-R.KIYOSAKI-
Semoga Allah memakbulkan impianku dan teman teman menjadi seorang usahawan berjaya dan jutawan.
Salam kejayaan
TUKANG EDIT Jr Jeopardizer Arakida at Friday, January 23, 2009 0 SILA KRITIK
LABELO FAMILY
Salam.Selamat berhujung minggu kepada semua teman teman, pembaca setia ruangan MENUJU KE ARAH JUTAWAN.Aku harap semangat usahawan dan jutawan terus subur dalam diriku dan teman teman semua.Percayalah kita makhluk yang diciptakan oleh Allah Taala dengan kejadian yang cukup sempurna.Akal fikiran kita mampu mencetus revolusi.Dengan keinginan yang tinggi dan kemahuan yang kuat kita mampu memiliki apa yang kita inginkan.Ruangan kali ini aku ingin kongsi bersama hasil sajak yang cukup bermakna pengertianya.Tokoh ini adalah anak kelahiran bumi Constantinople iaitu Instanbul,Turki.Rupanya beliau juga adalah seorang pemimpin di Amerika dan kepimpinanya juga terserlah,beliau bukan calang orang.Di pengakhiran puisi hebat ini saya akan selitkan sedikat cerita mengenai insan hebat ini.
"AKU TIDAK MEMILIH UNTUK MENJADI SEORANG INSAN BIASA"
Aku tidak memilih untuk menjadi seorang insan biasa
Memang hak ku untuk memilih menjadi luar biasa
Kini aku mencari-cari peluang bukan perlindungan
Aku tidak rela menjadi warga yang terkongkong, rendah diri dan dipelihara oleh keadaan
Aku hendak mengambil risiko yang terkira, untuk berimpian dan membina, untuk gagal dan berjaya
Aku enggan menukar perangsangan untuk sebarang sumbangan
Aku menyahut cabaran hidup daripada kewujudan yang terjamin
Kenikmatan untuk mencapai sesuatu, bukan utopia yang basi
Aku tidak akan menjualkan kebebasan untuk menerima kebajikan
Tidak juga maruah ku hanya untuk hidup menerima
Aku tidak akan tunduk kepada sebarang ‘Tuan’ dan ancaman
Adalah menjadi warisan ku untuk berdiri teguh, bangga dan tidak kenal erti takut
Untuk berfikir dan bertindak untuk diri sendiri
Untuk menggunakan hasil-hasil usaha yang telah ku jayakan
Menghadapi dunia ini dengan megah
Lalu berkata “Inilah yang telah ku lakukan!”
Segalanya ini adalah erti seorang insan
-Ciptaan: Dean Alfange-
BIOGRAFI DEAN ALFANGE
Dean Alfange was born in Constantinople (now Istanbul, Turkey) of Greek parents, December 2,
1897. His family migrated to the United States and settled in Utica, New York, when he was very
young. He attended Hamilton College where he graduated Phi Beta Kappa in 1922. Later he
attended Columbia University Law School and was admitted to the bar in 1925.
Alfange's interests led him to pursue a career in politics as well as law. He was also deeply involved
with the Order of Ahepa, a Greek-American cultural organization, acting as its national president from
1927-1929. He ran for New York State Governor on the American Labor Party ticket in 1942 against
Thomas E. Dewey and was a strong advocate of the New Deal and a great admirer of Franklin D.
Roosevelt.
During World War II he was the Vice-Chairman of the Emergency Committee to Save the Jewish
People of Europe. He made speeches for aid to the Jews against the Nazis, and at a hearing before
the Foreign Affairs Committee in the House of Representatives submitted a plan to save the Jews in
Europe. After World War II he became chairman of the Committee to Arm the Jewish State, a group
aimed at lifting the arms embargo on Palestine.
He was instrumental in the formation of the Liberal Party in 1944 when the American Labor Party split
between pro-communist and anti-communist factions. Alfange held nominations or appointments
from Democrats and Republicans as well as the Liberal and American Labor Party. As early as 1954
he expressed opposition to the American policy of military aid to the French government in Indochina,
his position being one based on anti-colonialism. This position continued throughout America's
involvement in the Vietnam Conflict.
Other positions held by Alfange were: Deputy Attorney General of New York State, Trustee of the
Fashion Institute of Technology and New York State Quarter-Horse Racing Commissioner. Among
his awards are the Freedom Foundation Award (1952) for his composition “My Creed” (included in
Box 5, folder 3) and the Theodore Roosevelt Memorial Award for his book The Supreme Court and
the National Will (1937).
He died in New York City on October 24, 1989 at age 91.
“ANDA ADALAH ORANG YANG SERUPA PADA HARI INI DAN 5 TAHUN AKAN DATANG KECUALI 2 PERKARA, BUKU YANG ANDA BACA DAN ORANG YANG ANDA TEMUI”
-CHARLIE JONES-
Semoga Allah memakbulkan impianku dan teman teman menjadi seorang usahawan dan jutawan dan membantu keluarga,bangsa,ummah,negara dan agama.Amin.
Salam Jutawan.
TUKANG EDIT Jr Jeopardizer Arakida at Friday, January 23, 2009 0 SILA KRITIK
LABELO MOTIVATION
TUKANG EDIT Jr Jeopardizer Arakida at Friday, January 23, 2009 0 SILA KRITIK
LABELO STORY
Jika anak itu hidup dalam KRITIKAN
Ia belajar untuk MENCELA
Jika anak itu hidup dengan KEKASARAN
Ia belajar untuk MENENTANG
Jika anak itu hidup dengan BELAIAN KASIH
Ia belajar untuk RESAN DIRI
Jika anak itu hidup dalam suasana yang IRI HATI
Ia belajar untuk merasa BERSALAH
Jika anak itu hidup dengan TOLERANSI
Ia belajar untuk BERSABAR
Jika anak itu hidup dalam GALAKAN
Ia belajar untuk BERKEYAKINAN
Jika anak itu hidup dengan PUJIAN
Ia belajar untuk MENGHARGAI
Jika anak itu hidup dengan SAKSAMA
Ia belajar untuk berlaku ADIL
Jika anak itu hidup dengan KERELAAN
Ia belajar MENYAYANGI
Jika anak itu hidup dalam RESTU
Ia belajar MENYUKAI DIRINYA
Jika anak itu hidup dengan PENGHARGAAN
Ia belajar MEMPUNYAI MATLAMAT
Jika anak itu hidup dengan KEJUJURAN
Ia belajar apa itu KEJAYAAN
Jika anak itu hidup dalam KESELAMATAN
Ia belajar Meyakin Diri dan orang di sekelilingnya
Jika anak itu hidup dalam KERAMAH-TAMAHAN
Ia belajar bahawa dunia ialah Tempat Yang Baik untuk hidup
"SEDEKAH ITU DAPAT MENUTUP TUJUH PULUH PINTU KEJAHATAN"
-DIRIWAYATKAN OLEH ANAS BIN MALIK-
Semoga Allah makbulkan impianku dan teman teman menjadi usahawan dan Jutawan.Amin.
Salam Jutawan.
TUKANG EDIT Jr Jeopardizer Arakida at Friday, January 23, 2009 0 SILA KRITIK
LABELO MOTIVATION
TUKANG EDIT Jr Jeopardizer Arakida at Friday, January 23, 2009 0 SILA KRITIK
LABELO STORY
Artikel kali aku ingin kongsikan bersama dengan teman teman semua mengenai kisah jutawan pasar malam.Aku rasa kebanyakan orang tak pandang peniaga pasar malam .Rasanya kalau korang kaji income brader yang jual roti canai kat kafe UMS-KAL. Konpem terkejut.Boleh cecah RM 200 sehari.Tebar roti dari pagi sampai malam.Roti canai kosong rm 1,roti telur rm 2(RM 200x 30hari=RM 6000).kalo gajikan sorang pekerja still leh dapat income lagi.Tolak modal n sewa still leh pegang RM 3000.Gaya selamba jer.Pakaian biasa biasa, tak menunjuk.Kereta setakan van buruk tapi hari2 simpan duit kat bank.Bagi aku Jutawan pasar malam atau meniaga nie lebih low profile.Semoga teman semua boleh ambil yang positif dari artikel kali ini.Semoga kisah benar Saudara Zul dapat menyuburkan lagi semangat usahawan dan cita cita menjadi JUTAWAN.Amin.
AREE BIHUN SUP.
Salam!
Nama saya yang sebenar Zul atau lebih dikenali di Seberang Perai dan Pulau Pinang Aree Bihun Sup. Saya meninjau dan" long tour" dari Malaysia sehingga ke Negara Omputih, saya lihat rata-ratanya orang yang masuk ke ruangan Forum ni semuanya tercari-cari , bagaimana nak buat duit kat Internet> Ebiz?
Kekadangnya banyak duit yang habis dengan membeli Ebook, software,pelbagai benda yang menjanjikan duit di online dan pelbagai tool untuk buat duit walaupun sebenarnya benda ni kurang pasti dan saya tak nafikan memang ada yang berjaya> saya sendiri pun ada sedikit sebanyak dapat duit dari perniagaan Internet nih?
Apa yang ingin saya sampaikan disini adalah ada banyak lagi perniagaan yang wujud kat mukabumi Allah yang maha luas ini? Dan anda perlulah membuka minda untuk melihat perniagaa Fizikal yang lebih nyata dan memberikan pulangan yang lumayan dan anda boleh menjadi "TAUKE" sendiri?
Salah satu perniagaa yang saya maksudkan dan tak pernah saya lihat ada sesiapa yang menulis atau bincangkan adalah perniagaan Pasar Malam?
Memang saya tahu ada sekelompok manusia memandang hina pada peniaga-peniaga Pasar Malam ini? Tetapi tahukah anda peniaga Pasar Malam boleh menjana pendapatan sehingga RM13K ke RM20K sebulan? Dan mereka-mereka inilah yang di gelar jutawan senyap> hidup dalam keadaan "Low Profile". Jika tidak masakan mereka mampu menggunakan kereta-kereta mewah dan mempunyai rumah mewah yang anda sendiri tidak mampu milikinya!
Ok! harap anda tidak bosan membaca leteran saya ini > hanya untuk anda???
Saya sendiri adalah seorang peniaga Pasar malam di Pulau Pinang dan mempunyai 7orang pekerja yang setia dan sudah bertapak di sini selama 14 tahun dengan income bulanan RM17 Ribu sebulan Bersih?????
Kisah saya bermula 14 tahun yang lalu dimana saya juga berkerja makan gaji seperti anda juga dan pada masa itu kalau makan gaji memang susah nak hidup senang? Saya mula mendapat Idea dari abang saya untuk mulakan perniagaan Pasar malam ni dengan menjual keropok lekor dan air soya . Saya buat ni ada ler dalam setahun lebih cam tu sehinggalah saya mula masuk ceramah -ceramah politik dan saya perhatikan ! kenapa terlalu ramai orang jual bihunsup> saya balik dan saya mengkaji , berapa income mereka dapat ngan income jual keropok saya?
Setelah saya survey , rupa-rupanya menjual bihunsup ni income yang dapat fulamak hebat BRO?
Timbul di fikiran saya nak jual bihun sup pulak tetapi tak tahu pulak nak masak fuh kacau-kacau! Lama jugak saya dok fikir benda ni sehinggalah suatu hari saya teringatkan sepupu saya yang berniaga Kat KOMTAR , Penang dia ada kedai nasi ayam kat situ?Apa lagi, ni peluang baik ! Saya pun belajar ngan dia? Ada ler lebih kurang sebulan dok ulang alik naik feri nak dapatkan resepi nih?
Maka bermulalah saya dengan perniagaan baru bihunsup?Mula-mula tu nak dapatkan pelanggan punya ler susah, tuhan saja yang tahu modal dah ler tinggi jualan tak seberapa dengan saingan dari orang-orang lama yang dah berpuluh tahun jual bihunsup? sehingga ada yang tegur saya " berani hang jual bihunsup no?"
Almaklumlah rata-rata penjual bihunsup pada masa tu berumur lingkungan 40an tetapi saya baru jer berumur 24 tahun masa tu Bak kata orang Penang, KANIAQ lagi?.
Saya tak mengalah dan terus berusaha memperbaiki keenakkan bihunsup saya dan pada mulanya saya kerja sorang diri jer , tetapi lama kelamaan dengan berkat usaha dan izin Allah saya berjaya bersaing ngan geng-geng yang dah lama dan sehingga kini saya mempunyai 7 orang pekerja dan saya tak perlu buat apa sekarang? Idea yang paling bijak saya dapat ialah saya juga berniaga air teh, kopi serta pelbagai minuman sejuk dan panas?????? Pandai tak?
Anak buah saya akan bergerak dengan barang ke Pasar malam jam 3.30 petang dan saya hanya akan pergi selepas waktu Maghrib untuk monitor dan ambik duit dan saya akan balik jam 10 malam , barang-barang semua akan dikemaskan oleh pekerja saya??? Jadi Tauke ler BRO.
Hingga kini saya mampu hidup bersenang lenang dan saya masih mempunyai masa menaip cerita ini untuk tatapan anda merenung perniagaan yang nyata dengan impian atau angan-angan???????
Paling buat saya senang hati apabila tibanya Ramadan yang mulia, sudah pastinya tumpuan orang ramai kepada AREE BIHUN SUP GEAR BOX EXT SERVICE dan masing-masing berebut-rebut nak membelinya. Yang menariknya income saya setiap tibanya bulan Ramadan tak lari dapat RM25K ke RM27K sebulan,,Percaya tak,dulu baru tau??
Sekiranya anda kurang yakin anda boleh pergi ke blog saya , bukannya promosi cuma nak buktikan kepada anda yang perniagaan Pasar Malam pun boleh di promosi melalui Internet>keh keh keh.
Bagi mereka-mereka yang tinggal di Pulau Pinang dan Seberang Perai saya jemput untuk menikmati hidangan bihunsup saya ini dan lokasi perniagaan saya anda boleh lihat di sini
THE SILENT PASAR MALAM BILLIONAIR
Ada yang bertanya> erk Cam mana Peniaga Pasar Malam boleh celik IT nih?
Untuk maklumat anda sekarang ni, kebanyakkan Peniaga Pasar Malam mempunyai kelulusan yang tinggi dan pada asalnya memang mereka-mereka ini makan gaji seperti anda semua tetapi keinginan untuk menambah pendapatan mendorong mereka menceburi perniagaan Pasar Malam ini>
Baik saya bagi bagi contoh di sini, NASIR SOYA> PEMEGANG IJAZAH BIZ STUDY-UKM> KINI SEORANG PEMBEKAL SOYA TERKEMUKA DI PULAU PINANG<> PAK NGAH LAKSA- PEMEGANG IJAZAH SYARIAH-UUM> KINI PENIAGA LAKSA YANG MEMPUNYAI 5 CAWANGAN SEHARI DAN INCOME STREAM DIA RM100K- RUMAH DAN KERETA DIA TAKUUUT KALAU ANDA TENGOK<> DAN SAYA SENDIRI PEMEGANG IJAZAH "NURSING CARE DAN DIPLOMA PUBLIC HEALTH , Semua ini bukan untuk membanggakan diri cuma sekadar menyedarkan masyarakat dan ingin mengajak saudara mempelajari teknik dan perniagaan Pasar Malam yang menjanjikan pulangan yang pasti anda tidak percaya???
INGATLAH ANDA MAMPU JADIKAN IMPIAN SATU KENYATAAN DENGAN MEMILIKI PERNIAGAAN SENDIRI
Kini saya juga telah berjaya dan mampu menerbitkan ebook saya sendiri yang belum pernah di terbitkan oleh mana-mana pihak yang mengajar kaedah berniaga di Pasar Malam...ianya bukan hanya sekadar bercerita atau omongan kosong tapi adalah satu realiti dari pengalaman saya selama 14 tahun.
Artikel ini di tulis oleh saudara AREE ENTERPRISE ( AREE BIHUNSUP GEARBOX )
TUKANG EDIT Jr Jeopardizer Arakida at Wednesday, January 21, 2009 0 SILA KRITIK
LABELO MOTIVATION
Alkisah...
Seorang pemuda yang sedang menahan lapar pantas menuju ke sebuah gerai makan. Semasa hampir menghabiskan sebahagian kecil hidangannya yang tinggal, datanglah seorang kanak-kanak lelaki penjaja kuih.
“Encik mahu membeli kuih saya? Ada karipap, cucur, ketayap. Mak saya yang buatkan. Ramai pelanggan yang kata sedap”. Dengan ramah pemuda yang sedang menjamah makanannya itu menjawab” Takpelah dik, abang pun tengah makan ni.”
Kanak-kanak tersebut bagaimanapun tidak berputus asa. Dia menunggu pemuda tersebut selesai menjamu seleranya dan sekali lagi mempelawanya membeli kuih-muih tradisional yang disediakan ibunya. “Terima kasih sajalah adik, abang dah kenyang ni.”
Selesai makan pemuda itu terus berjalan keluar dari situ menuju ke kenderaannya. Kanak-kanak tadi yang sudah seharian berjaja masih tidak berputus asa. Hati kecilnya berkata, Walaupun sudah kenyang, mungkin dia boleh bawa pulang sebagai buah tangan untuk orang-orang di rumahnya.
Kenak-kanak tersebut terpaksa membantu ibunya menjual kuih setelah kematian bapanya tidak berapa lama dulu. Dia mempunyai dua orang adik lagi yang masih kecil. Dan, buat kali ketiganya dia berkata”Bang, mahu beli kuih saya?”
Pemuda tersebut kemudiannya mengeliarkan RM2 dah menghulurkannya kepada kanak-kanak tersebut. “Adik ni memang tak reti menyerah kalah ye. Tak pe, ambil sahaja duit ni. Abang kira sedekah, okey?” Kanak-kanak tersebut mengambil duit tersebut lalu diberikan kepada peminta sedekah yang kebetulan ada di situ. Pemuda tersebut kehairanan lantas dia bertanya:
“Dik, abang bagi duit tu dekat adik, kenapa adik bagi kepada orang lain pula?”
Sambil menguntum senyum, kanak-kanak tersebut berkata, “Bang, saya sudah berjanji dengan ibu di rumah untuk menjualkan kuih yang dibuatnya ini walaupun dengan bersusah payah. Bukan jadi mengemis. Saya akan berasa bangga kalau pulang ke rumah dan berjumpa dengan ibu sekiranya kuih ibu habis terjual, lebih-lebih lagi saat saya memberikan ibu wang hasil kerja keras saya. Ibu saya tidak suka saya jadi pengemis, bang.”
Pemuda tadi seperti terpana dengan kata-kata yang diucapkan oleh seorang kanak-kanak yang hanya berusia lebih kurang 12 tahun itu. Walaupun usianya belum dianggap matang, namun bagi kanak-kanak tersebut, beliau menggangap kerja itu sebagai satu amanah. Jika dia tidak berjaya di dalam sesuatu kerja yang dilakukannya dan di dalam hal ini, menjual kuih, kanak-kanak berkenaan merasakan seolah-olah nilai dirinya berkurangan.
Kena pula dengan ajaran ibunya yang pantang jika anak-anaknya meminta-minta, menjadi pengemis. Kanak-kanak itu mahu melihat ibunya tersenyum dan gembira setiap kali menyambut kepulangannya di rumah. Senyuman bonda yang tulus dibalas dengan kerja yang terbaik dan mampu menghasilkan pendapatan.
Pemuda tadi akhirnya terus memborong kesemua kuih yang dijaja oleh kanak-kanak tersebut bukan kerana perutnya lapar tetapi prinsip yang dimiliki oleh anak kecil itu bahawa kerja adalah satu maruah dan, dia akan mendapat wang kalau sudah bekerja dengan baik.
“JATUH DAN KEMUDIAN BANGUN DALAM PERNIAGAAN ADALAH PERKARA BIASA.YANG LUAR BIASA IALAH JATUH TETAPI TIDAK MAHU BANGUN SEMULA ATAU BARU SEKALI DUA JATUH SUDAH MENJAUHI BISNES”
-UNKNOWN-
Semoga Allah memakbulkan impianku menjadi usahawan dan JUTAWAN.Amin
Salam JUTAWAN
TUKANG EDIT Jr Jeopardizer Arakida at Wednesday, January 21, 2009 0 SILA KRITIK
LABELO STORY
Commodities | ||
---|---|---|
Crude Oil | 63.03 | -6.68% |
Natural Gas | 3.84 | - |
Gasoline | 2.05 | -5.34% |
Heating Oil | 2.08 | -5.14% |
Gold | 3012.00 | -2.82% |
Silver | 29.12 | -9.37% |
Copper | 4.38 | -9.73% |
2025.04.06 end-of-day | » Add to your site |