26 January 2009

MENGAPA KEBANYAKAN BISNESS SUKAR CAPAI KEJAYAAN?


MENGAPA KEBANYAKAN BISNESS SUKAR CAPAI KEJAYAAN?


Rahsia utama untuk mencapai kejayaan dalam perniagaan komersial ialah 'menjadi unik'.

Seringkali saya mengulangi perkara ini kepada rakan-rakan bisnes dan juga pelanggan saya – anda mesti menawarkan solutions atau penyelesaian permasalahan dalam bentuk produk ataupun perkhidmatan yang belum ada sesiapa tawarkan lagi! Kebanyakan syarikat perniagaan hanya masuk ke dalam pasaran dan melakukan sama seperti apa yang peniaga lain lakukan. Ini jelas dari pandangan dan persepsi masyarakat.

Dengan cara ini, anda tidak akan ke mana-mana. Sekiranya anda tiada sebarang kelainan atau keunikan untuk ditawarkan, anda umpama penjual sayur di pasar-pasar – anda menawarkan produk yang SAMA seperti peniaga lain. Anda hanya berupaya mendapatkan lebih ramai pelanggan sekiranya anda sanggup menurunkan harga jualan sayuran anda. Dan ini bukanlah caranya untuk menjadi kaya!

Tanya diri anda sendiri persoalan ini, mengapakah sesetengah barangan itu mahal harganya berbanding dengan barangan yang lain? Ianya kerana barang yang mahal itu unik, jarang dijumpai ataupun sukar didapati. Sebaliknya, barangan yang murah pula amat mudah didapati di mana-mana sahaja!

Sekiranya matlamat anda adalah untuk membuat keuntungan, anda harus pastikan yang anda berupaya menjadikan diri, bisnes dan produk anda unik; bukannya menawarkan persamaan seperti \'komoditi\' yang lainnya. Sekiranya anda menawarkan sesuatu yang biasa-biasa sahaja, tiada apa yang membezakan anda dengan peniaga yang lain,melainkan harga. Inilah yang mesti anda elakkan kerana anda terpaksa menurunkan harga jualan dan juga mengurangkan margin keuntungan bisnes anda. Kalau ini berterusan, tidak lama lagi bisnes anda akan \'gulung tikar\'!

Tetapkan matlamat anda dalam setiap perkara yang anda lakukan; samada merancang, menjalankan, mengurus dan membangunkan bisnes anda, tumpuan utama haruslah diberikan kepada menawarkan keunikan dan kelainan!

Setiap aspek bisnes anda itu pula – daripada membangun atau mengeluarkan produk atau perkhidmatan sehinggalah kepada promosi dan juga penjualan kepada pelanggan – mestilah mempunyai ciri-ciri keunikan. Dan ianya bukan sahaja unik semata-mata tetapi keunikan itu mestilah boleh difahami dan dihargai oleh para pelanggan atau target market anda!


Ditulis oleh:

Mohamad Tazilan Hj. Ibrahim
Penulis ebook 'Idea-Idea Bisnes Yang Hebat & Luar Biasa!'
Idea-Idea Bisnes Yang Tidak Pernah Terlintas Di Fikiran Anda!


“BEGIN WITH ONE SMALL STEP.DON’T LET OTHER STAND IN YOUR WAYWALK YOUR OWN PATH.”

Semoga Allah memakbulkan impianku dan teman teman untuk menjadi usahawan berjaya dan Jutawan.Amin

Salam kejayaan.

0 SILA KRITIK: