21 January 2009

NEVER NEVER NEVER GIVE UP





PERMULAAN YANG TERUK

Cerita ini berkaitan dengan seorang yang bercita-cita untuk menjadi seorang jutawan pada usia 35 tahun. Mustahil, tetapi tidak bagi dirinya dan rakan-rakan seangkatan.

selesai mendapat ijazah di dalam bidang guaman, Beliau telah berkhidmat sebagai seorang ‘lawyer’ di sebuah firma guaman. Walaupun dengan pendapatan yang sangat tinggi,beliau masih belum berpuas hati.Dengan pendapatan yang tinggi, kebebesan kewangan mampu untuk dicapai. tetapi hampir mustahil untuk bergelar seorang jutawan. Dan satu-satunya jalan supaya target 35 tahun tercapai adalah dengan business sendiri.

Hasil daripada idea seorang kawan beliau. Seorang lelaki cina, beliau bertindak membuka perniagaan garam. Air laut yang di ambil, disejat,untuk diambil garamnya.Tidak sempat syarikat untuk bernafas, ia terpaksa di tutup atas alasan, kerugian yang sangat besar perlu ditanggung akibat persaingan dengan syarikat-syarikat besar dari luar negara dan berikutan cuaca yang tidak menentu. Kotak-kotak garam yang di bina, akhirnya hanya tinggal takungan air.

Beliau tidak lagi putus asa. Dengan hutang yang masih banyak tidak terbayar, beliau meneruskan strategi menubuhkan dua lagi syarikat. Malangnya, syarikat itu juga terpaksa di tutup akibat masalah-masalah teknikal yang timbul.harapan masih tinggal harapan.Akhirnya, setelah lama di belenggu masalah, dengan wang hutang yang banyak,

beliau mengorak langkah yang lebih berani dan akhirnya, kejayaan sampai ke tangan! Projek yang dibina atas tiket projek perumahan, telah melonjakkan nama beliau dan telah menjadikan beliau seorang jutawan pada usia 34 tahun. SETAHUN awal dari apa yang dirancang!beliau yang saya maksudkan ialah bekas menteri kewangan Malaysia, Tun Daim Zainuddin syabas tun!Jadi rakan-rakan, masih sempat lagi jika kita mahu setkan target kitaBukan 35 tahun, mungkin pada usia seawal 30. Siapa tahu bukan?


‘DAIM YANG DIAM’


SIAPA tidak kenal bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin.Bertubuh kecil dan tidak sukakan publisiti, hingga beliau pernah dikenali sebagai ‘Daim Yang Diam’Aku terpanggil untuk menulis entry mengenai Daim bila aku terbaca senarai orang terkaya di Forbes dan juga di majalah Malaysian Business. Aku tak tahu apa ‘formula’ yang digunakan oleh kedua-dua majalah ini dalam meletakkan ‘ranking’ seseorang individu itu dari segi pengumpulan harta. Namun seperkara yang menarik adalah nama Daim tidak pernah tersenarai walaupun dalam tangga ke-100 individu terkaya di Malaysia. Apatah lagi di kalangan mereka yang terkaya di dunia.

Hinggalah suatu hari aku dihantar melakukan tugasan Tanzania. Ketika itu aku hendak menukar ‘travellers cheque’ di sebuah bank berhampiran Dar-Es-Salam, ibu negara republik berkenaan.Aku ingat lagi nama bank itu, International Bank of Commerce (ICB). Untuk pengetahuan korang, aku tiba-tiba tergamam sebentar sebaik saja melangkah masuk ke perkarangan bank tersebut.

Mahu taknya, potret Daim ’sebesar-besar alam’ tergantung di dalamnya. Dalam hati aku berkata, apa kejadahnya gambar Daim kat dalam ni? Ke ada manusia lain kat Tanzania ni muka macam Daim?Tapi bila fikir balik, mustahil pulak, kecualilah ada rakyat Afrika yang ‘albino’ jadi taukeh bank (sebab Daim ni agak cerah orangnya)

Sebaik saja selesai urusan, aku terus pergi berjumpa salah seorang pegawai bank di situ. Aku berpura-pura tanya siapakah lelaki dalam bingkai gambar yang besar itu.“For your information Sir, he is the owner of this bank, Mr. Daim Zainuddin. We’ve got 59 branches in Indonesia, 23 branches in Africa itself plus nine branches in Eastern Europe,” katanya dalam ‘accent’ Afrikanya yang pekat itu.

Ambik ko! Sejak hari itu aku tak percaya lagi ‘ranking’ orang-orang terkaya di dunia yang dikeluarkan oleh Forbes.

Sejak itu juga, aku percaya masih banyak manusia di luar sana yang sememangnya berlipat kali ganda kaya tetapi terus ‘low profile’…seperti mana ‘Daim Yang Diam’.Siapa kata Melayu tak hebat?

(Dua tahun lepas ICB menerima anugerah ‘Bank Terbaik 2006’ daripada The Banker di London.)

"USAHA TANGGA KEJAYAAN"
-MOTTO SEKOLAH RENDAH AKU-

Semoga Allah memakbulkan impianku teman teman menjadi usahawan dan JUTAWAN.Amin

Salam Kejayaan

0 SILA KRITIK: