27 January 2009

TUKAR STRATEGI BISNES DAN KREATIF

TUKAR STRATEGI BISNES


Ismail mengusahakan bisnes gerai tomyam di Kajang sejak tahun 2002 lagi. Asalnya gerainya adalah satu-satunya gerai tomyam di kawasan tersebut. Lokasinya strategik, berhampiran dengan beberapa buah sekolah pula. Namun satu demi satu pesaing muncul dan Ismail seolah-olah tenggelam punca kerana pelanggan semakin kurang dan tentulah pendapatannya semakin merosot!

Bila kami (Ismail dan penulis) berbincang, antara kelemahan utama bisnes tomyam Ismail ialah beliau tidak tahu memasak sama sekali! Selama ini beliau hanya bergantung kepada tukang masak yang diupahnya secara sepenuh masa. Tukang masak yang silih berganti menyebabkan beliau gagal mengekalkan mutu dan rasa masakan di gerainya. Sebab itulah pelanggan lari!

Kami seterusnya cuba perah otak (brainstorm) mencari jalan keluar kepada masalahnya itu. Dipendekkan cerita, rumusannya beliau kena ubah jenis bisnes kepada menjual sesuatu jenis makanan yang siap (ready to serve) atau separa siap. Fikir punya fikir, bersandarkan pemerhatian suasana persekitaran, Ismail dapat idea dan strategi bisnes yang baru iaitu menjual makanan segera seperti burger, kentang goreng, bebola makanan laut dan juga aiskrim!

Peralatan dapur telah berubah dari kuali kepada deep fryer. Hidangan aiskrim pula tak jauh beza dari Swensen atau Baskin Robbins! Bisnes beliau laris! Setiap hari beliau berupaya menjual lebih kurang 300 biji burger, 20 kg kentang goreng dan 30 liter aiskrim! Dalam masa 1 bulan, beliau buka sebuah lagi gerai di Puchong! Nampaknya strategi 'kelainan' yang dicubanya menjadi!

Anda nak tahu siapa pelanggan utamanya?

Budak-budak sekolah! Mereka kata gerai Ismail macam McDonalds!



Mesej & Pengajaran:
Atasi persaingan dengan strategi luar biasa. Menjadi berlainan dari bisnes orang lain meletakkan anda dalam kelas anda tersendiri!


Oleh: Tazilan Ibrahim

“LEARN FROM YESTERDAY ,LIVE FOR TODAY,HOPE FOR TOMMOROW”

Semoga Allah memakbulkan impianku dan teman teman untuk menjadi usahawan berjaya dan jutawan.Amin.

Salam kejayaan

0 SILA KRITIK: