20 February 2009

NASIHAT DARI ORANG TUA (TONY BUZAN)



Assalammualaikum.wr

apa khabar anda semua.?...alhamdulillah..luar biasa baik dan satu hati..

jeng jeng..siapa Tony Buzan? hebat sangatkah? ok..entri kali ini kita akan berkenalan sedikit dengan tokoh ini dan ilmunya dalam bidang motivasi.

TONY BUZAN

  • Mr Tony Buzan. Beliau telah menulis 95 judul buku berkenaan dengan potensi minda. Beliau adalah Presiden Mind Sport Council dan pengasas kepada idea Radiant Thinking dan Mental Literacy. Antara ideanya yang paling terkenal ialah Mind-Map, iaitu yang kita selalu sebut sebagai Peta-Minda. Jangan terkejut, aplikasi Mind-Map bukan sahaja untuk pelajar sekolah-IPT, tetapi ianya juga sungguh berguna kepada kecemerlangan kerjaya-profesion. Bahkan Al Gore menjadikan Mind-Map salah satu tool pengurusan diri yang sungguh berkesan!

5 TIPS MENGEKALKAN KEREMAJAAN POTENSI MINDA

  • Pembelajaran sepanjang hayat.(Life-long Learning): Tony Buzan berkata, otak tidak pernah ‘pencen’. Ia akan sentiasa berusaha untuk bergerak maju ke depan. Tugas kita ialah untuk meneroka sesuatu yang baru, dan mencari kemungkinan potensi minda yang berterusan.

  • Merangsang indera (Sensory Stimulation): Ramai yang memandang, tetapi tidak melihat, ramai yang mendengar, tetapi tidak meneliti. Ramai yang menyentuh, tetapi tidak merasai. Ramai yang merasa, tetapi tidak mengecapi. Dan ramai yang bercakap, tetapi tidak berfikir. Hayati maklumat yang diterima oleh pancaindera, dan rangsanglah setiap deria anda!

  • Persahabatan-perhubungan-cinta-kasih: Berbahagia bersama keluarga dan menjalinkan hubungan yang betul adalah sangat penting untuk ’keremajaan’ minda. Laburkanlah untuk kebahagiaan keluarga, ia juga pelaburan kepada potensi diri anda!

  • Oksigen: Pastikan anda mendapat oksigen yang cukup. Bernafas dengan sempurna, dan bina kecergasan diri. Tony Buzan menyebut, badan yang sihat akan menghasilkan minda yang sihat (seperti pernah ku dengar kata-kata ini, tetapi di mana ya?).

  • Jaga pemakanan. Makan makanan yang berkhasiat. Good food = good brain. Junk food = Junk brain!. Itu kata Tony Buzan. Jaga pemakanan yang benar-benar berzat dan baik untuk otak. Bagaimana pula dengan fast food? Fast brain?



0 SILA KRITIK: