20 January 2009

Optimis Tidak akan Gagal

OPTIMIS "TIDAK AKAN GAGAL!!!"

Salam.Selama ini aku sering cakap kat diri sendiri yang aku percaya akan berjaya.Bagus brtul diriku ini kan.Tatkala tengok member lain yang hebat dalam pelajaran, lihat orang yang berjaya dalm bisnes .Aku pun cakap pada diri yang percaya akan berjaya.Tapi aku tak jugak berjaya, rupanya minda aku dah set aku percaya kan berjaya .Rupanya ini yang membuatkan aku berada dalam zon selesa.Hampeh betul la prinsip yang aku buat.aku terbaca artikel dari satu blog(lupa siapa penulisnya).Kenyataanya membuatkan aku terkesima dan berasa benar apa yang telah diktakan.cuba anda pilih dibawah kita mana yang sesuai

1) Percaya akan berjaya
2) Optimis tidak akan gagal

Berbeza bukan?huhu

Pendapat aku ialah .Kita tak sepatutnya pertikai kebolehan diri dan kelayakan diri?Sebab kalau kita pertikai diri sendiri,orang lain akan lebih pertikaikan.So aku rasa jangan biarkan diri sendiri menyekat untuk berjaya / membeli EVO X/menjadi JUTAWAN.Artikel sebelum ini ada cerita pasal menukar keinginan kepada keperluan.

KEINGINAN----->KEMAHUAN----->KEMAHUAN TINGGI------>KEPERLUAN

Orang yang bakal membeli EVO X mesti bersikap optimis.Ya,optimis tidak akan gagal.Kalo boleh lepas nie aku nak sebut tiap kali bangun tido dan time nak tido"aku akan beli EVO X, aku tidak akan gagal beli EVO X, aku perlu beli EVO X, sebab aku optimis".Sebenarnya sudah ramai dan berbiloin yang menerapkan perasaan optimis tidak akan gagal,aku je yang ketinggalan.Insyallah semoga Allah makbulkan impian ku menjadi JUTAWAN.

bagaimana perasaan tidak akan gagal ek? kalo nak tahu ,cube perhati.

1) Bagaimanakah perasaan dan tindakan anda apabila tahu anda akan gagal menjadi
JUTAWAN?
2) Bagaimanakah perasaan dan tindakan anda apabila anda tahu anda tidak akan gagal menjadi
JUTAWAN?

Berhenti jap..Fikir jap..Adakah anda rasa perbezaan yang besar? Ok. cube try sendiri.Korang boleh menggunakan kedua dua perasaan tersebut dalam usaha untuk ke dapur rumah sendiri(tak perlu jauh jauh hehehe). Adakah anda sampai ke dapur bila krang membawa perasaan akan gagal ke dapur.

Kalau anda boleh untuk perkara kecil, konpem lah sama je dan boleh untuk perkara besar seperti nak beli EVO X/berjaya/financial freedom/JUTAWAN.Just terapkan perasaan tidak akan gagal.

Saya juga ingin meningatkan diri sendiri sepaya tidak diubah menjadi ' perasaan akan berjaya', sebaliknya teruskan dan kekalkan ' perasaan tidak akan gagal '. Ada perbezaan yang besar.Cube perhatikan.

1) Banyak orang lebih hampir kepada gagal (lebih percaya kepada gagal berbanding kejayaan).
2) Oleh sebab bergelumang dengan gagal, perkataan ' tidak akan gagal' agak suprise dan diakui
kebenaranya berbanding ' akan berjaya'.
3) Kita kan rasa lebih selamat dan berpeluang dapat peratusan tinggi apabila optimis 'Tidak
akan gagal!!'
4) Korang akan rasa lebih optimis bila korang setiap hari percaya tidak akan gagal dalam usaha
menjadi JUTAWAN. Setiap hari,sekurang kurangnya 10 kali sehari.hehehe..


OPTIMIS "TIDAK AKAN GAGAL!!!"

"THE WAY TO OUT IS IN"
-UNKNOWN-


Semoga Allah makbulkan impian saya menjadi JUTAWAN..Amin


Salam Kejayaan.


0 SILA KRITIK: