26 January 2009

NAK KAHWIN DENGAN JUTAWAN?

NAK KAHWIN DENGAN JUTAWAN?


Scha Al-Yahya (bukan nama sebenar) , pernah menghantar email kepada saya dan bertanya kepada saya, lelaki yang manakah yang harus dipilih untuk menjadi suami beliau. Iaitu, antara Hussin (bukan nama sebenar) atau Aizat (bukan nama sebenar juga) . Hussin adalah seorang penjawat awam kerajaan dan merupakan bekas kekasih lamanya yang kini menagih cintanya semula. Manakala Aizat adalah kekasih barunya yang hadir setelah Husin meninggalkannya. Aizat adalah seorang jurutera di sebuah syarikat kecil.Berdasarkan pekerjaan dua lelaki ini, Scha mengambarkan, kehidupan rumahtangga beliau mungkin akan lebih bahagia dan terjamin jika bersama Husin.



Lisa Surihani (bukan nama sebenar yer) , turut menghantar email kepada saya dan mengadukan tentang masalah beliau. Beliau amat mencintai seorang lelaki bernama Jehan Miskin (bukan nama sebenar lah!) . Namun begitu, ibu-bapa mereka tidak berapa setuju dengan pilihannya disebabkan Jehan Miskin ini tidak mempunyai sebarang pekerjaan tetap. Menurut Lisa, Jehan sebenarnya sedang sibuk berusaha untuk membangunkan perniagaan beliau. Disebabkan itulah beliau tidak bekerja makan gaji.



Itulah antara 2 email luahan hati yang pernah saya terima . Terus terang saya katakan, saya sendiri tidak pasti siapakah pilihan terbaik buat mereka. Hanya mereka yang dapat menentukan siapakah pilihan terbaik mereka.

Namun begitu, saya ingin berkongsikan sedikit pandangan saya berkenaan hal ini.Kebanyakan (tidak semua) gadis, sememangnya mahukan lelaki yang kaya sebagai bakal suami mereka. “Lebih terjamin!”… kata mereka. Apa yang “terjamin!”.. sayapun tak pasti. Namun begitu, lelaki yang kaya/jutawan.. selalunya.. adalah lelaki yang sudah berumur ataupun sudah beristeri.Ramai gadis yang terlepas pandang hakikat ini, “jutawan-jutawan yang sudah beristeri” pada waktu ini, kebanyakkannya, sewaktu mereka berkahwin dulu, mereka bukanlah seorang jutawan.

Suatu masa dulu, mereka hanyalah seorang lelaki biasa, ada yang bekerja makan gaji, ada yang hanya bekerja dikilang dan ada juga yang hanya membantu ibu-bapa mereka berniaga di pasar malam. Namun begitu, selepas berkahwin, lelaki-lelaki ini berasa lebih bertanggungjawap untuk menyediakan kehidupan yang terbaik untuk keluarga mereka. Ditambah lagi dengan dorongan si isteri yang sentiasa memberikan sokongan hingga akhirnya.. suami mereka ini, berjaya dan menjadi jutawan.Nasihat saya kepada gadis-gadis di luar sana, pekerjaan kekasih anda pada waktu ini sebenarnya adalah tidak begitu penting dan sama sekali tidak boleh dijadikan kayu pengukur untuk jaminan masa hadapan hidup anda. Apa yang lebih penting pada pandangan saya, ialah, memastikan bakal suami (kekasih) anda itu mempunyai ilmu yang bagus di dalam perihal pengurusan kewangan.

Bagaimana nak tahu kekasih anda itu bijak mengurus kewangan atau tidak?… Mudah sahaja! lelaki yang bijak menguruskan kewangan selalunya ( diulangi.. “selalunya” yer.. bukan “mesti”..)...


• tidak merokok
• tidak gemar memakai pakain berjenama
• tidak mengubahsuai kenderaan
• tidak mempunyai hobi “mewah” yang memerlukan beliau berhabisan banyak duit.
• tidak mempunyai hutang kad kredit yang melampau.
• mempunyai polisi insuran/takaful
• ada mempunyai wang simpanan



Itulah antara beberapa ciri lelaki yang bijak menguruskan kewangan dan “mungkin” akan menjadi jutawan suatu hari nanti jika anda (sebagai isteri) bijak memberikan mereka semangat dan dorongan kearah itu. Jadi.. timbang-timbangkanlah….
mohdsuhaimy.com

“DREAM ARE TODAY’S ANSWER,TO TOMORROW’S QUESTION”



Semoga Allah memakbulkan impianku dan teman teman untuk menjadi usahawan berjaya dan jutawan yang sukses membantu agama, bangsa, dan negara.Amin.


Salam kejayaan.

0 SILA KRITIK: