20 February 2009

NASIHAT DARI ORANG TUA (TONY BUZAN)



Assalammualaikum.wr

apa khabar anda semua.?...alhamdulillah..luar biasa baik dan satu hati..

jeng jeng..siapa Tony Buzan? hebat sangatkah? ok..entri kali ini kita akan berkenalan sedikit dengan tokoh ini dan ilmunya dalam bidang motivasi.

TONY BUZAN

  • Mr Tony Buzan. Beliau telah menulis 95 judul buku berkenaan dengan potensi minda. Beliau adalah Presiden Mind Sport Council dan pengasas kepada idea Radiant Thinking dan Mental Literacy. Antara ideanya yang paling terkenal ialah Mind-Map, iaitu yang kita selalu sebut sebagai Peta-Minda. Jangan terkejut, aplikasi Mind-Map bukan sahaja untuk pelajar sekolah-IPT, tetapi ianya juga sungguh berguna kepada kecemerlangan kerjaya-profesion. Bahkan Al Gore menjadikan Mind-Map salah satu tool pengurusan diri yang sungguh berkesan!

5 TIPS MENGEKALKAN KEREMAJAAN POTENSI MINDA

  • Pembelajaran sepanjang hayat.(Life-long Learning): Tony Buzan berkata, otak tidak pernah ‘pencen’. Ia akan sentiasa berusaha untuk bergerak maju ke depan. Tugas kita ialah untuk meneroka sesuatu yang baru, dan mencari kemungkinan potensi minda yang berterusan.

  • Merangsang indera (Sensory Stimulation): Ramai yang memandang, tetapi tidak melihat, ramai yang mendengar, tetapi tidak meneliti. Ramai yang menyentuh, tetapi tidak merasai. Ramai yang merasa, tetapi tidak mengecapi. Dan ramai yang bercakap, tetapi tidak berfikir. Hayati maklumat yang diterima oleh pancaindera, dan rangsanglah setiap deria anda!

  • Persahabatan-perhubungan-cinta-kasih: Berbahagia bersama keluarga dan menjalinkan hubungan yang betul adalah sangat penting untuk ’keremajaan’ minda. Laburkanlah untuk kebahagiaan keluarga, ia juga pelaburan kepada potensi diri anda!

  • Oksigen: Pastikan anda mendapat oksigen yang cukup. Bernafas dengan sempurna, dan bina kecergasan diri. Tony Buzan menyebut, badan yang sihat akan menghasilkan minda yang sihat (seperti pernah ku dengar kata-kata ini, tetapi di mana ya?).

  • Jaga pemakanan. Makan makanan yang berkhasiat. Good food = good brain. Junk food = Junk brain!. Itu kata Tony Buzan. Jaga pemakanan yang benar-benar berzat dan baik untuk otak. Bagaimana pula dengan fast food? Fast brain?



MEDITASI


DEFINISI MEDITASI

  • proses membawa kepada kesedaran,ketenangan,kejelasan dan kebahagian.
  • ianya dapat membangkitkan potensi minda separa sedar manusia
  • daya pemusatan minda,pemikiran,dan batin bagi mencapai tujuan hidup.
  • salah satu cara untuk mencapai ketenangan tinggi
  • melibatkan penggunaan potensi otak kanan secara optimum.


  • contoh seperti menuang minyak dalam botol,kadangkala ada minyak tertumpah.lama kelamaan minyak masuk ke dalam botol tanpa tumpah.minyak tumpah dii baratkan penyimpangan pemikiran.berlaku pada ketika minda normal.kemudian kuantiti minyak yang tumpah berkurangia diibaratkan sebagai konsentrasi.minyak yang dituangkan ke dalam botol secara optimum diumpamakan tahap meditasi minda.

SALAH ANGGAPAN PADA MEDITASI

  • meditasi tidak sesat, bahkan agama juga menggalakkkan bertafakur.
  • meditasi dilakukan dalam keadaan sedar.
  • ia dapat mengubah jiwa kitamelihat masalah sebesar gunungmenjadi kecil dan dapat di selesaikan dengan senang dan kreatif.
  • organ organ pun menjdi seimbang.

CARA/KEADAAN MEDITASI

  • pakaian sesuai=longgar tidak ketat
  • keadaan duduk bersila badan tegak
  • mata di pejam sambil merenung antara kawasan hidung=supaya lebih fokus dan kosentrasi
  • jari telunjuk menyentuh ibu jari=aliran darah lebih lancar
  • kendurkan seluruh otot
  • guna kaedah pernyataan diri seperti katakan"semakin lama aku dalam keadaan rehat.kakiku berehat,badanku berehat,tangan ku berehat,mataku berehat.aku semakin mengantuk..a..........aku semakin tenag..tenang..tenang...." dan"sel sel badan aku semakin lancar.organ organ badan aku semakin sihat dan dapat berfungsi dengan baik.penyakit penyakit terus tersingkirdari pada diriku.kaini aku semakin sihat dan bertenagA.
LATHAN KONSENTRASI (MEDITASI)

  • lingkaran warna=buat 7 lingkaran bewarna pada kertas.jarakkan kedudukan anda dengan lingkaran 70 cm.tumpukan perhatian pada stu warna.abaikan warna lain.dan begitulah seterusnya.

  • nyalakan sebaang lilin=nyalakan lilin dalam bilik kosong.duduk di kerusi dan merenung pada lilinpada jarak 70 cm.selama 10 minit.renung tanpa kerlip selama anda bertahan.elak dari memaksa diri.

  • renung kipas=renung pada pusingan kipas.tumpukan pada titik tengah kipasyang berpusing.arahkan kipas berhenti(supaya konsentrasi).buat selama yang boleh.

19 February 2009

KUASA MINDA


Assalammualaikum.wr

apa khabar teman semua? ya..luar biasa baik dan satu hati..

entri kali ini hendak utarakan definisi minda..

APAKAH MINDA?

  • tenaga yang terbentuk daripada fikiran,perasaaan,mimpi dan lain2.

BERAPAKAH JENIS MINDA YANG WUJUD?

  • minda sedar
  • minda separa sedar
  • minda super
APA ITU MINDA SEDAR?

  • berfungsi melalui lima panca indera manusia (lihat,rasa,sentuh,dengar,bau)
  • bebas berfikir dan mengeluarkan pendapat.
  • hanya berhubung dengan dunia nyata.
  • buah fikiran /pendapat memberi arahan kepada minda separa sedar.
  • menggunakan hanya 10 peratus aktiviti otak
APAKAH MINDA SEPARA SEDAR?

  • mengawal segala aktiviti organ (pencernaan,kumuh,denyutan,edaran darah)
  • aktiviti melibatkan peraaan dan emosi
  • bertugas secara terlatih tanpa berfikir.
  • merekod pengalaman seumur hidup.
  • mencetus idea baru dan hebat.
  • menyembuhkan dan menghalang penyakit.
  • mewakili 90 peratus aktiviti otak.
KELEBIHAN MINDA SEPARA SEDAR

  • seperti lampu aladdin
  • menunaikan semua hajat tuanya
  • tunai kehendak tanpa bantahan
  • seperti robot


KONSENTRASI


assalammualaikum.wr

apa khabar? ya,luar biasa baik dan satu hati..

kali nie kita kaji pasal konsentrasi..

APA ITU KONSENTRASI

  • ambil sebuah kanta kaca kemudian dedah pada matahari sehingga titik panas ada pada kertas .kemudian kertas itu terbakar. itulah dia konsentrasi.kalo kita alihkan maka hilanglah tumpuan dan konsentrasi itu.

KEBAIKAN KONSENTRASI TINGGI

  • hasil kerja menjadi berkualitu
  • dapat menghantar tenaga penyembuhan dan perubatan(healing)
  • penting dalam meditasi
  • dapat mengawal pemikiran
  • peroleh minda yang tenang
  • daya keyakinan yag tinggi
  • memberi daya tumpun tinggi
  • tingkat tahap ingatan
  • tahap kegembiraan
  • kuasa psikik
  • kreatif
LATIHAN KONSENTRASI

  • buat lingkaran 7 warna berbeza pd kertas.anda duduk 70 cm dri kertas.tumpu pd satu warna.abakan warna lain.
  • nyalakan satu lilin dalam bilik kosong damn gelap..duduk atas kerusi pada jarak 70cm.tenung selama 10 minit.jangan kerlip mata.buat tetapi jangan memaksa diri.
  • renung putaran kipas.tumpukan pada tengah kipas.arahkan kipas stop.buat seberapa lama.
  • renung fajar menyinsing.tahan berapa lama.jangan kerlip.




18 February 2009

BISNES TADIKA

Dari sumber internet

barsik050900046.jpg


Tahukah anda, sekiranya anda mempunyai modal antara RM10,000 hingga RM15,000 anda sebenarnya sudah boleh memulakan perniagaan tadika anda sendiri.


Bagi mereka yang berminat untuk menjalankan perniagaan tadika dan sudah mempunyai wang simpanan sebanyak RM10,000 - RM15,000 anda tidak perlu membuat pinjaman bank atau meminjam dari mana-mana institusi kewangan atau dari sanak-saudara. Simpanan anda sebanyak RM15,000 tersebut sebenarnya sudah mencukupi untuk anda memulakan perniagaan tadika anda sendiri.


Cuba lihat contoh anggaran pengiraan kos ini:

  • beli peralatan tadika (meja dan kerusi pelajar, white board dll) : RM4,500
  • beli alatan permainan : RM2,000
  • keceriaan (mengecap, mural) : RM500
  • stationery: RM300
  • promosi (buat phamplet, signboard, dll) : RM1,200
  • pengubahsuaian : RM1,500
  • deposit sewa premis (anggaran sewa bulanan: RM800) : RM3,600
  • Lain-lain : RM800

Jumlah keseluruhan: RM14,400


starflash1.gif TIP RAHSIA:


Antara tip perniagaan yang saya suka amalkan ialah “start small, finish big” . Mulakan dengan modal yang kecil tetapi berakhir dengan keuntungan yang besar….. Bagi mereka yang mempunyai modal besar dan banyak wang, anda bebas memulakan perniagaan tadika anda dengan modal yang tinggi bergantung kepada kemampuan anda, tetapi sekiranya perniagaan tadika juga boleh berjaya dan sudah terbukti berjaya dengan modal yang rendah, mengapa anda perlu membazirkan wang anda? Bukankah lebih baik anda menyimpan lebihan wang anda dan gunakan untuk perkara lain.


starflash1.gifstarflash1.gif STRATEGI SULIT:


Anda boleh menggunakan wang pendaftaran pelajar untuk menambah modal pusingan anda. Bagaimana? Setiap pelajar yang ingin belajar di tadika anda perlu membayar wang pendaftaran tahunan sebelum mereka memulakan kelas tadika. Kebiasaan yuran ini dibayar sebelum Januari 2008 (sesi baru persekolahan) iaitu pada pada bulan November hingga Disember 2007. Anggaran yuran pendaftaran tahunan untuk seorang pelajar ialah RM400 (yuran untuk buku-buku aktiviti, uniform tadika, T.Shirt sukan, yuran aktiviti tahunan dan sebagainya) .


Sekiranya terdapat 30 orang yang membayar yuran tahunan tersebut sebanyak RM400 seorang, bermakna anda sudah mempunyai RM12,000. ‘Modal Tambahan’ ini boleh membantu anda untuk bayaran deposit bagi tempahan uniform tadika, membeli buku-buku aktiviti, membeli peralatan yang belum mencukupi dan sebagainya. Ingat! wang sebanyak RM12,000 itu merupakan wang amanah / “stakeholder” , jadi anda perlu menggunakan wang tersebut dengan bijak dan beretika.


p/s= untuk jadi tenaga pengajar kene kursus. mintak la yb area korang untuk wat kursus mengajar tadika.idea nie lagi bagus drpd bukak kindergaten.kindergaten budak kecik masih susu susah untuk di jaga.bukak tadika lagi seronok.



16 February 2009

TIPS KEKALAHAN KEPADA KEJAYAAN





” Saya sudah berjumpa ramai orang berjaya yang pernah gagal. Tetapi saya tidak pernah berjumpa dengan orang yang tidak pernah gagal berjaya. “


“Saya telah gagal menyempurnakan sebanyak lebih 9000 jaringan sepanjang karier saya. Saya kalah sebanyak 300 perlawanan. Sebanyak 26 kali saya gagal menyempurnakan harapan yang diberikan kepada saya untuk menyempurnakan jaringan kemenangan. Saya asyik kalah dan kalah sahaja dalam kehidupan saya. Dan sebab itulah saya berjaya.”
Michael Jordan

Kegagalan tidak membawa apa-apa makna. Ianya merupakan perkara normal dalam kehidupan. Semua orang berjaya dalam hidup ini pasti pernah menghadapi kegagalan.


Orang yang tidak pernah menghadapi kegagalan merupakan orang yang tidak akan berjaya. Kegagalan adalah rakan karib kepada kejayaan. Jika anda takut untuk menghadapi kegagalan, maka lakukan sahaja.


Semakin banyak anda menghadapinya semakin kuat anda membina kekuatan anda. Ia umpama senaman. Dimana kekerapan senaman tersebut membina otot-otot ‘kejayaan’. Pengalaman anda bertambah. Anda menjadi matang dari segi pengalaman untuk mencapai kejayaan. Lama-kelamaan anda akan menjadi biasa kepada kegagalan. Keluarlah untuk melakukan kegagalan untuk anda lebih cepat untuk menjadi orang yang berjaya.


p/s: kebanyakan manusia gagal kerana manusia suka ambil tahu kejayaan orang lain sahaja tanpa melihat usaha di sebalik kejayaan (pengorbanan,pengalaman dan kesusahan)


TIPS LELAKI MATANG

1. Bagaimana anda menguruskan kewangannya?

2. Apakah matlamat akhirat dan hidup anda? Adakah anda mempunyai perancangan dan apa yang hendak dilakukan dalam 10 tahun ini?

3. Apakah buku yang dibaca oleh anda?

4. Bagaimanakah ilmu anda mengenai agama?

5. Adakah anda tahu batas-batas pergaulan denga masyarakat?


TIPS KEJAYAAN HUTH

Beliau telah berkongsi 2 petua untuk memperolehi kejayaan. Katanya, cuma 2 sahaja petua untuk mencapai kejayaan dan tidak lebih daripada itu. Namanya dalah Hunt. Beliau asalnya merupakan seorang petani kapas.

Beliau hampir gagal dalam perniagaan semasa berumur 32 tetapi bangkit semula dan berjaya memperolehi lebih daripada 1 billion pada umur 56. Satu jumlah yang mengliurkan. Beliau merupakan billionaire minyak daripada Texas..Haa taknak dah cakap banyak apa lagi.. mari kita lihat petuanya.

Petua pertama : Tentukan apa sebenarnya anda mahu.

Menurut Hunt ini merupakan titik pertama kejayaan. Tetapi ramai gagal melakukannya. Mereka tidak tahu apa sebenarnya yang diingini oleh mereka. Sebab itulah mereka gagal. Mereka tidak tahu apa yang sebenar mereka mahu. Mereka mahu banyak perkara yang baik dalam kehidupan tetapi tidak dapat membezakan apa yang betul-betul yang menjadi keutamaan dalam hidup mereka.

Petua kedua: anda mesti tahu harga untuk mencapainya.

Menurutnya, ramai mahukan kejayaan. Tetapi malangnya mereka tidak sanggup membayar harga yang sepatutnya. Sebab itulah walaupun ada yang telah berjaya melepasi petua pertama gagal untuk melakukan petua kedua. Mereka tidak sanggup melakukan apa yang diperlukan. Usaha untuk mendapatkan RM1juta tidak sama dengan usaha mendapatkan RM1 ribu.


p/s= jom sama sama praktikkan.selagi ada ilmu saya akan sampaikan..

Tips Menggembirakan Hati


1. Latih Minda Melupakan Kenangan Pahit.


Mulai hari ini, tekad untuk melupakan semua tu, selupa yang mungkin, kasi kosong abis! Bulatkan azam untuk memfokus kepada masa depan Anda, cita-cita Anda, keluarga, kerjaya, kewangan, keilmuan dan rakan-rakan.


2. Buang Sikap Risau.

Kedua, memberi kesan buruk pada kesihatan Anda dari segi fizikal dan mental. Risau membuat Anda selalu menjadi sedih dan kecewa, kekadang takut. Untuk buang sikap risau, belajar untuk bertenang dan latih diri Anda mengawal

3. Belajar Rajin Bersyukur.

Ucap syukur atas kesemua yang Anda ada, apa saja! Misalnya, ucap syukur kerana Anda masih ada 5 deria yang lengkap, Buat banyak kali dalam sehari.

4. Belajar Menjadi Pemaaf.

Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif .
belajar menjadi pemaaf dan menghapus semua ni lalu menarik ketenangan datang pada diri Anda.

5. Ketawa, ketawa dan terus ketawa.

Ketawa bukan dibuat-buat, tapi biar ketawa yang benar-benar menggembirakan Anda dan menjadikan Anda girang. Buat apa LAYAN kecewa sedangkan Anda boleh ketawa? Come on…

6. Ubah Fikiran

Fikir yang baik-baik saja, kerana ia memberi keuntungan jangka masa panjang. Rezeki Anda murah dan segala yang baik-baik datang sendiri pada Anda. Anda menjadi apa yang Anda mahukan. Fikir yang buruk, Anda dapat yang buruk jawapnya. Ini hukum alam dinamakan hukum sebab dan akibat. Dalam kata yang lebih advance, itu hukum Law Of Attraction.

7. Hati Mesti ‘Keras’.

Bukan keras sembarangan, maksudnya kekerasan hati, kesabaran yang tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka. Allah menurunkan musibah, permasalahan dan macam-macam lagi bukan sekadar dugaan, tapi balasan pada perbuatan-perbuatan Anda di masa lalu.



Sebelum masuk tidur, set minda untuk jadi ceria pada keesokan harinya. Lafazkan dengan nada berbisik. Relaks, jangan terlalu mendesak diri.

Selepas bangun tidur, katakan pada diri ini adalah hari yang baru untuk Anda.

Tekadkan diri untuk menjadikan hari yang baru tu hari yang baik, sungguh baik, sebaik yang mungkin dari hari yang sebelumnya.

Meningkatkan Daya Ingatan



Amalkan Tidur Yang Cukup = letih menganggu keupayaan otak


Mengawal Tekanan =yoga, sauna,aromaterapi,meditasi, al quran


Berhati2 Dengan Pengambilan Vitamin atau Makanan Tambahan



Bersenam = renggang otot (berjalan kaki)


Elakkan Kemurungan


Awasi Pengambilan Ubat


Belajar Sesuatu yang Baru = Menjahit,memasak,belajar bahasa


Permainan = Catur,sahibba, monopoli, catur (mencabar minda)



Banyak Membaca = ingat sedikit sebanyak fakta yang ada dlm bahan bacaan


Katakan Berulang Kali = sehingga benar2 hafal (tarikh)


Fokus =fokus dalam sesuatu (matlamat hidup)



Bermain Dengan Angka = ingat nombor telefon

senarai terkini 10 orang terkaya di Malaysia



Berikut adalah senarai terkini 10 orang terkaya di Malaysia.
Menurut kaji selidik majalah Malaysian Business.

1) Tan Sri Robert Kuok (RM26.6 bilion)
2) Ananda Krishnan (RM20.1 bilion)
3) Tan Sri Teh Hong Piow (RM8.15 bilion)
4) Tan Sri Lee Shin Cheng - IOI Corporation (RM7.4 bilion).
5) Tan Sri Quek Leng Chan (RM4.5 bilion)
6) Puan Seri Lee Kim Hua (RM3.5 bilion)
7) Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary (RM3.18 bilion),
8) Tan Sri Vincent Tan - Berjaya Group (RM1.79 bilion),
9) Tan Sri Tiong Hiew King (RM1.64 bilion)
10) Tan Sri Azman Hashim - Arab-Malaysian Corp (RM1.42 bilion).

Bagaimana membina minda jutawan?

Jutawan tahu secara jelas dan terperinci apa yang diinginkan.
Matlamat mereka adalah jelas dan jitu.
Matlamat mereka adalah besar dan sukar untuk dicapai
tetapi... ianya tidak mustahil.