapannya sangat mudah.

PERTAMA

Baiklah, aku tanya satu soalan. Bagaimana kau nak dapatkan harga murah? Jawapannya, beli SUPER borong. Maksudnya, beli barang-barang dengan sangat banyak.Jika itu sahaja belum boleh buat harga bahan mentah murah gila-gila.

AWAS !!! :SILA BACA BETUL-BETUL DI BAWAH INI


Sebenarnya, bukan Marwan seorang yang meminta bantuan daripada persatuan itu. Beitu juga dengan persatuan mamak, mereka bukan hanya membekalkan bahan mentah kepada 10, 20, 30 orang, bahkan beratus-ratus orang.

Cuba kau kira ini.
Harga Runcit Beras 10KG = RM30
Harga Borong Beras 10KG = RM8
Harga SUPER Borong Beras 10KG = RM5
(Anggaran kasar)

Daripada harga di atas sahaja kau dah boleh nampak.

KEDUA

Kau tahu kenapa peruncit tak nak buat sos cili jenama dia sendiri ? Sebabnya, kos pembuatan adalah tinggi .Lagi satu, siapa yang nak beli sos cili kau? Apa hebatnya kau sehingga orang nak beli sos cili kau.Ya, masalah utama ialah PASARAN.Jika aku nak buat sos cili sendiri, kos sebotol (kecil) mungkin jatuh RM3.00, itupun jika aku buat untuk 100 botol di mana, aku adalahmandur, kuli cuci botol dan aku jugalh mesin masukkan sos cili dalam botol.


Tapi, bagi persatuan mamak, mereka boleh menghasilkan sos cili mereka dengan yakin kerana PASARAN tetap sudah ada. Siapa ? Sekurang-kurangnya sudah ada 100 pemilik restoran yang akan ambil dari Persatuan Mamak itu.Jika setiap pemilik restoran tadi mengambil stok 30 untuk sebulan, sekurang-kurangnya 3000 botol sos cili sudah berjaya dipasarkan.Ingat, itu baru 100.

KETIGA

Bahan mentah dari ladang sendiri. Aku ada perasan dalam komen di bawah memberitahu bahan mentah diimport terus dari India. Ya, betul tapi bukan semua.Aku teringat di suatu kawasan di Batang Kali, Selangor, ada masyarakat India menanam pokok kari. Betul-betul sebelah jalan besar.Agak-agak kaulah, apa kau akan buat dengan daun kari banyak-banyak? Nak giling kari pun tak reti !Sama seperti Yang Kedua tadi, cutting cost. Mereka cuba semaksimum mungkin memotong kos-kos bahan mentah.

Mari sama-sama kita listkan kos-kos bahan mentah :

  1. Bahan mentah itu sendiri
  2. Kos Storage
  3. Kos pengangkutan dari satu kawasan ke kawasan yang lain
  4. Kos pemprosesan (mesin)
  5. Kos buruh
    1. Manager
    2. Mandur
    3. Teknisyen
    4. Pekerja Senior
    5. Pekerja Junior
Itu jika kau OUTSOURCE tugas-tugas mendapatkan bahan-bahan mentah.
Dengan memiliki sendiri sumber bahan mentah, mari kita tengok, apa yang kau boleh POTONG (Cutting cost)
  1. Kos pengangkutan, kau boleh jimat bila kau sendiri yang bawa ke suatu tempat. Mungkin ada meeting.
  2. Mesin mungkin kau tak perlu. Kalau perlu abaikan ini.
  3. Kos buruh. Kau tak perlu manager, mandur dan pekerja senior. Kalau tak pakai mesin, teknisyen pun tak payah. Kalau kau nak tahu, inilah salah satu cara Air Asia, hieraki pekerja tu tidak banyak lapisan.
Sebenarnya banyak lagi rahsianya.



ZON PERANGKAP ORANG ORANG GAGAL (POG)


Zon Perangkap Orang-orang Gagal (Zon POG) merupakan peringkat yang dialami oleh kebanyakan individu yang ingin meningkatkan tahap kehidupan mereka kepada satu tahap yang lebih baik atau tahap yang dirasakan mustahil oleh orang-orang sekeliling yang dibelenggu oleh pemikiran negatif dan merasakan cukup (complacent) dengan apa yang mereka ada.

Zon POG merupakan peringkat ujian untuk menentukan sama ada seseorang individu itu boleh berjaya atau tidak didalam usaha-usahanya. Dalam bidang perniagaan inilah peringkat yang akan menentukan sama ada seseorang usahawan itu boleh terus berniaga atau ‘tutup kedai’ dan kembali kepada kehidupan makan gajinya semula.

Rajah dibawah mengambarkan dimana Zon POG dan risiko serta cabaran yang akan anda hadapi sebagai usahawan. Tidak dinafikan terdapat juga indiivdu-individu yang bernasib baik dan tidak perlu melalui Zon POG dalam kerjaya mereka sebagai usahawan. Mereka ini mungkin bermula dengan bantuan kewangan yang teguh dari keluarga atau kenalan politik yang banyak membantu dari segi memberi peluang perniagaan/projek secara mudah. Tetapi bagi usahawan-usahawan kecil seperti anda dan kami disini, Zon POG tidak dapat dielakkan dan terpaksa dilalui jika anda ingin maju dalam perniagaan.

‘A’ merupakan peringkat permulaan anda sebagai usahawan, anda akan bermula dengan pengetahuan, kemahiran serta pengalaman yang terhad. Matlamat anda adalah mencapai satu peringkat yang lebih baik iaitu ‘D’ - sama ada pencapaian jualan perniagaan, kewangan peribadi, kemahiran diri dan sebagainya.

‘B” merupakan keadaan dimana anda memaksa diri untuk keluar dari keadaan selesa dan mengambil risiko. Diperingkat ini anda akan mengalami satu keadaan dimana semangat, produktiviti dan pencapaian sebenar anda akan terserlah dan pada kebiasaannya menurun. Disini anda akan memerlukan lonjakan untuk meneruskan usaha-usaha anda. Sekiranya anda gagal diperingkat yang kritikal ini, peluang untuk anda bangkit amat tipis sekali.

‘B’ dan ‘C’ merupakan keadaan yang dikenali sebagai ‘Zon Perangkap Orang Gagal’ atau ‘Zon POG’. Didalam zon ini anda akan diuji dengan berbagai-bagai kesukaran yang akan memerangkap anda ke bawah dan menggagalkan anda- kesedihan, kesakitan, kemiskinan, kesunyian, kebosanan, masalah keluarga, masalah kewangan dan berbagai-bagai ujian emosi. Anda memerlukan komitmen dan kesedaran yang tinggi untuk melepasi zon ini.

Semakin jauh tempoh perjalanan anda, semakin bertambahlah kemahiran dan pengalaman anda dalam perniagaan. Ini akan mengecilakan Zon POG anda dan akhirnya anda akan sampai ke ‘D” iaitu matlamat yang telah anda tetapkan sejak di ‘A’.

Kelebihan-kelebihan Setelah Melalui Zon POG

Kesukaran melalui Zon POG akan membina anda menjadi seorang yang lebih yakin, bijak dan berkebolehan dalam urusan perniagaan seharian. Ramai peniaga-peniaga kecil yang berjaya setelah melalui Zon POG. Ada diantara mereka mengambil masa hanya 6 bulan sahaja untuk berjaya dan ada juga yang mengambil masa sehingga 36 bulan. Tidakk kira berapa lama masa yang diambil, apa yang penting anda mesti berjaya melalui Zon POG ini.

Setelah melalui Zon POG, anda akan mendapat diri anda mempunyai kelebihan-kelebihan berikut:


  • Pemahaman yang lebih mendalam mengenai produk, perkhidmatan dan pasaran anda berbanding semasa anda baru bermula.
  • Kebolehan anda apabila berinteraksi dengan orang lain adalah lebih baik, matang dan menyakinkan.

  • Tahap keberanian yang lebih tinggi dalam diri anda untuk mengambil risiko, mencuba perkara baru dan memasuki pasaran yang lebih luas.

  • Pergantungan yang kurang kepada individu tertentu/orang lain kerana anda telah mendidik diri menjadi lebih berdikari.

  • Perasaan percaya kepada kebolehan diri sendiri yang lebih tinggi.

  • Kebijaksanaan dan keyakinan untuk menghadapi saat-saat yang sukar dan mencabar terutama sekali apabila berurusan dengan individu-individu baru setiap hari.

  • Rasa bebas dan puas hati terdapat apa yang didapati hasil dari usaha-usaha sendiri walaupun mungkin diperingkat awal anda akan mengalami sedikit kerugian atau kemerosotan pendapatan kerana ini perkara biasa dalam perniagaan.

  • Fikiran anda mengenai perniagaan serta peluang-peluang untuk berjaya adalah lebih positif dan terbuka berbanding semasa anda bekerja makan gaji.ZON

RAHSIA BISNES MAMAK




DARI KONTRAKTOR KE CENDAWAN

Image

RASHIDElias menunjukkan sebahagian daripada cendawan yang mula menunjukkanhasilnya dalam bongkah beg di projek tanaman beliau di Kampung Tengah,Sungai Terap, Muar, baru-baru ini.


MUAR 7 Julai – Pada asalnya beliau seorang kontraktor membina beberapa buah rumah atau bangsal tanaman cendawan di sekitar daerah ini.

Namun, setelah melihat sendiri bagaimana rumah cendawan itu beroperasi, Rashid Elias, 38, tertarik dan bertekad menceburi tanaman cendawan tiram kelabu yang kini diusahakannya di sebuah kawasan di Kampung Tengah, Sungai Terap di sini sejak awal tahun ini.

Cendawan tiram kelabu atau nama saintifiknya ‘Pleurotus sajor-cabu’ yang diusahakan oleh Rashid itu merupakan salah satu daripada tiga jenis cendawan tiram yang ditanam di negara ini selain cendawan tiram putih dan cendawan tiram abalone.

Berbekalkan modal sebanyak RM100,000, beliau membina sebuah rumah cendawan seluas 9.6 meter x 43.2 meter yang mampu memuatkan 50,000 bongkah beg tanaman cendawan yang disusun dalam rak-rak kayu.

“Meskipun baru dalam bidang ini, saya sentiasa mempelajari sesuatu yang baru mengenai tanaman cendawan setiap hari dan apa yang saya nampak ialah tanaman cendawan ini agak rumit tetapi menyeronokkan,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di pusat tanaman cendawan beliau, di sini baru-baru ini.

Menerusi syarikat Wirajaya Marketing yang dikendalikannya, Rashid yang menubuhkan syarikat itu sejak tahun 2002 kini mula mengusahakan tanaman cendawan dengan mengupah 15 pekerja yang terdiri daripada penduduk kampung terbabit.

Proses tanaman cendawan tiram kelabu, katanya, memerlukan penggunaan habuk kayu getah serta beberapa campuran lain termasuk dedak padi serta kapur pertanian bagi mengelak daripada ianya menjadi masam.

Menurut Rashid, untuk memulakan tanaman cendawan ini, kesemua bahan itu perlu digaul dan dicampur dengan air sebelum dimasukkan ke dalam beg plastik khas yang berukuran 15.8 x 36.2 sentimeter (sm).

“Selepas itu, beg plastik tersebut akan dikukus dalam alat khas selama enam jam sebelum disejukkan selama 12 jam dan kemudiannya disuntik dengan benih cendawan.

“Beg-beg itu kemudian akan disusun dalam rumah cendawan untuk proses pengeraman selama 55 hingga 60 hari dan kemudian benih yang asal itu akan dibuang,” jelasnya.

Katanya, bongkah-bongkah cendawan yang dikawal suhunya itu akan mula mengeluarkan hasil selepas empat ke lima hari benihnya dibuang.

Setiap beg bongkah itu pula, katanya, akan mengeluarkan cendawan antara 200 hingga 300 gram bergantung kepada kesuburan benih dan ianya kemudian akan dipetik dan dibungkuskan sebelum dijual di pasaran.

Menurut Rashid, kesemua hasil tanaman itu akan dipasarkan ke pasar-pasar tani dan kedai runcit dan sepanjang pengalamannya mengusahakan tanaman itu, setiap 10,000 bongkah beg mampu menghasilkan 1.6 tan cendawan.


Motivasi Kejayaan: Dato’ Dr Fadzilah Kamsah & Fadzli Yusof



TINGKATKAN TAHAP PEMBACAAN KITA


Docnan penuhi kehendak pelanggan Bermula Hanya RM500


FROM http://jutawansenyapsenyap.blogspot.com



SEBAIK menamatkan pengajian di Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 1997 dan berbekalkan Ijazah Doktor Perubatan Veterinar, beliau berhasrat membuka ladang ternakan lembu dan kambing di negeri kelahirannya, Kelantan, kerana yakin pertanian mampu memberi pulangan lumayan terutama ketika kerajaan menggalakkan siswazah menceburi bidang keusahawanan.


Namun, menyedari bidang berkenaan memerlukan modal besar, Dr Wan Hasnan Wan Idris, 35, terpaksa memendamkan keinginan itu buat sementara waktu. Sebaliknya, beliau menceburi perniagaan menjual serunding daging di Kuala Lumpur atas alasan ia masih seiring dengan ilmu veterinar yang dimilikinya.


Usaha niaga itu bagaimanapun hanya bertahan beberapa bulan apabila beliau mengambil keputusan untuk pulang ke Kelantan dan membuka kedai mencetak pakaian di rumahnya di Pengkalan Kubor, Tumpat dengan modal permulaan RM500.


Itu pengalaman awal dilalui Dr Wan Hasnan, 35, sebelum bergelar usahawan berjaya menerusi syarikatnya, Docnan Industries Sdn Bhd. Docnan yang beribu pejabat di Jalan Pengkalan Chepa, Tanjong Mas, Kota Bharu, mempunyai dua cawangan termasuk di Tanah Merah serta pusat sulaman dan kilang menjahit pakaian di Pengkalan Chepa.


"Mula-mula dulu, saya berniaga dari rumah dengan mengambil upah mencetak pakaian pelajar sekolah, kolej dan universiti. Biasanya saya mendapat tempahan kecil-kecilan antara 20 hingga 30 helai t-shirt, ada juga yang tempah cuma sehelai baju... itu pun saya terima," kata anak muda itu yang pernah meraih Anugerah Usahawan Muda Mara bagi Sektor Pembuatan tahun lalu.


kesinambungan daripada Docnan M&M Enterprise yang memulakan operasinya pada akhir 1999. Docnan kini berkembang pesat dengan lebih 70 pekerja, selain dilengkapi peralatan dan mesin teknologi terkini.


Ia kini mengeluarkan lebih 500 produk termasuk pakaian, cenderamata, beg, alat tulis, lencana, topi, barangan keperluan sekolah, banner dan banting, di samping perkhidmatan sulaman berkomputer, silkscreen, pad printing, engraving dan percetakan digital.


Dr Wan Hasnan yang juga Pengarah Docnan berkata, pada mulanya langsung tidak tahu selok-belok perniagaan yang diceburinya kerana mempunyai latar belakang dalam bidang veterinar. Namun, kegigihan untuk berjaya membuatkannya belajar sendiri menerusi pembacaan di internet serta tunjuk ajar dari mereka yang lebih berpengalaman.


"Disebabkan modal yang kecil, saya mempromosikan produk di ekspo dan karnival yang dianjurkan pelbagai agensi kerajaan di Kelantan. Saya kemudian membeli mesin untuk menghasilkan butang lencana (button batch) berharga RM1,800 berbekalkan duit yang dipinjam daripada rakan dan keluarga," katanya.

Pada April 2000, beliau mengambil keputusan mencari tapak di Kota Bharu kerana memerlukan peluang yang lebih baik terutama dari segi pasaran dan potensi pelanggan.


Beliau menyewa kiosk kecil pada kadar RM30 sebulan di bangunan Mara, Jalan Datuk Pati, sebelum menyewa lot kedai di situ pada kadar RM190 sebulan.


Apabila perniagaan semakin berkembang, Dr Wan Hasnan mengambil keputusan memindahkan sepenuhnya operasi syarikat ke Kota Bharu pada 2001 kerana sukar berulang-alik setiap hari.


"Pada penghujung 2001, saya membuat pinjaman Mara sebanyak RM48,000 bagi mengembangkan perniagaan. Waktu itu tempahan semakin banyak tetapi saya masih mendapatkan baju dari pembekal di Kuala Lumpur, Melaka dan Pulau Pinang," katanya yang tidak mempunyai mesin dan terpaksa menghantarnya ke Kuala Lumpur.



Pada 2003, bapa kepada tujuh anak itu mendapatkan pinjaman RM215,000 daripada Mara bagi dijadikan modal pusingan serta membeli mesin sulam pertama berharga RM115,000, selain membina dua lot kedai dan membesarkan kilang jahitan.


Selepas lapan tahun menjalankan perniagaan itu, lebih 500 produk keluaran Docnan bukan saja dijual di Kelantan, malah di seluruh negara termasuk menerima tempahan dari Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Negeri Sembilan.


Dr Wan Hasnan melahirkan keyakinan Docnan mampu mencapai sasaran jualan melebihi RM6 juta tahun ini, walaupun ketika negara berdepan ekonomi yang tidak menentu.


Beliau turut meletakkan sasaran menguasai pasaran Pantai Timur dengan membuka cawangan di Kuala Terengganu dan Kuantan dalam tempoh beberapa tahun akan datang.


"Saya yakin kombinasi kakitangan berpengalaman serta mesin terbaik mampu menghasilkan produk yang memenuhi kehendak pelanggan, sekali gus akan memastikan Docnan muncul syarikat Bumiputera terbesar mengeluarkan pakaian, beg, cenderamata serta pusat sulaman berkomputer dan silkscreen di Pantai timur," katanya.


BIODATA

Nama : Dr Wan Hasnan Wan Idris

Umur : 35 tahun

Status: Berkahwin dengan Ayudalita Abdullah, 34, dan dikurniakan 7 anak

Kelulusan: Ijazah Doktor Perubatan Veterinar (UPM)

Pengalaman berniaga : 8 tahun

Anugerah :

  • Penyewa Terbaik Premis Perniagaan Mara Peringkat Kelantan 2001

  • Anugerah Usahawan Muda Mara 2006 (Sektor Pembuatan) Peringkat Kelantan

  • Anugerah Usahawan Muda Mara (Sektor Pembuatan) 2007

    INFO: Docnan

  • Docnan memulakan operasinya pada akhir 1999 secara kecil-kecilan di rumah di Pengkalan Kubor dan kini berkembang pesat dengan lebih 70 pekerja, selain dilengkapi peralatan dan mesin teknologi terkini.

  • Kemudian menyewa kiosk kecil pada kadar RM30 sebulan di bangunan Mara, Jalan Datuk Pati, sebelum menyewa lot kedai di situ pada kadar RM190 sebulan.

  • Produk yang dihasilkan termasuk t-shirt, kemeja, beg, cenderamata, perkhidmatan sulaman berkomputer, tali leher, silkscreen, pad printing, laser engraving, inkjet dan percetakan digital.

  • Bagi pengeluaran t-shirt saja, secara purata terima tempahan 15,000 helai setiap bulan, manakala alat tulis mendapat sambutan sebelum sesi baru persekolahan bermula.

  • Ibu pejabat di 352, Simpang Tiga Tanjong Mas, Jalan Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan. Dua cawangan di Taman Uda Murni, Jalan Pengkalan Chepa dan Jalan Jedok, Tanah Merah serta mempunyai kilang Kawasan Industri Mara Fasa II, Jalan Padang Tembak, Kota Bharu.
  • TEMUBUAL BERSAMA USAHAWAN CENDAWAN: PN ZAINON ARIFFIN.

    FROM http://impaxbokashi.wordpress.com/


    Saya telah menemubual seorang usahawan cendawan tiram dari Ulu Selangor iaitu Pn Zainon Ariffin. Pn Zainon, 45 tahun adalah lulusan UITM dan ibu kepada 3 orang anak telah mengusahakan cendawan tiram kelabu hampir 2 tahun. Ladangnya, Genting Permai Resources yang terletak di Batang Kali seluas satu setengah ekar di usahakan bersama keluarga dan seorang pekerja tetap. Saya kagum dengan Pn Zainon yang ramah, tidak lokek ilmu dan sporting menjawab soalan, rasanya perbualan tersebut bukan sekadar temubual, tetapi lebih kepada temulawak.

    SAYA: Bagaimana puan bermula dalam perusahaan cendawan ini?


    PN ZAINON: Saya bersara awal dari Telekom, selepas beberapa bulan duduk di rumah, saya rasa eloklah berbuat sesuatu. Kebetulan kawan saya dari Shima Agro mengusahakan cendawan dan tawarkan contract farming dengan saya. Orang lain cari kursus dan pinjaman dahulu, saya terbalik, saya tanda tangan kontrak dahulu. Baru cari kursus dan bantuan kerajaan. Pemasaran sangat penting, oleh itu saya ikat kontrak dahulu untuk menjamin pemasaran. Ramai pemborong berjanji akan ambil cendawan dari kita, tetapi akhirnya mereka tidak datang, itu biasa terjadi. Jadi saya mengikat kontrak dahulu bersama Shima Agro dengan modal permulaan RM50 000.

    SAYA: Bagaimana puan dapatkan bimbingan dalam perniagaan ini?


    PN ZAINON: Pertama sekali apabila menandatangani kontrak tersebut, mentor saya adalah Shima Agro sendiri. Kemudian saya mengikuti kursus Jabatan Pertanian selama 3 hari di Putra Jaya. Saya juga mengikuti kursus praktikal dan teori selama 8 minggu di Agro Pac anjuran UPM. Kami di bawa melawat ladang-ladang cendawan seperti di CMC dan MITA.

    SAYA: Boleh puan ceritakan sedikit tentang ladang puan?


    PN ZAINON: Ladang saya seluas satu setengah ekar di Batang Kali, Ulu Selangor. Saya mengusahakan cendawan tiram kelabu. Setakat ini hanya setengah ekar yang di gunakan untuk rumah cendawan, rumah rehat dan bengkel. Ada 3 buah rumah cendawan di sini, iaitu rumah cendawan, rumah tuai dan rumah eram. Baru-baru ini pejabat pertanian bermurah hati meminjamkan 2 kuarters kepada saya. Dalam satu rumah ada 6 rak ukuran 20 kaki x 30 kaki. Jarak antara rak pula 17 kaki x 3 kaki. Setiap rak boleh memuatkan 1 500 beg cendawan. Kalau pandai menyusun bolehlah memuatkan 10 000 beg cendawan.

    SAYA: Apa kandungan medium yang puan gunakan untuk cendawan?


    PN ZAINON: Habuk kayu getah, dedak dan kapur pertanian. Kapur untuk meneutralkan habuk kayu dan dedak itu makanan cendawan.

    SAYA: Berapa perolehan dalam sehari dan bagaimana puan memasarkan cendawan?


    PN ZAINON: Sehari hasil tuaian dalam 30kg. tetapi demand di sini lebih dari itu, hampir 80kg sehari. Saya membekalkan pada Shima Agro sebanyak 100kg seminggu. Selain itu, saya juga menjual secara bundle kepada pasar dan kedai runcit dalam pek-pek 5kg. Saya juga ada membungkus dalam paket-paket seberat 250gram untuk individu yang rajin menjual, seperti suri rumah, pekerja kilang dan pelajar. Saya bungkusnya sendiri bersama anak-anak. Biasanya peket 250 gram di jual dengan harga RM2.50 dengan 50 sen sebagai komisyen jualan. Saya juga menjual cendawan sejukbeku. Kalau harga pasaran di sini RM13/kg, di Terengganu harga cendawan lebih tinggi lagi. Saya sebagai pembekal akan tolak kepada pemborong dalam RM6-8 sekilo. Pendapatan sebulan adalah dalam RM3000.

    SAYA: Bagaimana puan melakukan penjagaan cendawan?


    PN ZAINON: Pertama sekali apabila beg plastik di isi dengan media, ia di kukus, di suntik benih dan di eramkan. Dalam proses pengeraman kawalan suhu sangat penting. Cendawan yang saya usahakan adalah jenis cendawan tiram kelabu, iaitu cendawan tanah rendah jadi suhunya di jaga sekitar 28-30 darjah Celcius selama 60 hari dengan 80% kelembapan di rumah eram. Kemudian cendawan di pindahkan ke rumah tuai. Suhunya lebih tinggi pada 30-32 darjah Celcius, 80-90% kelembapan. 5 hari sudah boleh di tuai. Kebersihan itu aspek yang penting kerana rumah cendawan adalah tempat yang di sukai lipas, tikus dan serangga, juga untuk mengelak penyakit bagi cendawan. Biasanya kami menggunakan antiseptik seperti dettol dan clorox untuk membersihkan rumah cendawan.

    SAYA: Apa penyakit yang selalu menyerang cendawan? Bagaimana puan merawatnya?


    PN ZAINON: Biasanya kulat hijau, kulat oren, kulat merah jingga dan kulat hitam. Saya akan membuang beg plastik tersebut, cuci tempat tadi dengan dettol dan biarkan ia kering. Setelah kering baru saya isi semula dengan beg cendawan lain. Setakat ini belum pernah terjadi jangkitan yang serius dalam rumah cendawan saya. Tetapi penyakit cendawan ini tidak dapat di elakkan kerana ia masalah sebaran udara, kulus tidak mencukupi atau kadang-kala tempias hujan. Universiti Malaya sebagai institusi penyelidikan cendawan setakat ini masih tidak menjumpai penyelesaian kepada masalah kulat.

    SAYA: Pada pendapat puan mengapa permintaan terhadap cendawan begitu tinggi?


    PN ZAINON: Ia berkaitan dengan aspek kesihatan. Dahulu negara kita pernah digemparkan dengan wabak selesema burung, waktu itu ramai orang mula bertukar dari ayam kepada cendawan. Protein cendawan ini sama dengan ayam. Jadi mereka mengambil cendawan sebagai pilihan yang lebih selamat berbanding ayam.

    SAYA: Puan ada menganjurkan kursus penanaman cendawan?


    PN ZAINON: Ada, malah saya biasa menjalankan kursus di sini. Baru-baru ini 60 orang penuntut politeknik UITM datang membuat lawatan. Setakat ini saya rasa sudah 300 orang datang membuat lawatan ke ladang saya sejak 2 tahun ini. Kebanyakannya di perkenalkan oleh Jabatan Pertanian. Saya juga mengajar kursus penanaman cendawan selama sehari dengan nota-nota daripada UPM, Jabatan Pertanian, MARDI dan secara praktikal. Saya mengalu-alukan kedatangan bakal-bakal usahawan yang ingin menceburkan diri dalam cendawan tiram ke rumah cendawan saya. Boleh menghubungi saya melalui nombor telefon bimbit saya jika mereka memerlukan bimbingan dan nasihat.

    SAYA: Apa perkembangan perniagaan puan sekarang? Apa perancangan puan untuk masa terdekat ini?


    PN ZAINON: Saya sedang memperbaiki bengkel dan dalam proses penambah baikan rumah-rumah cendawan. Saya berhasrat untuk menambah 2 buah rumah lagi. Saya baru mendapatkan pelabelan dari SIRIM dan akan mula menggunakannya pada bulan Jun ini. Selain itu, saya bercadang untuk memasuki pasaran Brunei. Saya mendapat tawaran untuk menyediakan 150kg cendawan iaitu 3 kali seminggu. Saya tidak bercadang mengusahakan cendawan ini secara besar-besaran, tetapi cukuplah ladang saya lengkap dan serba ada. Saya bercadang untuk mempromosikan ladang saya kepada orang awam, tetapi buat masa ini belumi kerana khuatir belum dapat memenuhi permintaan orang awam.

    SAYA: Akhir sekali, apa nasihat dan pesanan puan kepada bakal-bakal usahawan yang ingin menceburi penanaman cendawan?


    PN ZAINON: Saya harap mereka jangan putus asa mengusahakan cendawan ini. Saya berpesan mereka buat betul-betul dan jangan cepat mengalah dengan cabaran-cabarannya. Kerana apabila mengusahakan cendawan, penyakit akan datang dulu. Jangan risau. Itu sudah dalam tangan. 3 tahun yang pertama itu, biasanya adalah tempoh untuk menambah baik ladang seperti memperbaiki bengkel dan rumah cendawan. Jadi buat permulaan ini banyak wang akan keluar untuk melabur kepada pembakpulihan. Saya sendiri pun setakat ini daripada modal permulaan RM50 000 telah menambah untuk tujuan pemuliharaan sehingga mencecah RM76 000. Saya tiada cabaran yang terlalu hebat seperti sesetengah usahawan lain dan tiada masalah mendapatkan bantuan Jabatan Pertanian, alhamdulillah. Sebagai usahawan yang meniaga sendiri, kita perlu disiplin yang baik. Kita perlu datang dulu ke ladang sebelum pekerja untuk aturkan tugas-tugas yang perlu di lakukan oleh pekerja kita. Menyimpan buku kira-kira, rekod dan kerja bersistem itu sudah semestinya ada. Kerja pun tidak terlalu susah kerana kita sudah programkan aktiviti harian. Awal-awal bula lagi sudah merancang kerana satu bulan boleh menuai sebanyak dua kali.

    JANGAN ADA TANAH TERBIAR


    Deretan tanaman tebu yang menghiasi hampir satu hektar di kawasan bendang terbiar di Kampung Tiak, Kupang, Baling, Kedah telah melenyapkan sama sekali status kawasan itu yang selama ini ditumbuhi hutan liar.

    Selama ini tiada siapa yang bersedia membanting tulang sekalipun kawasan bendang terbiar ini subur dan menerima apa jua benih yang ditabur atau ditanam.

    Melihat akan potensi dan masa depan tanah yang terbentang luas berhampiran rumah, seorang gadis sanggup mengetepikan perasaan malu dengan menjadikan tebu sebagai tanaman pilihan.

    Tindakannya itu akhirnya, membuka mata penduduk kampung yang selama ini tidak menyangka berbudi pada tanah sebenarnya mampu mendapat pulangan lumayan.

    Wan Hamidahton Wan Ishak, 24, lulusan diploma Kejuruteraan Mekanikal Pertanian dari Politeknik Kota Bharu, Kelantan ini mengambil langkah berani dengan menyewa tanah dan menjadikan tanaman tebu jenis Morris sebagai tanaman pilihan.

    Langkah gadis ini pada mulanya mungkin dianggap penduduk kampung sebagai satu angan-angan atau sekadar mencuba, namun anak keempat daripada tujuh beradik ini membuktikan segalanya boleh dilakukan.

    Ternyata Wan Hamidahton tidak kekok ketika memegang cangkul, malah kebolehannya memandu sendiri jentera pembajak membuktikan dia begitu teruja untuk terjun ke bidang ini.

    Tanah milik penduduk kampung yang selama ini terbiar membuka mata Wan Hamidahton untuk memajukannya secara komersial di Kampung Tiak, Kupang ini.

    Menceritakan pengalaman awalnya, gadis ini berkata, apabila kembali ke kampung dua tahun lalu dia begitu sedih apabila melihat banyak tanah sawah terbiar yang menjadi semak samun kerana pemiliknya tidak lagi berminat untuk mengusahakan sawah.

    Mungkin fikirnya anak muda sepertinya tidak lagi berminat dengan kerja kotor pada anggapan mereka sehingga timbul perasaan ingin menceburi secara bersungguh-sungguh.

    Hasrat murni gadis ini untuk turun ke tanah membanting tulang bagaikan seiring dengan cita-cita bapanya, Wan Ishak Wan Ibrahim, 56, yang lantas berjaya menghidu niat baik anak gadisnya ini.

    Berbekalkan modal sendiri Wan Hamidahton dan bapanya menanam sebanyak 3,000 pokok tebu sebagai permulaan sehinggalah lapan bulan kemudian hasilnya menguja kedua-dua beranak ini.

    Sekalipun usaha gadis ini berjaya, dia yang tidak dibantu oleh pihak tertentu tidak berasa kecewa kerana sedar mungkin pihak berkenaan mahu melihat sejauh mana kebolehan petani muda sepertinya bergerak sendiri.

    “Setakat ini, belum ada mana-mana pihak membantu tetapi saya sedar sebagai orang baru kita kena hidup dan berikhtiar sendiri,’’ katanya.

    Kesungguhannya turun ke ladang tebu seawal pagi untuk menjenguk pokok tebu terutama bagi mengelak tanaman ini diserang musuh jelas menunjukkan dirinya semakin meminati dunia pertanian yang diceburinya.

    Rutin harian anak gadis ini ialah membersih kawasan tanaman tebunya dengan sesekali membuang daun-daun kering dan memeriksa batang pokok tebu kalau-kalau ia diserang penyakit.

    Menurut Wan Halimahton, ketika mula-mula menanam tebu dia banyak belajar daripada bapanya termasuk dalam memilih tebu bermutu untuk dijadikan benih.

    Katanya, pada mulanya dia menjangkakan agak sukar untuk menjaga tanaman ini kerana sebelum ini dia tidak pernah menjalani apa jua kursus atau latihan mengenai tanaman itu.

    “Selepas menceburinya saya dapat rasakan pengalaman terlibat dalam bidang pertanian cukup puas,” katanya.

    Tambahnya, tebu akan matang antara lapan hingga sembilan bulan bergantung kepada keperluan baja dan penjagaan.

    Setiap kali tebu mencapai tahap matang Wan Halimahton berkata, antara satu hingga dua tan tebu dapat ditebang sebelum dijual kepada peraih.

    Bagi semusim dia dapat menebang sehingga 18 tan tebu jenis Morris. Selain jenis Morris, terdapat juga tebu hitam yang ditanam di ladang tebu milik gadis ini.

    Namun anak gadis yang bercita-cita menjadi jurutera pertanian ini yakin tebu kuning jenis Morris ini berpotensi besar sekiranya ditanam secara komersial.

    “Tebu jenis ini agak besar dan airnya cukup manis dan tahan penyakit,” ujarnya.

    Wan Hamidahton berkata, tebu yang ada di ladangnya itu bakal ditebang tidak lama lagi dan selepas itu tebu Morris akan mengambil tempat menghiasi ladangnya.

    Bagi membuktikan bekalan dan permintaan yang tinggi terhadap tanaman ini, petani muda ini telah bersedia untuk menyewa lagi kawasan tanah sawah terbiar untuk ditanam dengan tebu.

    Setakat ini, tebu yang dihasilkan oleh gadis ini hanya mampu menampung pasaran tempatan termasuk sehingga ke Pulau Pinang.

    Pun begitu Wan Hamidahton dan bapanya, juga menanam tebu secara berperingkat-peringkat bagi mengelak kehabisan bekalan terutama menjelang bulan Ramadan ini.

    Mengenai harga tebu, dia yakin harga tanaman ini akan meningkat dari semasa ke semasa. Ketika ini Wan Hamidah berkata, dia menjual tebu dengan harga RM0.50 sekilogram iaitu melebihi RM500 bagi setiap tan.

    “Biarpun nampak murah namun tebu jenis Morris agak menarik kerana mutunya cukup baik,” ujarnya.

    Gadis yang tidak lokek dengan senyuman ini ternyata puas dengan usahanya untuk memperluaskan lagi tanaman tebu jika mendapat kawasan tanah yang luas.

    “Insya-Allah kami sedang bergerak ke arah itu dan akan menyewa tanah lagi bagi memajukan lagi bidang ini,” akuinya.

    Bagi Wan Ishak kesungguhan anaknya terlibat dalam bidang ini sungguh melegakannya kerana dia yakin bidang ini cukup berpotensi besar, malah penyertaan Wan Halimahton boleh membuka era baru dalam tanaman tebu khususnya pertanian yang dianggap perniagaan yang menguntungkan.

    Suami kepada Hindon Abdullah, 54, ini mahu menjadikan anak gadisnya contoh kepada anak-anak kampung terutama wanita kerana tanah terbiar yang luas masih menanti mereka.

    Sekalipun digelar gadis tebu, Wan Halimahton sedar umur seusianya perlu menongkah masa untuk bangkit memajukan bidang pertanian kerana bidang ini semakin terserlah dan menjadi keutamaan kerajaan.

    DISEBALIK KEJAYAAN RAJA KASINO

    Beliau yang dilahirkan di Anxi, Wilayah Fujian, China pada 28 Februari 1918, berhijrah ke Malaysia, ketika berusia 20 tahun berbekalkan wang AS$175 (RM665 nilai mata wang sekarang).

    Dengan kisah hidup yang agak menarik dalam kegigihannya mencapai kejayaan, beliau akhirnya tersenarai antara sembilan rakyat negara ini sebagai The Worlds Billionaires oleh majalah Forbes bagi 2007.

    Beliau berada pada tangga 204 dalam senarai dunia dengan nilai harta RM14.28 bilion (AS$4.2 bilion), di belakang Tan Sri Robert Kuok (ke-104) dan Tan Sri Ananda Krishnan (ke-119).
    meninggalkan seorang balu, Puan Sri Lee Kim Hwa dan enam anak juga dikenali sebagai 'Raja Kasino' tiba di negara ini selepas mengharungi perjalanan 10 hari dan bekerja sebagai tukang kayu serta menjual barang runcit sebelum membabitkan diri dalam perniagaan kontraktor kecil.

    Dengan menggunakan hasil simpanan wangnya, beliau menubuhkan syarikat pertama, Kien Huat Construction pada 1951 yang kekal sebagai entiti perdana persendiriannya.

    Salah satu kejayaannya ialah menjadi kontraktor kecil bagi projek pembangunan Jalan Klang Lama di Kuala Lumpur dan kemudian menyiapkan projek bernilai RM300,000 membangunkan sistem pengairan di Kuala Lumpur.

    Keupayaannya itu membolehkan Kien Huat Construction menjadi kontraktor kerajaan berlesen yang memberikannya pelbagai kontrak. Antara projek yang dilaksanakan Kien Huat ialah Empangan Air Itam di Pulau Pinang, Skim Pengairan Kemubu Kelantan dan Projek Kuasa Elektrik Hidro Cameron Highlands.

    Ketika menyiapkan empangan Cameron Highlands dalam 1964 beliau dikatakan melihat peluang memajukan satu pusat peranginan atas bukit berdekatan Kuala Lumpur. Pada 1965, beliau mengasaskan Genting Bhd yang diberikan lesen tunggal kasino oleh Kerajaan Persekutuan.

    Kumpulan Genting kini menjadi antara konglomerat terulung Malaysia yang disenaraikan di bursa saham tempatan, Singapura dan Hong Kong dan menerusi beratus anak syarikat dan syarikat sekutunya, ia terbabit dalam pelbagai perniagaan daripada perhotelan, riadah dan peranginan, perladangan, pembinaan, minyak dan gas sehinggalah penjanaan tenaga elektrik.

    Ramai yang hanya mengetahui Genting Highlands sebagai projek beliau, tetapi sebenarnya, banyak lagi projek besar seperti Empangan Ayer Hitam di Pulau Pinang, Jambatan Sultan Yahya Putra Kota Bharu dan Rancangan Pengairan Kemubu.

    Selain mempunyai perniagaan kasino di Malaysia dan Britain dan sebuah lagi yang dirancang di Singapura, Kumpulan Genting juga mempunyai kepentingan dalam sektor percutian, tenaga, minyak dan gas, hartanah dan perladangan.

    Anak syarikatnya yang disenaraikan di Hong Kong iaitu Star Cruises adalah pengendali kapal persiaran mewah ketiga terbesar di dunia. Anak syarikat lain termasuk Genting International yang memiliki Stanley Leisure iaitu pengendali kasino terbesar di United Kingdom.

    Pada 31 Disember 2003 beliau menyerahkan empayar perniagaannya kepada anak lelakinya, Tan Sri Lim Kok Thay dan seterusnya meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Genting Berhad yang diasaskannya lebih 30 tahun lalu.

    Lim yang juga seorang dermawan juga diingati melalui derma RM20 juta kepada Universiti Tunku Abdul Rahman.

    Beliau juga banyak menerima anugerah termasuk Anugerah Hartanah Tahunan 2002 oleh Persekutuan Hartanah Antarabangsa (FIABCI), Pengurus Tahunan oleh Kelab Alumni Harvard Business School Malaysia 1987 dan Business Achiever of the Year oleh Yazhou Zhoukan, sebuah akhbar harian perniagaan China antarabangsa yang berpangkalan di Hong Kong.

    Beliau juga melancarkan autobiografi dalam 2003 yang bertajuk My Story. Lim pernah mendedahkan 15 resipi kejayaannya sehingga menjadikan Genting Highlands Resorts sebagai pusat hiburan dan percutian terkemuka dunia.

    BILA IDOLA BICARA


    Syed Mokhtar Albukhary dan isteri Sharifah Zarah Albukhary pada majlis sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan tahun 1429H di Putrajaya baru-baru ini. Turut kelihatan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi dan isteri Jeanne Abdullah serta Timbalan Perdana Menteri Mohd Najib Tun Razak dan isteri Rosmah Mansor. Pada majlis itu Syed Mokhtar menerima anugerah Tokoh Maal Hijrah Tahun 1429H daripada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.







    Mukadimah

    Suasana di tingkat empat Muzium Kesenian Islam, Kuala Lumpur agak sunyi dan tepat pukul 11 malam 4 Januari lalu tokoh yang ditunggu muncul dengan berbaju T dan sandal. Beliau kelihatan segar dan memberi senyuman dari jauh.

    “Minta maaflah lama tunggu, saya ni lagi malam mata saya lagi cerah,” ucapan pertama Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary, tokoh korporat yang menggerakkan Yayasan Albukhary, tetapi selalu mengelak daripada menjadi tumpuan media.

    Yayasan Albukhary dikenali kerana kerja kebajikan antaranya mengeluarkan biasiswa kepada pelajar-pelajar miskin untuk menyambung pengajian, mengindahkan Masjid Negara, mendirikan Muzium Kesenian Islam serta mendirikan masjid. Salah satu daripadanya ialah sebuah masjid indah di Jalan Hang Tuah, Kuala Lumpur.

    Tidak ramai yang mengenali Syed Mokhtar dari dekat. Apa falsafah hidupnya? Apa falsafahnya dalam perniagaan? Beliau yang dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah tahun ini menganggap institusi yang didukungnya iaitu Yayasan Albukhary lebih penting daripada dirinya.

    Wawancara pertama Syed Mokhtar dengan Mingguan Malaysia diberikan pada 17 Oktober 2004 dan selepas itu beliau amat keberatan untuk bertemu dengan media apa lagi memberikan wawancara khas. Bagaimanapun setelah beberapa kali dipujuk akhirnya pada 4 Januari lalu beliau sekali lagi setuju diwawancara oleh Mingguan Malaysia.

    Dalam wawancara ini Syed Mokhtar banyak menekankan bahawa kejayaan dan kekayaan bukanlah untuk diri sendiri tetapi untuk dikongsikan dengan golongan yang kurang berkemampuan untuk memberi peluang mereka mendapat ilmu sekali gus mengubah hidup pada masa depan.

    Kerana itu beliau melahirkan rasa terkilan dengan sesetengah ahli korporat yang dilahirkan oleh Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang menjual kepentingan dalam negara dan membawa dana ke luar negara semasa krisis ekonomi tahun 80-an dan 90-an dulu.

    “Apa gunanya kerajaan melahirkan mereka dan bila sampai masa untuk membalas balik kepada masyarakat, mereka menjual kepentingan dan duduk di luar negara? Saya anggap mereka ini sebagai individualis Melayu yang pentingkan diri sendiri,” tegas Syed Mokhtar kepada wartawan Mingguan Malaysia KU SEMAN KU HUSSAIN, AMRAN AHMAD dan Ketua Jurugambar SYED AGIL SYED JAAFFAR.

    Syed Mokhtar juga keberatan untuk bergambar katanya, “Awat tak habaq nak ambik gambaq. Boleh kita pakai elok-elok sikit.” Dalam wawancara yang banyak menggunakan bahasa loghat Kedah ini Syed Mokhtar mengingatkan supaya berhati-hati dengan nikmat yang Allah kurniakan.

    “Kadang-kadang nikmat yang kita dapat boleh merosakkan kita. Kita kena kawal supaya nikmat tidak merosakkan kita. Yayasan Albukhary menjadi tempat untuk menempatkan lebihan yang boleh merosakkan diri kita,” pesan Syed Mokhtar.

    Mingguan: Adakah orang Melayu begitu ketinggalan berbanding kaum lain jika diimbas kembali kemajuan yang dicapai oleh kaum bumiputera sejak 50 tahun lalu?

    SYED MOKHTAR : Dalam hal ini, kerajaan banyak membantu. Kita bernasib baik dan bersyukur kerana mampu memiliki saham amanah dengan adanya agensi kerajaan seperti Permodalan Nasional Berhad (PNB).

    Ia bukan sahaja membantu tetapi turut berjaya sebagai antara institusi saham amanah termaju. Itu dalam aspek pemilikan saham sahaja tetapi kita juga perlu mencari usahawan Melayu yang mahu mengkhusus dalam bidang peruncitan, pemborongan dan pengedaran. Saya sendiri berusaha keras sejak tahun 60-an, dari Alor Star, Kedah menerjah ke seluruh pelosok negara bagi mencari peluang perniagaan yang boleh diceburi.

    Generasi terdahulu pada awal kemerdekaan mungkin agak ketinggalan dalam hal ini tetapi itu bukan alasan untuk kita tidak mahu ‘mengejar’ sebaliknya berusaha keras bagi menguasai bidang- bidang itu. Keadaan ini sememangnya mewujudkan jurang dalam ekonomi Melayu dibandingkan dengan bangsa lain terutama Cina dan ia diburukkan lagi dengan sikap beberapa usahawan Melayu pada tahun 80-an dan 90-an yang menjual kepentingan demi poket sendiri, melanggar Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang memberi kekayaan kepada mereka. Golongan usahawan ini saya gelarkan sebagai individualis Melayu. Golongan ini mempunyai keupayaan tetapi tidak membantu masyarakat yang memerlukan bantuan. Saya fikir kita kena bagi balik kepada masyarakat. Dan apa yang dibuat perlulah sederhana kerana ini selaras dengan tuntutan Islam.

    Apakah yang dilakukan oleh golongan individualis Melayu ini sehingga melebarkan jurang ekonomi Melayu dengan kaum lain?

    SYED MOKHTAR: Golongan yang mementingkan diri sendiri ini bertindak menjual kepentingan yang dimiliki. Ini banyak berlaku dalam era 80-an dan 90-an. Semua ini berlaku sebab mereka merasakan kepentingan dan kedudukan kewangan mereka tergugat ekoran krisis ekonomi yang melanda negara.

    Mereka mengambil tunai hasil penjualan saham syarikat yang dibangunkan di bawah DEB, cepat kecewa dengan perniagaan di tanah air sendiri dan memindahkan dana ke luar negara. Ini sekali gus mengurangkan bilangan usahawan Melayu yang ada di negara ini. Bukannya tidak boleh melabur di luar negara tetapi kenalah membawa balik ke negara ini.

    Pandangan saya, jika golongan ini masih menjalankan perniagaan di sini dan mengalami masalah, tentunya ramai yang boleh membantu dan bukannya mengambil tindakan melabur di luar negara kerana mementingkan diri sendiri.

    Syukur kepada Allah walaupun turut menerima kesan daripada krisis ekonomi pada kedua-dua era, usahawan Melayu seperti pengasas Kumpulan Sapura, Tan Sri Shamsuddin Abdul Kadir, Pengerusi AMMB, Tan Sri Azman Hashim, Pengerusi MKland Holdings Bhd., Tan Sri Mustapha Kamal Abu Bakar serta beberapa yang lain termasuk saya sendiri masih kekal di negara ini, tidak mengikut jejak golongan individualis yang menjual kepentingan dan melabur di luar. Kami terus kekal di sini kerana kami ada pendirian.

    Mungkinkah keadaan ini berlaku kerana makna kejayaan kepada golongan individualis ini berbeza dengan makna kejayaan kepada Tan Sri?

    SYED MOKHTAR: Bagi saya, makna kejayaan memang berbeza kerana mereka tidak mahu menginstitusikan perniagaan di negara ini. Mereka dilahirkan oleh DEB dan dapat peluang perniagaan tetapi kemudiannya menjual untuk kepentingan diri sendiri. Jadi apa guna kerajaan bangunkan, beri peluang dan jadikan mereka berjaya tetapi kemudian mereka hilang.

    Ambil duit mereka dan tinggal di luar negara, cuba buat kajian dan anda akan tahu siapa mereka ini. Kalau orang Melayu tidak mementingkan diri dan kekal di Malaysia, alhamdulillah. Jadi kita tidak boleh hanya memikirkan diri sendiri. Saya sudah merasa semua nikmat di dunia ini, cuma mati sahaja belum rasa.

    Nikmat yang Allah berikan tiada yang lebih lagi, mahu lebih bagaimana lagi? Kita kena lebihkan di negeri sendiri, tanah tumpah darah kita dan bukan luar negara. Bawa balik dalam masyarakat dan kongsi segala kekayaan. adalah salah jika duit yang diperoleh daripada bantuan kerajaan dilaburkan diluar negara. Jangan tipu diri sendiri.

    Ini tidak boleh. Kita kena balik kepada asas. Sewajarnya kita perlu sumbangkan kepada negara.

    Saya akan terus usahakan selagi ada daya dan kesihatan. Biar seimbang kerana mencari rezeki adalah sebahagian daripada amalan. Ilmu juga sebahagian daripada amalan. Saya timba ilmu daripada pengalaman. Bila bercakap biarlah mengikut kedudukan. Jika ada RM1 jangan kata ada RM10. Ikhlaskan diri dan bila ada kemampuan, buat kerana Allah dan tidak perlu tonjolkan diri.

    Tan Sri mengalami kerugian RM2 bilion semasa krisis ekonomi dahulu. Apa yang berlaku?

    SYED MOKHTAR: Tahun 1997, kita labur dalam syarikat yang disenarai awam demi mengekalkan pegangan 30 peratus dalam syarikat-syarikat ini, naik setinggi mana pun kita tidak jual. Jadi, apabila krisis tiba dan harga saham merudum, kerana ingin kekalkan 30 peratus, rugi lebih kurang RM2 bilion. Macam-macam perasaan ada tetapi kita cari jalan untuk lupuskan kerugian dan cari peluang perniagaan baru.

    Saya selalu tidak fikirkan diri sendiri, cuba jaga orang-orang yang terajui kumpulan. Sebab itu banyak yang kekal, biar sederhana tetapi tidak rosakkan diri dengan nikmat. Kadang-kadang benda yang kita dapat boleh rosakkan kita. Lebih baik kita amalkan “tidak lebih dan tidak kurang.” Kita kawal agar nikmat tidak rosakkan kita. Yayasan Albukhary menjadi tempat untuk menempatkan lebihan yang boleh rosakkan diri kita supaya dapat berkongsi dengan orang lain.

    Jangan lupa asal diri walaupun kita dah pergi ke serata dunia. Insya-allah, orang Melayu hari ini pun dah ramai yang keluar universiti dan masih belum terlambat untuk berjaya, cuma ada jurang lagi. Kita kena terus bangun supaya bangsa lain tidak pandang hina pada kita. Maknanya biar dia cerdik dan kita pun tidak bodoh, dia kaya dan kita pun tak miskin. Kita kena cubalah, tiada miskin dalam nilai dan pembawaan, perlu ikhlas dan komited. Demi komitmen terhadap ummah, kita bawa masuk pelajar dari negara lain, ada yang miskin sangat, kasut dan baju pun tidak ada. Bila kita buat semua ini, ia secara automatik membawa kita kepada keinsafan.

    Ada berpendapat bahawa Tan Sri melabur dalam terlalu banyak perniagaan. Bagaimana Tan Sri menguruskannya?

    SYED MOKHTAR: Sistem pengurusan saya terbuka. Buat masa ini saya sedang berusaha menginstitusikan perniagaan dan yayasan saya supaya bila saya tiada nanti, kesemua ini masih boleh berjalan sebab telah ada satu sistem yang teratur dan mantap. Itu yang saya kesal bila ada orang Melayu yang jual kepentingan dan melabur di luar negara semasa berlakunya krisis ekonomi tahun 80-an dan 90-an.

    Dahulu, semasa kerajaan suruh saya ambil alih Pernas, saya kata nak buat apa sebab saya tidak tahu pengurusan hotel. Tetapi kalau Pernas jatuh ke tangan orang lain, ia satu kemunduran DEB. Semasa saya ambil alih Pernas harga tawaran lebih sedikit daripada harga pasaran.

    Bagi syarikat MMC (MMC Corporation Berhad), masa kita ambil alih daripada PNB dulu, harga sahamnya adalah lebih rendah berbanding sekarang. Bagi DRB-Hicom, kita berusaha bagi meningkatkan lagi prestasinya. Tetapi usaha itu bukanlah suatu yang dapat dilihat hasilnya dengan cepat. Kita kena berusaha walaupun lambat. Sekali lagi, ini semua untuk institusi, bukan untuk individu. Tetapi selagi hidup, kita akan pegang saham syarikat-syarikat itu kerana kita membangunkannya dari mula lagi.

    Sekarang orang Melayu ada dua fahaman – parti UMNO dan Pas. Kadang-kadang kita tolong satu pihak sahaja sedangkan kedua-duanya adalah orang Melayu. Bagaimana Tan Sri melihat hal ini?

    SYED MOKHTAR: Kawan- kawan saya di kampung ada ahli UMNO dan ada ahli Pas. Itu hanya fahaman politik tetapi dalam aktiviti masyarakat dan perniagaan, tiada perbezaan dan masalah. Kita hormati pemikiran politik masing-

    masing dan tentunya saya sebagai anak UMNO, kadangkala ada berdebat tetapi kita tetap berkawan dan tidak bergaduh sesama sendiri. Dalam masjid, kenduri kita sama-sama masak nasi kawah, kita makan sekali. Insya-allah, jika kita tunjukkan nilai-nilai positif dalam diri kita dan saling tolong-menolong dan kunjung-mengunjungi antara satu sama lain, satu hari mungkin mereka akan tergerak hati untuk ikut kita. Jadi kita kena berkawan dan tunjukkan cara yang betul.

    Apa yang harus dimiliki oleh orang Melayu?

    SYED MOKHTAR: Bagi saya orang Melayu kita kena ada sifat kuat berusaha. Sama ada kita dapat kejayaan atau tidak, kita tak boleh putus asa. Kalau dapat kejayaan kena bersyukur, tidak dapat pun bersyukur juga. Saya tidak melihat cara jangka pendek untuk berjaya. Saya percaya kita mesti melalui proses tertentu untuk kita mendapat kejayaan.

    Ini kerana sebelum kejayaan diperoleh, kita terpaksa mengalami bermacam-macam cabaran. Kita kena kenal diri kita sendiri. Dalam agama pun Allah suruh kita kenal diri sendiri sebelum mengenali Allah. Maknanya kita kena menilai dengan jujur dan tidak boleh tipu diri sendiri. Sebab itu apa yang kita buat mesti ikhlas.

    Asas mesti ada iaitu asas ekonomi kerana seperti Cina, mereka dibawa masuk sebelum merdeka untuk berniaga, India bekerja di ladang-ladang dan orang Melayu dijadikan petani. Jadi, sememangnya wujud jurang ekonomi antara ketiga-tiga ini. Kalau kita kecewa maka jurang ini akan semakin jauh. Walaupun sesetengah orang Melayu mudah kecewa namun sekarang ini sudah nampak banyak perubahan.

    Jurang itu masih ada tapi saya tak putus asa dan terus belajar selok-belok berniaga beras semasa mula berniaga dahulu, kalau tiada kekuatan sendiri dan tiada pengalaman selok-belok perniagaan, susah untuk maju ke hadapan. Untuk orang Melayu maju, mereka kena kembali kepada asas dan tiada sebab untuk seseorang untuk tidak maju.

    Sekarang ramai yang tidak sabar dan menggunakan jalan singkat dan kata mereka kalau ada jalan singkat, kenapa pilih jalan jauh? Apa komen Tan Sri?

    SYED MOKHTAR: Kalau kita tak sabar, kita akan dapat hasil yang “tak sabar”. Tahun 60-an saya adalah salah seorang yang tak dapat peluang, yang orang patut tolong. Tapi alhamdulillah, saya tolong diri saya sendiri. Kita semua sama saja. Mak saya kata, “Hangpa tujuh orang keluar dari perut aku.”

    Kerana itu dia tak bagi kami berkongsi bisnes. Tujuh orang kena ada kemahiran sendiri dan bila jumpa kasih sayang akan berpanjangan. Sekarang ini saya tolonglah sikit-sikit. Tapi yang penting mereka tolong diri sendiri. Setiap orang akan dapat peluang mengikut kemampuan dan tak boleh berputus asa. Saya anak DEB dan pendukung UMNO. Saya melalui proses, misalnya, mula-mula minta lesen nak berniaga kedai, minta lesen lori. DEB sediakan semuanya tapi ada yang hendak cepat kaya ambil lesen pajak kepada Cina. Beli lori tidak mahu mengusahakan sendiri.

    Kerajaan yang didukung oleh UMNO memang ada polisi untuk menolong orang Melayu. Tapi DEB hanya bagi orang Melayu 30 peratus dan 70 peratus lagi kepada kaum lain. Sebab itu bila saya jumpa mereka saya kata, DEB bagi 70 peratus kepada mereka dan saya hanya tumpang 30 peratus, itu pun mereka hendak suruh kaji semula. DEB kayakan seluruh masyarakat Malaysia dan memberi peluang terbuka kepada semua kaum dan bukan kepada orang Melayu saja. Saya tahu perkara ini sebab saya menceburi perniagaan sejak dari awal lagi.

    Sekarang ini ada semacam teori bahawa untuk berjaya mesti mendampingi orang politik. Apa kata Tan Sri ?

    SYED MOKHTAR: Kita kena kenal orang politik, kena ada hubungan dengan UMNO. Bila ada hubungan dengan UMNO ada hubungan dengan pemimpin, bila ada hubungan dengan pemimpin kita ada hubungan dengan kerajaan. Kita tak boleh menggunakan cara singkat untuk mendapat peluang, lepas itu orang lain yang ambil.

    Macam saya, saya terpaksa pergi jumpa pemimpin atasan kalau ada masalah perniagaan yang melibatkan kepentingan negara. Kita ada hubungan dengan kerajaan. Kita minta tolong pemimpin kita mengenai apa yang kita boleh buat dan setakat mana kemampuan kita. Bukannya mengambil lesen kemudian bagi kepada orang lain. Saya panggil orang jenis ini sebagai individualis Melayu. Orang jenis ini fikir untuk diri sendiri saja.

    Bila umur 45 mesti ada apartmen di luar negara, duit RM50 juta. Jadi, ini bukan masalah UMNO atau DEB. Ini masalah orang Melayu yang tidak percaya kepada diri sendiri. Mereka percaya kepada duit dalam akaun. Tapi saya tidak bersimpati dengan mereka yang bersikap demikian. Sebab itu saya tubuhkan yayasan. Syed Mokhtar akan mati. Yayasan akan kekal sebagai institusi. Syarikat-syarikat perniagaan juga akan kekal diurus oleh profesional yang berkelayakan dan bukan ahli keluarga. Perniagaan perlu menyumbang kepada hasrat yayasan dalam hal-hal kebajikan. Untuk itu perniagaan perlu diuruskan secara profesional untuk memastikan ia terus berkekalan.

    Jadi kegagalan Melayu bukanlah kerana DEB gagal?

    SYED MOKHTAR: Kalau gagal, itu disebabkan oleh orang Melayu sendiri. Saya dilahirkan oleh DEB, dapat lesen lori, duit bantuan Mara, UDA bagi kedai. Tetapi DEB bukan kayakan orang Melayu saja, DEB kayakan seluruh masyarakat. Ini yang saya suka tekankan supaya semua orang faham.

    Mungkinkah orang Melayu tidak sedar mereka ketinggalan?

    SYED MOKHTAR: Saya fikir orang Melayu sedar tapi mereka mungkin tidak mahu menjadikan itu sebagai satu isu. Bagi saya, kalau sedar macam mana sekalipun, isu tetap di situ juga jika tidak mencari jalan mengatasinya.

    Seperti saya selalu kata, benda yang benar akan kekal. Bagi saya, orang Islam bernasib baik kerana kita ada akhirat. Dalam Islam, ajaran dan budaya sudah lengkap. Ini meliputi cara hidup dan cara kita cari rezeki. Kalau kita ikut nilai-nilai ini tak payah nak pakai serban. Orang Kedah kata macam lebai kodok, bukan cerdik sangat. Tapi yang penting kita ada kekuatan itu. Kita tak perlu ada sifat malu kerana kita tak mencuri. Setiap orang, Allah bagi kekuatan.

    Ramai tertarik dengan Muzium Kesenian Islam yang diasaskan oleh Tan Sri. Kenapa Tan Sri menubuhkan muzium ini yang tidak ada pulangan komersial?

    SYED MOKHTAR: Saya dapat peluang apabila kerajaan bercadang membuka Muzium Islam semasa ekonomi berada dalam keadaan baik. Saya lihat ini sebagai peluang untuk saya menyumbang balik kepada masyarakat walaupun saya tiada pengalaman.

    Nasib baik adik saya mempunyai pengalaman dalam bidang muzium ini, kami berbincang dan bersetuju untuk membangunkannya kerana ia boleh menjadi tempat untuk mempamerkan artifak-artifak Islam tempatan dan luar negara. Ia juga menjadi peluang kepada rakyat negara ini dan asing untuk menyaksikan artifak dari Turki, Istanbul dan muzium luar negara tanpa perlu ke negara-negara berkenaan.

    Saya sedang berusaha untuk membawa kaligrafi, ukiran dan juga bahan-bahan seramik dari pelbagai negara untuk dipamerkan di muzium ini. Secara tidak langsung ini menunjukkan Islam itu global. Artifak-artifak Islam ada di seluruh dunia tetapi tidak semua orang boleh menyaksikannya. Dan Muzium Kesenian Islam berusaha supaya semua orang boleh melihat warisan-warisan Islam daripada artifak-artifak ini.

    Agama Islam ada di mana-mana negara dan artifak-artifak ini banyak dibawa masuk ke muzium menerusi pembelian, pertukaran artifak dan penganjuran pameran bersama Muzium Britain, Kaherah, Singapura. Bila kita buat pameran, kita terbitkan satu buku dan hantarkan ke seluruh dunia. Dari situ kita dapat belajar persilangan budaya yang berlaku kepada Islam di China, di India dan seluruh Asia, di mana-mana sahaja. Orang boleh nampak bahawa Islam agama yang terbuka.

    Jiran saya di Alor Star ada India dan Cina, tiada masalah untuk hidup bersama. Islam tiada bagi masalah kepada yang bukan Islam. Muzium ini menunjukkan Islam itu global. Seramik dan besi cukup hebat. Artifak ini ada yang dibeli dari luar. Kerajaan bagi kita simpan dan kita buat muzium ini kita serah kepada kerajaan dan kerajaan pajak balik muzium ini untuk 99 tahun. Muzium ini dibiayai oleh Yayasan Albukhary sejajar dengan objektif untuk membangunkan budaya dengan belanja RM5 juta setahun. Saya juga mahu orang bukan Islam turut mengunjungi muzium ini untuk melihat tamadun dan kesenian Islam.

    Masjid di Jalan Hang Tuah dibina bukan di kawasan majoriti Islam. Apa tujuan Tan Sri berbuat demikian?

    SYED MOKHTAR: Asalnya masjid itu kecil sahaja. Ada jawatankuasa datang jumpa saya dan berbincang, saya kata jika mahu membangunkan semula biar betul-betul walaupun kawasan itu setinggan dan tidak ramai orang Islam.

    Mungkin ada orang yang menaiki motosikal boleh singgah, budak-budak yang tinggal di pangsapuri berdekatan boleh datang mengaji, ada syarahan. Sasaran saya ialah masyarakat bandar yang berpendapatan rendah. Hari Jumaat boleh sembahyang di situ, saya fikir kita buat kerana Allah s.w.t. kita buat betul-betul. Ikhlaskan diri dan buat yang terbaik. Masjid di Jalan Hang Tuah ialah sebuah masjid bandar untuk warga kota. Ini membolehkan orang yang bekerja di sekitar kawasan itu singgah sembahyang di situ.

    Bagaimana pula dengan bajet yayasan?

    SYED MOKHTAR: Memandangkan yayasan baru hendak diinstitusikan, maka kita sedang meneliti banyak perkara terutama pendidikan yang melibatkan tuisyen yang disertai oleh pelajar-pelajar antarabangsa dari negara-negara yang penduduk Islamnya sedikit sahaja. Muzium pula lebih kepada persilangan budaya dan teras yayasan buat masa ini ialah pendidikan dan muzium sahaja. Sepuluh tahun yang lalu saya laburkan dalam pembinaan infrastruktur dan sekarang sedang membina kolej di Alor Star yang akan siap pada tahun 2009.

    Sebanyak 3,000 pelajar disasarkan dengan 30 peratus pelajar tempatan manakala selebihnya antarabangsa. Ramai dari negara-negara Islam yang kecil di rantau Asia Tengah. Budak-budak ini cerdik tapi miskin dan mereka diberi pelajaran dalam Sains dan Matematik.

    Ada juga kita hantar imam dan bilal yang kurang mampu ke Mekah untuk mengerjakan haji. saya lihat mereka ini kalau mati pun Allah beri mereka haji tetapi tidak dapat pergi ke Mekah kerana tidak mampu. Oleh itu, saya pilih 60 hingga 70 orang setahun dan kita bawa masuk Tabung Haji seperti yang ibu bapa kita buat. Selalu yang dapat ialah tok siak, imam dan bilal dan saya minta kuota daripada kerajaan untuk berbuat demikian.

    Tan Sri pernah beritahu mahu memodenkan sistem sekolah pondok di negara ini. Adakah rancangan itu masih ada dan relevan untuk dilaksanakan pada masa ini?

    SYED MOKHTAR: Sistem sekolah pondok yang ada pada hari ini memerlukan perubahan, sekolah yang lengkap dengan kemudahan asas. Ini penting kerana kebersihan itu adalah asas kesihatan pelajar dan juga sebahagian daripada iman.

    Kolej Yayasan Albukhary di Alor Star ada sistem, lapan jam belajar, lapan jam waktu tidur dan lapan jam lagi untuk buat kerja-kerja sukarela. Pembelajaran hukum agama asas seperti sembahyang dan mengaji adalah tanggungjawab individu dan mesti ada. Kolej tidak banyak tumpukan kepada agama kerana itu tanggungjawab individu, tanggungjawab dengan Allah. Kolej itu tumpukan ilmu dunia.

    Bila kita susah, orang tolong kita dan bila kita nampak orang susah kita kena tolong. Objektifnya bila keluar dari kolej ini mereka berisi dengan ilmu, nak jadi akauntan atau ahli ekonomi, kita berikan pelajaran dan lepas itu kita lepaskan, tiada terikat untuk pergi ke mana sahaja. Sistem sekolah pondok hanya pentingkan agama. Agama adalah tanggungjawab kita, memang ada dalam jiwa cuma perlu diperkuatkan tapi perlu juga ada ilmu dunia.

    Boleh Tan Sri berkongsi zaman kanak- kanak, terutama cara Tan Sri dibesarkan dengan didikan keluarga yang bagaimana?

    SYED MOKHTAR: Macam biasa juga, saya pergi ke sekolah rendah dan menengah. Cuma masa itu keluarga saya susah. Bila habis sekolah menengah, duit tidak ada dan saya ambil keputusan untuk tolong ayah saya dan berusaha dari kecil untuk berjaya. Duit kita guna untuk kehidupan peribadi dan untuk tolong orang lain juga.

    Kaum lain ada organisasi seperti persatuan Hokkien atau Kantonis tetapi di mana orang Melayu? Di Kedah tiada satu pun dewan orang Melayu. Bila saya buat kolej, saya suruh buat lima atau enam reka bentuk sebab orang Kodiang, Arau, Padang Terap dan Pokok Sena bukan mampu untuk pergi sampai ke Samarkhan, Istanbul, Isfahan untuk melihat reka bentuk asing itu. Bila anda pergi ke kolej itu ada lima konsep seperti Morish, Turki, Tupaki, Afrika Utara dan sekali gus mencerminkan Islam yang global. Secara peribadi saya memang minat kepada seni bina Islam.

    Buat masa ini, sementara menantikan kolej itu siap, kita tempatkan di UIA, ada 372 pelajar dari 47 negara dan insya-Allah, kita akan buka kolej di Kedah dan tumpukan kepada pelajaran asas seperti Pertanian, Perakaunan, Ekonomi dan ICT. Kita juga pernah adakan program ilmu untuk anak-anak Islam Pakistan dan ramai yang berjaya dan bekerja di luar negara. Perbelanjaan sepenuhnya kolej itu ialah RM600 juta apabila siap kelak. Seluas 75 ekar telah siap dan sekarang kita ada pusat dialisis, masjid dan rumah anak yatim dan orang tua, justeru pelajar itu akan buat kerja-kerja sukarela.

    Tan Sri bukan sahaja mengembangkan perniagaan tetapi juga melaksanakan pengembangan yayasan.

    SYED MOKHTAR: Itu niat saya. Sambil berniaga sambil juga membuat kerja-kerja kebajikan. Kita sementara masih hidup, melebihi 2.5 peratus zakat yang disyaratkan oleh Islam dan dapat tolong anak bangsa, dan juga bukan Islam, 70 anak-anak Islam dan 30 peratus lagi dikongsi oleh pelajar luar dan bukan Islam. Baru-baru ini kita menaja pelajar dari China untuk belajar di UIA tetapi kita tidak paksa mereka masuk Islam.

    Bagaimana Tan Sri bekerja?

    SYED MOKHTAR: Saya bertindak mengikut keperluan tapi kena terus berusaha agar setiap masalah selesai secepat mungkin. Harus menyelesaikan isu. Tidur selalu lewat, lagi malam lagi cerah mata kerana saya suka buat kerja malam-malam.

    Yang penting semua kerja jadi, kena selesaikan isu walaupun berat. Kalau yakin perkara benar, tiada masalah. Perkara yang benar akan beri kita kekuatan untuk terus berusaha, jangan lari dari tanggungjawab.

    Senaman kita buat secara sederhana, makan dan minum satu pertiga sahaja.

    Saya suka berusaha dan cuba setakat yang terdaya kerana ini Tanah Melayu, jadi Malaysia. Bila saya jumpa pemimpin UMNO saya kata UMNO Melayu punya dan BN Melayu dan semua kaum punya. Dari awal, saya kata saya anak UMNO dan DEB. Kalau UMNO bagi teladan buruk, orang Melayu kecewa dan kita kena jaga. Bendang pun kita jaga dan jangan pajak kepada orang lain. Tapi bila orang cash-out, kita bina jurang yang luas lagi. Pergi luar negara untuk pengembangan tidak apa, tetapi asas kita di sini.

    Adakah sejak dulu lagi Tan Sri sudah nampak masalah pendidikan orang Melayu?

    SYED MOKHTAR: Masalah pendidikan memang ada dari awal lagi. Dalam tahun 60-an saya hadapi masalah pendidikan sebab tak ada kemampuan. Saya tidak boleh bayar yuran semasa di tingkatan lima.

    Masalah budak-budak Melayu yang tak mampu nak bayar yuran memang ada pada masa itu. Saya nampak masalah pendidikan tapi saya pun salah seorang daripada mereka yang memerlukan pertolongan. Tapi tidak ada siapa yang tolong membayar yuran sekolah. Mungkin masa itu tidak ada orang Melayu yang berkemampuan yang boleh tolong saya. Jadi, bila dapat sikit peluang dalam perniagaan, saya ada kemampuan untuk menolong orang lain. Orang kaya ada dalam semua kaum. Mereka kena membantu kaum sendiri supaya tidak tercicir. Yang miskin kita kena bantu.

    Apa yang Tan Sri akan lakukan dengan wang tunai RM80,000 yang diterima bersama trofi Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan itu?

    SYED MOKHTAR: Saya akan memberikannya kepada ibu saya. Masa dulu bila saya dapat RM1,000, saya hanya memerlukan RM500 saja. Bila saya dapat RM1,500 dan bawa balik ke rumah, mak saya kata RM750 cukup untuk keluarga. Baki RM750 bagi kepada orang tua-tua. Dari situ saya nampak perlunya jiran dan masyarakat dalam kehidupan kita. Saya dah ada interaksi dengan masyarakat.