26 January 2009

FOREX

APA ITU FOREX?


Forex (Forex Exchange ) ialah pertukaran wang asing. Di kenali sebagai spot market.Pertukaran wang asing melibatkan 4500 bank dari seluruh dunia. Tiada headquaters (HQ) atau lokasi tertentu untuk melakukan transaksi pertukaran matawang. Semua transaksi jual beli atau pertukaran matawang di lakukan secara online melalui internet. Transaksi harian melibat 1.5 trilliant U.S Dollar. Forex di buka kepada pelabur-pelabur kecil sejak tahun 1995. Pelabur-pelabur kecil boleh berurusan dalam forex melalui 2 jenis akaun iaitu regular dan mini dengan menggunakan leverage


APAKAH YANG BERLAKU DI PASARAN FOREX?


Jawapan paling mudah adalah wang.Pasaran Forex merupakan satu ursniaga jual beli pertukaran wang ke mata wang lain .Sebagai contoh pertukaran mata wang Euro Dollar dengan Us Dollar.


APAKAH MATA WANG YANG DIPERDAGANGKAN?


Matawang terbahagi kepada 2 iaitu Major dan Minor.Major ialah matawang paling kerap diperdagangkan iaitu USD,EUR,GBP,CHF,JPY,AUD dan CAD. Minor adalah matawang selain matawang major iaitu NZD dan SGD yang turut diniagakan tetapi tidak menjadi favorite trader.

Didalam pasaran forex, matawang diniagakan secara berpasangan. Ianya di niagakan secara berpasangan kerana dalam dagangan mestilah ada beli dan jual.Sebagai contoh pasangan matawang EUR/USD jika membeli "BUY" pasangan ini bermakna kita membeli EUR (Euro) dan jual USD (US Dollar)

0 SILA KRITIK: