23 January 2009

PENCUCI BAS MENJADI TAUKE MOTOSIKAL


Salam.Agak seronok kuliah pagi tadi.Pensyarah aku pandai buat joke tatkala mata sememangnya menahan mengantuk.Beliau berseloroh tentang filem P Ramlee dalam filem Nujum Pak Belalang.Soalnya Hang Tuah kuat pada tenaga atau kerisnya.Ya,Hang Tuah kuat pada huruf 'T',kalau tukar T kepada B,siapa yang kenal pada Hang Buah.Anugerah Juara Lagu yang ke 23 baru sahaja berlangsung dan juara adalah Meet Uncle Hussain dengan Lagu Untukmu.Faizal Tahir kalah, macam poyo la kan Faizal Tahir macam la femes sangat.Siap merajuk kata taknak terlibat dalam dunia seni.Pada pendapat teman teman, Faizal Tahir terkenal sebab apa? huhu..Jawapanya adalah pada huruf R.Sebab kalau tiada huruf R, siapa yang kenal Faizal Tahi .Jadi sedikit sebanyak Faizal Tahir terkenal sebab ade huruf R pada namanya.huhu.

Artikel kali ini saya ingin berkongsi pada teman mengenai seorang tokoh juawan yang tidak reti menulis namanya sendiri.Dengan kecekalan semangat keusahawanan , tokoh ini sinonim dengan nama HONDA BOON SIEW.Teman teman Mat Rempit seharusnya berterima kasih pada nama ini kerana membekalkan motosikal HONDA EX5 untuk merempit.

DATUK LOO BOON SIEW


Datuk Low Boon Siew berasal dari Kampung Hui, daerah Fukian, sebuah wilayah yang di anggap paling miskin di China pada satu ketika dahulu, kehidupan keluarga Datuk Low sangat miskin menyebabkan beliau tidak pernah berpeluang ke sekolah. Sejak kecil lagi beliau bekerja mengutip najis haiwan sebagai baja pertanian dan memancing ikan untuk dijual sebagai tambahan pendapatan keluarganya. Ketika berumur 12 tahun, ayahnya membawanya ke Pulau Pinang untuk berhijrah dan mencari sumber pendapatan. Beliau disuruh oleh ayahnya bekerja di sebuah kedai mekanik. Mereka berdua tidak mempunyai sedikit pun masa untuk bersuka-suka tetapi bekerja kuat untuk menghantar duit untuk keluarga yang berada di China.



Untuk memperolehi pendapatan lebih, di sebelah malam beliau membasuh bas dan upahnya 10 sen bagi setiap bas. Ketika berumur 18 tahun, beliau tertarik untuk berniaga sendiri dan sering memikirkan cara bagaimana untuk mendapat peluang berbuat demikian. Hasil daripada wang yang disimpan sedikit demi sedikit, dia kemudian membeli beberapa peralatan mekanik bernilai RM 10.00 dan 8 buah bas berharga RM 200.00 untuk diperbaiki dan dijadikanbas penumpang. Bas ini mendatangkan hasil lumayan kepada beliau iaitu RM1.20 hingga RM 1.40 sehari. Setiap keuntungan disimpan sedikit sementara bakinya dijadikan modal pusingan semula. Dalam masa 7 tahun beliau mempunyai 40 buah bas dan membuka kedai bateri serta barang ganti kenderaan. Selepas perang dunia kedua tamat, Datuk Low meluaskan perniagaannya dengan membuka kedai kereta terpakai dan menjadi ejen pengedar beberapa jenis motosikal keluaran British.

Dalam tahun 1958, beliau melawat Jepun untuk makan angin. Di Jepun beliau ternampak sebuah motosikal Honda yang belum pernah digunakan di Malaysia dan berfikir mungkin mendapat pasaran baik jika dibawa ke sini. Setelah mengesan siapakah pengeluarnya, beliau membuat perjanjian untuk memesan 12 unit. Motosikal ini kemudian dijual kepada kawan rapatnya tanpa mengambil apa-apa untung. Motosikal Honda yang dibawanya ditertawakan oleh orang ramai yang menganggap ia tidak berguna dan cepat rosak, namun ia tidak mematahkan hasratnya untuk memperkenalkan motosikal sehingga menjelang tahun 1963, motosikal Honda menjadi kenderaan yang paling diminati.


Beliau adalah orang yang berjaya menempatkan kereta jenis Honda sebagai kenderaan ketiga terbesar dijual di negara ini sejak 3 tahun lalu. Kini beliau mempunyai alasan untuk berbangga dengan kejayaannya di dalam alam perniagaan dan tokoh korporat, sekali gus meletakkan beliau sebagai seorang yang terkaya di Pulau Pinang dan antara 10 tokoh usahawan terkemuka di Malaysia. Adalah menjadi pengetahuan umum, Datuk Low tidak pandai menulis namanya secara tepat setelah belajar sekian lama. Namun begitu memiliki satu pasukan profesional untuk berkhidmat dengannya.



INFO TAMBAHAN






Spesifikasi Motor Honda Cub

Engine: Air-cooled 4-stroke single OHV
Displacement: 49.0cc
Bore x Stroke: 40.0x39.0mm
Max Power: 4.3ps/9,500rpm
Max speed:: 65 km/h
Transmission: 3-speed
Clutch: Wet multi plate centrifugal
Starter: Kick
Frame Type: Step-thru pressed steel tube
Suspension (F): Leading bottom link
Suspension (R): Swingarm
Brake (F): Leading trailing drum
Brake (R): Leading trailing drum
Dry Weight: 55.0kg

Faktor Utama Yang Menjadikan Siri Honda Cub Nie Sangat Berjaya Adalah Sebab:-

1.Murah giler berbanding motor lain
2.Senang ditunggang sebab pakai automatic centrifugal clutch, so takder laa terkial2 nak balance minyak dgn klac
3.Fuel consumption yang sangat rendah
4.Berupaya bawak banyak muatan. Kat negara-negara membangun, banyak orang yang guna Honda Cub bawak hasil pertanian.
5.Senang nak cilok time jem giler
6.Maintenance dan spare part murah
7.Penggunaan enjin 4-stroke yang membolehkan Honda Cub boleh lepas piawaian emisi yang ketat

“MULAKAN HARIMU DENGAN SENYUMANDAN TERUSKAN DENGANYA”
-W.C.FIELDS-


Semoga Allah memakbulkan impianku dan teman teman menjadi usahawan dan Jutawan.Amin

Salam Jutawan

0 SILA KRITIK: