21 January 2009

THE SILENT PASAR MALAM BILLIONAIR

Artikel kali aku ingin kongsikan bersama dengan teman teman semua mengenai kisah jutawan pasar malam.Aku rasa kebanyakan orang tak pandang peniaga pasar malam .Rasanya kalau korang kaji income brader yang jual roti canai kat kafe UMS-KAL. Konpem terkejut.Boleh cecah RM 200 sehari.Tebar roti dari pagi sampai malam.Roti canai kosong rm 1,roti telur rm 2(RM 200x 30hari=RM 6000).kalo gajikan sorang pekerja still leh dapat income lagi.Tolak modal n sewa still leh pegang RM 3000.Gaya selamba jer.Pakaian biasa biasa, tak menunjuk.Kereta setakan van buruk tapi hari2 simpan duit kat bank.Bagi aku Jutawan pasar malam atau meniaga nie lebih low profile.Semoga teman semua boleh ambil yang positif dari artikel kali ini.Semoga kisah benar Saudara Zul dapat menyuburkan lagi semangat usahawan dan cita cita menjadi JUTAWAN.Amin.

AREE BIHUN SUP.

Salam!

Nama saya yang sebenar Zul atau lebih dikenali di Seberang Perai dan Pulau Pinang Aree Bihun Sup. Saya meninjau dan" long tour" dari Malaysia sehingga ke Negara Omputih, saya lihat rata-ratanya orang yang masuk ke ruangan Forum ni semuanya tercari-cari , bagaimana nak buat duit kat Internet> Ebiz?

Kekadangnya banyak duit yang habis dengan membeli Ebook, software,pelbagai benda yang menjanjikan duit di online dan pelbagai tool untuk buat duit walaupun sebenarnya benda ni kurang pasti dan saya tak nafikan memang ada yang berjaya> saya sendiri pun ada sedikit sebanyak dapat duit dari perniagaan Internet nih?

Apa yang ingin saya sampaikan disini adalah ada banyak lagi perniagaan yang wujud kat mukabumi Allah yang maha luas ini? Dan anda perlulah membuka minda untuk melihat perniagaa Fizikal yang lebih nyata dan memberikan pulangan yang lumayan dan anda boleh menjadi "TAUKE" sendiri?

Salah satu perniagaa yang saya maksudkan dan tak pernah saya lihat ada sesiapa yang menulis atau bincangkan adalah perniagaan Pasar Malam?

Memang saya tahu ada sekelompok manusia memandang hina pada peniaga-peniaga Pasar Malam ini? Tetapi tahukah anda peniaga Pasar Malam boleh menjana pendapatan sehingga RM13K ke RM20K sebulan? Dan mereka-mereka inilah yang di gelar jutawan senyap> hidup dalam keadaan "Low Profile". Jika tidak masakan mereka mampu menggunakan kereta-kereta mewah dan mempunyai rumah mewah yang anda sendiri tidak mampu milikinya!

Ok! harap anda tidak bosan membaca leteran saya ini > hanya untuk anda???

Saya sendiri adalah seorang peniaga Pasar malam di Pulau Pinang dan mempunyai 7orang pekerja yang setia dan sudah bertapak di sini selama 14 tahun dengan income bulanan RM17 Ribu sebulan Bersih?????

Kisah saya bermula 14 tahun yang lalu dimana saya juga berkerja makan gaji seperti anda juga dan pada masa itu kalau makan gaji memang susah nak hidup senang? Saya mula mendapat Idea dari abang saya untuk mulakan perniagaan Pasar malam ni dengan menjual keropok lekor dan air soya . Saya buat ni ada ler dalam setahun lebih cam tu sehinggalah saya mula masuk ceramah -ceramah politik dan saya perhatikan ! kenapa terlalu ramai orang jual bihunsup> saya balik dan saya mengkaji , berapa income mereka dapat ngan income jual keropok saya?

Setelah saya survey , rupa-rupanya menjual bihunsup ni income yang dapat fulamak hebat BRO?

Timbul di fikiran saya nak jual bihun sup pulak tetapi tak tahu pulak nak masak fuh kacau-kacau! Lama jugak saya dok fikir benda ni sehinggalah suatu hari saya teringatkan sepupu saya yang berniaga Kat KOMTAR , Penang dia ada kedai nasi ayam kat situ?Apa lagi, ni peluang baik ! Saya pun belajar ngan dia? Ada ler lebih kurang sebulan dok ulang alik naik feri nak dapatkan resepi nih?

Maka bermulalah saya dengan perniagaan baru bihunsup?Mula-mula tu nak dapatkan pelanggan punya ler susah, tuhan saja yang tahu modal dah ler tinggi jualan tak seberapa dengan saingan dari orang-orang lama yang dah berpuluh tahun jual bihunsup? sehingga ada yang tegur saya " berani hang jual bihunsup no?"
Almaklumlah rata-rata penjual bihunsup pada masa tu berumur lingkungan 40an tetapi saya baru jer berumur 24 tahun masa tu Bak kata orang Penang, KANIAQ lagi?.

Saya tak mengalah dan terus berusaha memperbaiki keenakkan bihunsup saya dan pada mulanya saya kerja sorang diri jer , tetapi lama kelamaan dengan berkat usaha dan izin Allah saya berjaya bersaing ngan geng-geng yang dah lama dan sehingga kini saya mempunyai 7 orang pekerja dan saya tak perlu buat apa sekarang? Idea yang paling bijak saya dapat ialah saya juga berniaga air teh, kopi serta pelbagai minuman sejuk dan panas?????? Pandai tak?

Anak buah saya akan bergerak dengan barang ke Pasar malam jam 3.30 petang dan saya hanya akan pergi selepas waktu Maghrib untuk monitor dan ambik duit dan saya akan balik jam 10 malam , barang-barang semua akan dikemaskan oleh pekerja saya??? Jadi Tauke ler BRO.

Hingga kini saya mampu hidup bersenang lenang dan saya masih mempunyai masa menaip cerita ini untuk tatapan anda merenung perniagaan yang nyata dengan impian atau angan-angan???????

Paling buat saya senang hati apabila tibanya Ramadan yang mulia, sudah pastinya tumpuan orang ramai kepada AREE BIHUN SUP GEAR BOX EXT SERVICE dan masing-masing berebut-rebut nak membelinya. Yang menariknya income saya setiap tibanya bulan Ramadan tak lari dapat RM25K ke RM27K sebulan,,Percaya tak,dulu baru tau??

Sekiranya anda kurang yakin anda boleh pergi ke blog saya , bukannya promosi cuma nak buktikan kepada anda yang perniagaan Pasar Malam pun boleh di promosi melalui Internet>keh keh keh.

Bagi mereka-mereka yang tinggal di Pulau Pinang dan Seberang Perai saya jemput untuk menikmati hidangan bihunsup saya ini dan lokasi perniagaan saya anda boleh lihat di sini

THE SILENT PASAR MALAM BILLIONAIR

Ada yang bertanya> erk Cam mana Peniaga Pasar Malam boleh celik IT nih?
Untuk maklumat anda sekarang ni, kebanyakkan Peniaga Pasar Malam mempunyai kelulusan yang tinggi dan pada asalnya memang mereka-mereka ini makan gaji seperti anda semua tetapi keinginan untuk menambah pendapatan mendorong mereka menceburi perniagaan Pasar Malam ini>
Baik saya bagi bagi contoh di sini, NASIR SOYA> PEMEGANG IJAZAH BIZ STUDY-UKM> KINI SEORANG PEMBEKAL SOYA TERKEMUKA DI PULAU PINANG<> PAK NGAH LAKSA- PEMEGANG IJAZAH SYARIAH-UUM> KINI PENIAGA LAKSA YANG MEMPUNYAI 5 CAWANGAN SEHARI DAN INCOME STREAM DIA RM100K- RUMAH DAN KERETA DIA TAKUUUT KALAU ANDA TENGOK<> DAN SAYA SENDIRI PEMEGANG IJAZAH "NURSING CARE DAN DIPLOMA PUBLIC HEALTH , Semua ini bukan untuk membanggakan diri cuma sekadar menyedarkan masyarakat dan ingin mengajak saudara mempelajari teknik dan perniagaan Pasar Malam yang menjanjikan pulangan yang pasti anda tidak percaya???

INGATLAH ANDA MAMPU JADIKAN IMPIAN SATU KENYATAAN DENGAN MEMILIKI PERNIAGAAN SENDIRI

Kini saya juga telah berjaya dan mampu menerbitkan ebook saya sendiri yang belum pernah di terbitkan oleh mana-mana pihak yang mengajar kaedah berniaga di Pasar Malam...ianya bukan hanya sekadar bercerita atau omongan kosong tapi adalah satu realiti dari pengalaman saya selama 14 tahun.


Artikel ini di tulis oleh saudara AREE ENTERPRISE ( AREE BIHUNSUP GEARBOX )

“HAPUSKAN PENGLIPUR LARA,FANTASI,BERFIKIR POSITIF,MOTIVASI,HARAPANPALSU DAN PADA HIDUP ANDA SEKIRANYA BENAR BENAR INGIN MENJADI JUTAWAN”
-UNKNOWN-

Semoga Allah makbulkan impian aku dan teman teman semua menjadi usahawan dan Jutawan.Amin

Salam Jutawan

0 SILA KRITIK: