23 January 2009

JUTAWAN SENYAP DI SEBUAH KAMPUNG

Salam.Rasa malas pula hendak menaip,cuaca malam ini sejuk sekali hujan serta gerimis membuatkan mataku mengantuk.Aku masih terpikir pasal panggilan dari En Husni dari kastam Putrajaya.Aku dinformkan ade tempat untuk latihan industri.Dia bagi kat Kelana Jaya.Task tak berapa jelas tapi dia kata memang nak student multimedia.Dia kata task tu under construction,ade oarang yang akan ajar semasa proses construction task terssebut.Walauapapun, aku bersyukur sebab ada jugak reply dari company yang aku hantar surat.Siap konpem guna tepon,katanya reply form akan di hantar kemudian.Ruangan kali ini agak pening untuk saya fahamkan penulisanya pada awalnya,kerana ditulis dengan loghat negeri sembilan yang pekat.Cerita ini telah saya susunkan dengan gaya penulisan yang mudah difahami oleh teman teman semua.Cerita ini bagus untuk diri saya dan teman teman yang benar benar ingin menjadi orang yang berjaya dalam dunia usahawan dan jutawan.Salam Jutawan.



KISAH JUTAWAN SENYAP DI SEBUAH KAMPUNG DI BERANANG, SELANGOR


Selasa lepas den pergi la melintas depan Bandar Akademia projek Lion Group yang lambat naik dan baru nak buat launching bulan lima..ha'ah..bulan depan la.. Den ternampak ada sign board tanah untuk disewa..


Den yang dah sekian lama nak cari tanah nak tanam herba wajib masyarakat Melayu dan Thai iaitu serai atau "takrai" dalam bahasa siam, pun menelefon la ke nombor tu.. Mula2 dengar la suara makcik yang mesra, kemudian dipass pulak kepada pakcik yang mesra jugak bunyinya.. Disuruhla den datang kerumah..nak bincangkan brape harga dan klaus2 lain yang den pun tak brape pasti sebab tak pernah2 nyewa tanah ni.. Den pun beritahu kat isteri den yang tengah bekerja di Pusat Internet Desa baranang, dia terus ajak den pergi ke rumah makcik&pakcik (selepas ini dirujuk sebagai M&P, dekat22 cam S&P jugak.. ) tu. Waktu rehat isteri den (den keje syif petang, biasa la helpdesk 24/7 mesti syif), kami pun kerumah M&P tu. Gadang benar rumah eh.. (bahasa minang, besar benar rumahnya), tapi rumah kayu dan stail lama la.. Kenderaan takde.. basikal buruk je lima bijik.. Bagi salam, naik ke rumah, bertemu la mata dgn M&P yang mesra tadi. Senang hati den sembang dengan diorang..belum masuk bab sewa lagi, anak sedara datang.. jadi lepas 15 minit den n istri (DNI) pun mintak diri..esok pulak datang.


Esoknya, den ngan isteri pergi lagi ke umah M&P tu, waktu yang sama..berbincang hal harga..sambil2 dia cite zaman dia buka tanah, tebang pokok etc. memang menarik sebab generasi kita tak ade lagi dah benda 2 walaupun orang rumah den kata di Guo Musang masih boleh teroka kemudian mohon tanah. Dia pun letakla harga 400 setahun untuk 1 1/2 ekar.. DNI pun terima.. Ada jugak cerita pasal anak2 dia sendiri pun tak mahu usahakan tanah etc. Sedih jugak den bila pakcik tu menangis mengenangkan kepayahan mengusahakan tanah sedangkan anak2 biarkan je jadi belukar.. Padahal bukan kena buat sendiri pun, semua upah indonesia je..dari menebas sampai menanam sampai menuai balik esok.. untung bersih biasa dalam rm5000/ekar..bagi den banyak tu..takpela den belajar dulu.. Sembang2 lagi, timbul lak isu jual tanah sebab DNI memang dah lama carik tanah untuk buat rumah... Pakcik tu cerita dia beli baru 2-3 tahun lepas tanah yang den nak sewa tu, rm115,000.


Isteri den: pakcik beli cash ke?


Pakcik: Ha'ah.. pakcik duit ada.. cuma cam ni lah (pakcik ni tak larat berjalan sbb kena stroke)
Bukan nak bangga, tapi nak tunjuk (bagi contoh) kat ekau je.. nanti acik ambikkan.. (sambil bangun dalam kepayahan bergantung pada railing tali lembu yang digunakan untuk menyokong pergerakan beliau)..


(kembali dengan 4 sampul penyata dari ASB)


Pakcik: Ekau tengokkanla dalam tu namo acik xxxxx bin xxxxx dgn makcik xxxxx bt xxxxxx, pakcik boleh baca cuma tak berapa nampak (umur 76 tahun) o mak aiii!!! DNI terkejut besar sebab dalam ASB pakcik tu ado 390k dan istri pun sama 390k.Dua penyata lagi anak2 dia punya..sorang 86k dan sorang lagi 20k.


Pakcik: Ada 39x,xxx kan? Tu semuo acik simpan tu..dari tahun 80-an lagi.. sikit-sikit acik simpan..bukan acik keje bergaji cam anak.. susah acik ni.. (sambil menahan tangisan )


Lalu pakcik pun nasihatkan DNI supaya camano pun mesti simpan..cam Azizi Ali lak point-point dia. tapi memang confirm bukan dia baca buku Azizi Ali.. dia cerita dia selalu tanya anak bongsu dia keje askar..


Pakcik: mana habis gaji ekau xxx?
xxx: gaji den kannya besar bah.. berapa ratus je.. cukup makan je..
Pakcik: Iyalah..kalau seratus ekau dapat..takkanla sepuluh ringgit tak boleh kau simpan.. Simpan ni jangan kira nak banyak je.. sikit pun simpan la jugak..


Den petik ayat Azizi Ali, lebih kuranglah.." Saya telah membaca beratus-ratus buku motivasi kewangan dan setiap satunya mempunyai idea dan metod yang agak berbeza-beza. namun kesemuanya bersetuju dalam satu perkara: Anda tidak akan menjadi kaya jika tidak menyimpan". Den senyum sendiri sebab lepas kawin tahun 2000 ni lah baru den tahu apa itu erti simpan.. bukan emak den tak ajar...masa kecik2 den kemain banyak tabung..tapi bila dah remaja..tahunya nak mem'brand'kan diri je.. cam lembu


Sembang punya sembang.. pakcik tu pun tawarkan 3 ekar lagi tanah dia untuk den sewa.. Alhamdulillah..


pakcik: esok kau datang kita pergi sama2 tengok tanah 3 ekar tu..cantik tanah tu.. rata..


Lalu disambung cerita dia pasal tanah2 dia, penat lelah dia memacam lagi..DNI mendengar dgn penuh minat.. Moga-moga jadi motivasi bagi kami.. tanah pakcik tu dlm kampung tu saja ado lima belas ekar.. seekar harga tanah kampuang di baranang ni average 120k.. cuba bayang berapa aset dia? 1 juta 8 ratus ribu.. tu aset beku., yang cair? dalam ASB saja dekat Rm800k, bank2 lain pun ada jugak.. ASB anak2 dia pun dia yang masukkan. Si xxx tu dia masukkan 500 sebulan, sebahagian hasil getah bulanan dia.


Yang den kagum tu, pakcik ni masih ada vision walaupun umur dah 76, masih nak melabur lagi..
Tanah yang 1 1/2 ekar tu, dia nak buat tanah lot bila dah ramai org duduk di Bandar Akademia sebab kedudukan dia betul2 depan perumahan tu. Dulu mintak ngan petronas nak buek stesen minyak, tapi petronas tak bagi sebab org tak ramai kawasan tu..rugi ja nanti.. Pasni nak beli kedai kat sebelum perumahan polis yang tengah buat kat semenyih nak sewakan kat orang.. cash lak tu.. hartanah biasanya appreciate.. memang kita untung je lah.. kita fikirkan loan lagi..apa lagi..


Pakcik ni ada mention jugak, mesti ada buat projek apa2..jangan tunggu pendapatan biasa je.. dia dulu kalau nak harapkan upah tebang, tebah brape sen la sangat.. ada duit sikit..beli lembu..biakkan..bende2 camni la yang support pelaburan kita


DNI & anak2 & M&P semua naik Wira den manjat bukit tengok tanah 3 ekar tu..cuma jalan mak aih. tak sanggup dah den bawak kereta..4wd okay la.. memang nostalgik la tanah tu kat dia..dulu sebelum tahun 1975, dalam hutan atas bukit tu la dia duduk ngan anak lima.. tebang hutan.. anak dia dua dah pergi dulu..tinggal tiga.. den pun rasa nak menangis tengok dia sedih.. sebab den pun ada anak ompek.. 4 th, 3 thn, 2 thn dan 9 bulan.. tak dapat nak membayang duduk dalam hutan sekeluarga je ..


PENGAJARAN DISINI

i) Simpanlah walau sesedikit mana pun gaji kita.. (petua minimum 10%..sama cam Azizi Ali lagi..
den suspek mamat ni berguru dgn pakcik ni la dulu.. ) supaya jadi budaya dalam diri kita..

ii) Mesti ada projek sampingan yang boleh bagi duit gedebuk sikit..untuk modal kita buat
pelaburan lain..

iii) Dan den perhatikan, kehidupan pakcik ni terlalu sederhana..rumah walaupun besar ..dah
agak usang sebab tak sempat dah makcik tu nak kemaskan.. kereta apa pun takde..jadi den
rasa kita kena ambik jalan tengah.. sebab mikir2 duit juta2 pun anak2 dio gak yang dapek..
kurang2 pergi la melancong, ada kenderaan selesa sikit.. Tapi yang baik jadikan teladan, yang
kurang baik jadikan sempadan..


“MASA ADALAH HARTA DAN KEKAYAAN PALING UTAMA DALAM HIDUP KITA.MELALUI MASA SAHAJA ANDA BOLEH MENJADI JUTAWAN.MELALUI MASA JUGA ANDA BOLEH KEKAL BERADA DI ALAM MISKIN”
-UNKNOWN-

Semoga Allah makbulkan impianku dan teman teman menjadi usahawan dan jutawan.Amin.

Salam Jutawan.

0 SILA KRITIK: