27 January 2009

SPOOKSTERS TOUR

SPOOKSTERS TOUR

Ini juga satu idea bisnes yang menarik!

Seorang lelaki Serani bernama Francis bekerja sebagai seorang Tour Guide sambilan dengan sebuah agensi pelancongan tempatan di KL. Bergaul dengan para pelancong luar saban hari, beliau mendapati kebanyakan pelancong barat mengharapkan sesuatu kelainan dalam lawatan mereka ke KL, terutamanya pada waktu malam. Maklumlah setakat pusat membeli-belah, disko dan kelab malam tu dah memang budaya dan kebiasaan di negara asal mereka.

Pada satu ketika, beliau mendapat ilham bagaimana untuk memenuhi kehendak para pelancong berkenaan. Beliau menubuhkan sebuah syarikatnya sendiri bernama Spooksters Enterprise dan bermodalkan sebuah van second hand, beliau memulakan bisnes tour guide sendiri.

Francis secara peribadinya adalah peminat cerita-cerita seram dan hantu. Sebagai anak jati KL, beliau tahu di mana kawasan yang berhantu dan menyeramkan. Dari itu, beliau menawarkan lawatan ke tempat yang menyeramkan kepada para pelancong dengan bayaran RM168 seorang pada satu sesi lawatan.

Ternyata idea Francis itu memuaskan hati para pelanggannya kerana lawatan yang meremangkan bulu roma itu adalah sesuatu yang baru dan menjadi kenangan kepada para pelancong berkenaan.

Rakan-rakan beliau di agensi pelancongan menyokong bisnes ini dengan mempromosikannya kepada pelancong di agensi mereka dan lebih menarik, pelancong yang telah mendapatkan khidmat Francis selalunya memberitahu pengalaman mereka kepada rakan-rakan di negara masing-masing. Sudah tentunya mereka mencari Francis dalam kunjungan mereka ke KL.

Apa yang bagusnya, Francis menjalankan bisnesnya ini hanya pada waktu malam dan beliau masih menjalankan tugas sebagai tour guide sambilan di agensi pelancongan pada siang harinya!

Syabas Francis!



Mesej & Pengajaran :
*Sentiasa kenalpasti kekurangan atau kelemahan dalam pasaran sedia ada.
*Cari jalan untuk menawarkan perkhidmatan anda dengan mengatasi kekurangan atau menyelesaikan permasalahan sedia ada.
*Cari kelainan! Sudah tentulah dengan idea-idea kreatif dan luar biasa..!!



Oleh: Tazilan Ibrahim

0 SILA KRITIK: