26 January 2009

BAGAIMANA MENGHADAPI KEGAWATAN EKONOMI?

BAGAIMANA MENGHADAPI KEGAWATAN EKONOMI


Sejak kebelakangan ini, memang hangat diberitakan tentang masalah “kegawatan ekonomi global”. Beberapa hari lepas, sebuah akhbar melaporkan bahawa seramai 140,000 pekerja mungkin akan diberhentikan kerja sepanjang tahun 2009 jika kegawatan ekonomi kekal berterusan.Baiklah, hari ini, saya ingin berkongsikan beberapa tips bagaimana anda boleh bertahan dan bersedia bagi menghadapi waktu-waktu sukar akibat kegawatan ekonomi ini.


LINDUNGI & KUKUHKAN PUNCA PENDAPATAN ANDA

BERSEDIA UNTUK DIBERHENTIKAN / HILANG PUNCA PENDAPATAN

TAMBAHKAN PUNCA PENDAPATAN ANDA

KURANGKAN PERBELANJAAN ANDA

SEMAK HUTANG PINJAMAN RUMAH ANDA

MULAKAN PELABURAN


1) LINDUNGI & KUKUHKAN PUNCA PENDAPATAN ANDA


Bagi mereka yang bekerja makan gaji, inilah masanya untuk anda meningkatkan pagi prestasi kerja anda dengan cara melebihkan sedikit awktu bekerja, bekerja dengan lebih tekun, serta meningkatkan lagi kemahiran-kemahiran anda. Jika anda seorang pekerja yang cemerlang, tiada sebab untuk pihak syarikat memberhentikan anda (kecuali kalau syarikat tersebut memang gulung tikar la). Ini kerana, anda adalah “aset” kepada syarikat.. memberhentikan anda adalah bermakna, mengurangkan “keuntungan” kepada syarikat.Bagi mereka yang berniaga/bekerja sendiri, inilah masa untuk anda meningkatkan kualiti perkhidmatan/produk perniagaan anda. “Loyalti programme” seperti mewujudkan kad keahlian mungkin sesuai pada waktu begini.


2) BERSEDIA UNTUK DIBERHENTIKAN / HILANG PUNCA PENDAPATAN


Walaupun anda sudah bekerja keras untuk memastikan anda adalah aset bagi tempat anda bekerja, namun kadangkala, sesetengah perkara sudah ditakdirkan dan akan berlaku. Jadi, sebelum perkara yang tidak anda ingini itu berlaku, anda perlulah bersiap sedia, orang kata, “Jangkakan perkara yang tidak dijangka” . Mungkin, pada waktu ini anda boleh mencari semula dan mengemaskini fail-fail resume anda di samping mengenalpasti “lubuk-lubuk” pekerjaan yang baru.Bagi mereka yang berniaga sendiri, inilah masa yang sesuai untuk anda menambahkan lagi kenalan & network perniagaan anda. Kerapkan diri untuk hadir ke majlis-majlis yang berkaitan perniagaan. Manalah tahu, mungkin anda akan menjumpai “peluang-peluang” serta “idea-idea” perniagaan yang baru disini.


3) TAMBAHKAN PUNCA PENDAPATAN ANDA


Banyak perkara yang boleh anda lakukan untuk menambahkan punca pendapatan anda. Apa yang anda perlu lakukan hanyalah, mengorbankan sedikit masa anda berada di hadapan televisyen. Ramai orang yang memberikan alasan dan berkata.. ” Saya bukannya tak mahu buat.. cuma takde masa?”. Zaman sudah berubah, dunia dah maju, kini, sudah ada banyak peluang-peluang menjana pendapatan sampingan yang tidak memerlukan anda menghabiskan banyak masa. Antaranya adalah seperti menyertai program affiliate, berniaga di ebay, menjadi penulis bebas ataupun menjual ebook di internet.Untuk lebih baik lagi, seelok-eloknya, pastikan punca pendapatan tambahan anda itu, adalah sesuatu yang passive.



4) KURANGKAN PERBELANJAAN ANDA


Saya rasa, perkara ini tidak perlu saya ulas lanjut, sudah pastinya anda semua sudah sedia maklum. Setiap kali menghadapi masalah kewangan, perkara pertama yang perlu kita lakukan, ialah mengurangkan perbelanjaan kita. Semak semula perkara-perkara yang perlu kita bayar secara bulanan, adakah ia boleh dihapuskan atau dikurangkan.



5) SEMAK HUTANG PINJAMAN RUMAH ANDA


Semalam, bank negara baru sahaja mengumumkan penurunan kadar OPR, dan perkara ini akan mempengaruhi penurunan BLR. Jadi, semak pinjaman rumah anda, adakah bank anda turut menurunkan kadar BLR mereka? Jika tidak.. mungkin inilah masanya untuk anda membuat survey “pakej-pakej” refinance yang disediakan oleh bank lain yang mampu menawarkan kadar faedah yang terendah.Selepas berjaya membuat refinance, duit lebih yang diterima hasil refinance tersebut mungkin boleh digunakan untuk melangsaikan hutang-hutang anda yang lain (kad kredit. Jangan sesekali gunakan duit tersebut untuk menambah liabiliti seperti membeli kerata baru, penghawa dingin baru ataupun perabot baru.



6) MULAKAN PELABURAN


Ini pula adalah amat sesuai bagi mereka yang “berkemampuan” dan mempunyai duit lebih. Pada waktu kegawatan seperti ini, saham-saham mewah serta saham-saham amanah sangat murah, kadar faedah pinjaman untuk membeli rumah juga menjadi rendah. Jadi, inilah masanya untuk anda menambah kekayaan anda.Itulah antara beberapa perkara yang boleh anda lakukan bagi bertahan di dalam situasi kegawatan ekonomi ini. Semoga entri kali ini memberikan anda sedikit manfaat dan kekuatan untuk menghadapi hari-hari yang mendatang ini.

Yosh!

mohdsuhaimy.com


“DREAM....DREAM BIG....FEEL IT...BELIEVE IT...ACHIEVE IT”



Semoga Allah memakbulkan impianku dan teman teman untuk menjadi usahawan berjaya dan jutawan yang membantu agama, bangsa dan negara.Amin.



Salam kejayaan

0 SILA KRITIK: