26 January 2009

BAGAIMANA MEMBINA MULTIPLE STREAM OF INCOME?


MULTIPLE STREAM OF INCOME (MSI)


kali ini saya nak cerita pasal teknik orang kaya meng”kaya”kan lagi diri mereka. Caranya ialah dengan mewujudkan “Multiple Stream Of Income (MSI)” atau dalam bahasa melayu sanskritnya.. “Sumber Pendapatan Pelbagai”.


ACTIVE INCOME + MSI



Anda boleh mewujudkan MSI dengan melakukan beberapa pekerjaan dalam satu masa. Contohnya, pada waktu siang anda bekerja di pejabat, dan pada waktu malam pula anda menjual burger atau membawa teksi. Itupun dikira sebagai MSI, tetapi masalahnya… anda akan berasa sangat “letih & sedih” jika melakukannya pada jangka waktu yang panjang. Letih sebab perlu bekerja sepanjang hari.. sedih sebab akan mengalami stress & tekanan akibat kepenatan yang melampau. Lagipun, jika anda menjadikan”active income” sebagai MSI anda, tidak banyak “saluran” yang boleh anda lakukan.. paling-paling banyak pun 2-3 kerja (MSI) sahaja.


PASSIVE INCOME + MSI


Untuk menjadi “lebih” kaya dan gembira… anda perlu wujudkan MSI menggunakan “Passive Income”. Cara yang paling popular pada masa lalu ialah dengan membeli beberapa hartanah dan menyewakannya. Jika sebuah hartanah (rumah sewa) mampu menjana pendapatan sebanyak RM1000 sebulan kepada anda, maka… jika ada 5 rumah? Setiap bulan.. senang-senang je anda boleh dapat RM5000 sebulan.


Tetapi itu “zaman dulu”, masalah yang wujud dengan teknik hartanah ini ialah, ia memerlukan “kos/modal” yang besar untuk melakukannya. Tetapi kini, zaman dah berubah… dunia dah maju…. kini sudah wujud satu konsep baru dimana.. “Website” dijadikan sebagai “hartanah maya”. Ianya lebih mudah dan murah untuk dilakukan. Konsepnya tidak jauh berbeza…. jika 1 website boleh memberikan anda pendapatan sebanyak RM1,000 sebulan.. bayangkan jika anda mempunyai 10 buah website.


Jadi.. usah buang masa.. bina MSI anda dengan menghasilkan banyak “passive income”.



SEDIKIT INFO TENTANG PASSIVE INCOME.


Secara ringkas, pendapatan (income) boleh dibahagikan kepada 2 kategori.


Active Income

Passive Income


Active Income” ialah pendapatan yang anda perolehi apabila anda “aktif”, iaitu anda perlu sentiasa bekerja/melakukannya. Contoh mudah.. kerja makan gaji. Anda perlu datang kerja setiap hari.. kalau tak datang kerja, tak dapat duit (income).


Passive income” pula, ialah satu bentuk pendapatan yang anda perolehi walaupun anda tidak bekerja dan berada dalam keadaan “pasif”. Ianya adalah merupakan satu bentuk pendapatan yang anda perolehi secara berulang-ulang kali setelah anda menyiapkan satu perkara/kerja.


Contoh paling mudah, adalah seperti merakamkan lagu (menjadi artis). Anda hanya perlu merakamkan nyanyian anda sekali sahaja di studio… selepas itu, setiap kali album anda terjual dan lagu anda diputarkan diradio-radio. Anda akan mendapat “royalti” (pendapatan). Contoh lain.. menulis buku. Anda hanya perlu menulis buku itu sekali sahaja, selepas itu, setiap kali ada orang yang membeli buku anda di kedai-kedai buku. Anda akan mendapat royalti (pendapatan). Satu lagi contoh lain, menyewakan hartanah. Anda hanya perlu beli sebuah rumah dan kemudian mencari penyewa, kemudian, setiap bulan, anda akan mendapat wang sewaaan (pendapatan). Itulah yang dinamakan “passive income” dan itulah sebenarnya rahsia/teknik/cara bagaimana seseorang boleh menjadi kaya.


Orang-orang yang kaya, sememangnya sentiasa akan menumpukan usaha mereka kepada, “membina lebih banyak passive income”, manakala, bagi orang yang “TAK kaya-kaya”, mereka lebih sibuk memikirkan bagaimana “mencari kerja” (active income) di tempat lain yang boleh memberikan mereka gaji lebih besar. Senang kata… kaya…… sentiasa sibuk buat kerja yang akan menjana “passive income” (pendapatan berulang).

Orang miskin… sentiasa sibuk cari kerja di tempat lain yang boleh beri gaji yang lebih besar. Apa yang lebih menarik tentang “passive income” ini, ia bukan sahaja memberikan lebih banyak wang & pendapatan kepada anda, malah, ia juga turut memberikan lebih banyak masa (kebebasan dari segi masa).Hanya perlu buat kerja sekali sahaja, lepas tu anda sudah boleh rileks dan melakukan perkara-perkara lain yang menyeronokkan di dalam hidup anda seperti berkelah di tepi pantai, menonton video kegemaran sepanjang hari, bermain PS3 ataupun meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga.Ada yang berkata…


“Saya nie manalah pandai menyanyi untuk buat album.”
“Tulis buku? Tak pandai la”
“Beli rumah untuk disewakan? Mahal ler.. mana ada duit nak beli!”
“Saya sibuk, takde masa nak tulis-tulis buku nie!”
“Ilmu saya tak tinggi.. tak layak lagi nak tulis buku!”


Ok!.. anda boleh sahaja terus mencipta berpuluh-puluh ribu lagi alasan… dan sedarkah anda, apabila anda membuat alasan, anda sebenarnya sedang membina tembok-tembok yang menghalang diri anda untuk mencapai impian anda. Satu alasan = satu tembok. Jadi.. berhentilah membina tembok-tembok tersebut…Zaman sudah berubah, dunia dah maju….Untuk membina passive income, ada pelbagai cara… tidak semestinya anda perlu pandai menyanyi, tidak semestinya anda perlu mempunyai ilmu yang sangat tinggi untuk menulis, dan juga.. tidak semestinya anda perlu mempunyai wang berpuluh-puluh ribu ringgit untuk membeli rumah dan menyewakannya.





“YOUR VISION WILL BECOME CLEAR ONLY WHEN YOU LOOK INTO YOUR HEART.WHO LOOKS OUTSIDE,DREAM.

WHO LOOKS INSIDE AWAKENS”

-CARL JUNG-



Semoga Allah memakbulkan impianku dan teman teman untuk menjadi usahawan berjaya dan jutawan yang sukses membantu agama, bangsa, dan negara.Amin.

1 SILA KRITIK:

SPELL OF LOVE said...

best gak info ni...if u got new info about business let me know...hehe..n i got some passive income,,if u want to join let me know...hehehe