20 January 2009

Fantasi To Realiti

Sekali pandang macam tajuk lagu nyanyian kumpulan Crossfire yang sering dinyayikan rakan saya jJali budak Lahad Datu. Time note tinggi tersipu sipu senyum (suara tak sampai). Tajuk kali ini adalah untuk membincangkan mengubah mentaliti kita untuk berjaya. Kisah kali ini adalah dari pengalaman aku sendiri.Untuk berjaya kita mesti ada keinginan betul? tapi boleh ke keinginan kita dapat dirasai,dinikmati dan dikecapi? Ok,untuk merealisaikan sesuatu kita hendaklah menukar kemahuan kepada keperluan.Kalau xde rasa ingin(nafsu) rasanya bukan orang.ALLAH menciptakan manusia dengan mempunyai nafsu.Keinginan yang berterusan akan menjadi kemahuan.Kemahuan yang berterusan akan menjadi kemahuan yang kuat(berterusan).Kemahuan yang kuat dan berterusan dan bertalu talu (natural,bukan buat buat) akan menghasilkan keperluan.

KEINGINAN----->KEMAHUAN----->KEMAHUAN TINGGI------>KEPERLUAN

Kalau ianya datang dari diri dengan tidak secara semula jadi, dan paksaan .Keinginan akan jadi angan-angan.

Satu hari aku bangun, tu pun dah petang.Ntah pe la yang aku buat malam tadi, sampai pertang aku membuta .Kelopak mata aku terbuka pun sebab lapar, kalo tak memang sambung rekod lagi le.Dalam hati cakap lapar giler,dengan keinginan nak mengisi perut ,aku pun terjaga dari tidur,gemersik lagu indah berkeroncong,tali pusat mengesek gesek usus perut...adeh sakit (keinginan).Terasa berat badan nak bangun walaupun berat xder la cecah 50 kg.Bagi menjalankan inafsu makan aku,jadi bangun dan gagah jugak la ku tinggalkan katil(kemahuan).Minggu tu kafe tutup.Kalo nak makan kene jalan jauh sket,sket sket pun mengah jugak.Gerai tu kat luar kampus dekat pantai.Aduh malasnyer..disebabkan aku nak jugak isi perut sebab lapar aku pun nekad mencapai tuala dan bersiap untuk pergi makan dan aku perlu makan supaya aku tak lapar.Aku dah tak kisah pape pun aku nampak satu jalan je,nak g town bapak jauh..sampai je kat gerai aku order feveret tom yam.selera betul aku time tue.Alhamdulillah kenyang(kemahuan tinggi dan keperluan).

So, moral dari cerita ini.Keinginan sahaja tak membawa erti apapun jika tidak ada kemahuan-kemahuan tinggi -keperluan.Katakan anda nak berjaya anda pilih yang mana..

1) Saya teringin nak berjaya/beli kereta Evo X
2) Saya mahu berjaya/beli kereta Evo X
3) saya perlu berjaya/beli kereta Evo X

Ada beza tak? huhu...

Salam Kejayaan

"HIDUP INI TERLALU SINGKAT MENJADI BIASA"
-AZIZI ALI-


0 SILA KRITIK: