15 September 2009

dollar Cost Averagging


Konsep ni di adaptasi dari konsep Dollar Cost Averaging. Sebenarnya konsep asal DCA adalah bagi mengurangkan risiko kejatuhan harga secara tiba-tiba sebaik sahaja pembelian dibuat. DCA mencadangkan pembelian tidak dibuat secara lump sum, tetapi dibuat beransur-ansur secara berkala, contohnya secara bulanan.

13 September 2009

Langkah-Langkah Mudah Memulakan Pelaburan Unit Trust Melalui Pengeluaran Ahli KWSP (EPF).


Nampaknya kita kena stop dulu cerita kelebihan2 skim unit trust sebab mulai hari ini, 1 Februari 2008, KWSP (EPF) dah start melaksanakan struktur baru pengeluaran pelaburan untuk ahli2 nya. So, ramailah yang bertanya apa bezanya dengan sistem sebelum ni… bezanya, KWSP perkenalkan “Simpanan Asas” dari akaun 1 mengikut umur ahli. Sila download dan baca panduan KWSP (click untuk download) ini (PDF format). Kat dalam tu ada ceritanya, tak payahlah saya nak ulang cerita lagi. Senang cerita, semakin ramai pencarum KWSP dah boleh buat pengeluran dari akaun 1 untuk buat pelaburan.

OK… kalau dah baca panduan tu dan layak buat pengeluaran, bagus tu.. buat apa nak tinggalkan duit anda kat KWSP kalau return setakat 4~5% setahun je. Tunggu apa lagi.. Marilah invest dalam skim unit trust yang returnnya lebih 20% setahun.. So, kat sini saya nak bagitau macam mana procedure nak buat pengeluaran tu..senang saja…

1) Pastikan anda telah faham serba sedikit tentang pelaburan unit trust. Antaranya konsep pelaburan, objektif fund yang nak dilaburkan dan profil pelaburan anda. Macam mana nak dapatkan info-info ini? Jangan risau, anda boleh berbincang dengan ejen-ejen berdaftar yang berurusan dengan unit trust, dan pastikan mereka menerangkan perkara-perkara tersebut dengan jelas kepada anda.

2) Dapatkan nombor akaun KWSP anda. Pergi ke KWSP dan check berapa jumlah simpanan anda dalam akaun 1. Senang saja, masukkan IC anda dalam kiosk yang disediakan, selepas pengesahan cap jari, anda boleh check dan print-out status akaun anda serta merta. Kalau ada internet dan anda telah mendaftar perkhidmatan online KWSP, lagi senang, log-in di http://www.kwsp.gov.my dan anda boleh check status akaun anda.

3) Dah tahu jumlah wang anda, check pula status kelayakan dan pengiraan berapa yang boleh anda keluarkan dari akaun 1 untuk pelaburan. Seperti saya bagitau tadi, check panduan KWSP (click untuk download) tadi. Contoh pengiraan juga disediakan kat situ. Kalau tak faham juga, tanya ejen anda.

4) Setelah anda pastikan kelayakan pengeluaran anda dan jumlah yang boleh dikeluarkan, fotokopi IC anda di atas kertas putih size A4. Muka hadapan dan muka belakang IC anda hendaklah di muka yang sama diatas kertas A4 tersebut. Atasnya front side dan bawahnya back side IC.

5) Langkah seterusnya, jumpa ejen anda dan beliau akan tolong anda isikan borang-borang berkaitan. Anda akan diminta tandatangan dan cap jari (kiri & kanan) ditempat-tempat yang berkenaan. Jangan lupa pula bawa sekali fotokopi IC anda tadi sebab kat situ pun kenan cap jari. Nombor akaun KWSP pun kena ingatlah. Ink cap jari ejen anda akan sedia kan, jangan risau.

6) Dah selesai.. sekarang anda serahkan kepada ejen anda untuk langkah-langkah seterusnya. Setelah pihak KWSP meluluskan permohonan pengeluaran anda dan wang anda diterima oleh pihak pengurusan unit trust yang anda sertai, mereka akan menghantar surat pemberitahuan penerimaan pelaburan anda. Antara lain yang dinyatakan ialah nombor akaun fund yang anda sertai, jumlah wang yang diterima dan jumlah unit yang diperolehi. Dengan ini, anda telah secara rasminya menyetai skim unit trust melalui pengeluaran pelaburan ahli KWSP. Tahniah!

Beberapa tips dan peringatan untuk memudahkan urusan anda.

(a) Pastikan fotokopi IC anda jelas. Boleh dibaca. Tidak overlap antara muka depan dan muka belakang IC anda. Tidak terputus, imej IC anda tidak diletakkan terlalu ketepi kertas A4 hingga terputus imejnya.
(b) Untuk elakkan fotokopi jadi kabur, jangan fotokopi daripada kertas fotokopi IC anda (duplicate copy).
(c) Isi borang dengan ballpen hitam sahaja. Lain color tak boleh.
(d) Cap jari (ibu jari kiri dan kanan) mesti jelas. Kawan saya tanya kalau takde ibu jari camner? Alamak!! saya pun tak boleh jawab lagi… nanti saya refer orang yang lebih layak atau KWSP sendiri..
(e) Sila bulatkan amaun pengeluaran KWSP anda. Contohnya RM2593.80, lebih baik dijadikan RM2590.00 (bulatkan ke amaun yang rendah). Ini akan memudahkan kakitangan KWSP memproses permohonan anda.
(f) Seboleh yang mungkin, jangan tandatangan dan cap jari untuk borang pengeluaran KWSP yang akan datang (dont sign & thumbprint your future EPF form in advance). Biarlah ejen anda buat kerja sikit untuk anda di masa depan.
(g) Kalau belum lagi daftar perkhidmatan online KWSP, dah terlanjur anda pergi ke KWSP tu daftar lah siap2. Nanti 3 bulan akan datang bila anda boleh keluarkan lagi wang KWSP untuk pelaburan, tak payah le nak pergi ke KWSP lagi… check kat online je lah amaun akaun KWSP anda.


Dana Syariah CIMB tawar pulangan 23.6%



KUALA LUMPUR 20 Ogos - CIMB Islamic Bank Bhd. (CIMB Islamic) hari ini melancarkan produk terbarunya, Market Select yang menawarkan pulangan maksimum sehingga 23.6 peratus setahun untuk pelaburan bertempoh lima tahun.

Di sebalik keadaan ekonomi semasa yang tidak menggalakkan, dana perlindungan modal Syariah terbaru itu diyakini dapat menarik pelaburan berjumlah RM200 juta dalam tempoh tawarannya sehingga 19 September ini.

Market Select menawarkan pulangan yang tinggi berbanding deposit tetap dengan mengambil faedah daripada pertumbuhan pasaran baru yang sedang berkembang, selain jaminan perlindungan modal sehingga tempoh matang, kata Ketua Perbankan Runcit CIMB Bank, Peter England. CIMB Bank merupakan cabang perbankan konvensional Kumpulan CIMB.

Beliau berkata, secara umumnya, pelaburan dalam Market Select memberi pulangan purata tahunan sebanyak 16.5 peratus bagi pelan pelaburan selama tiga tahun dan 23.6 peratus untuk pelaburan lima tahun.

England berkata, produk itu akan dilaburkan di 17 buah negara termasuk Amerika Syarikat, Eropah dan Jepun dan pasaran baru muncul di Asia seperti China, India, Malaysia, Indonesia, Filipina dan Thailand.

''Kita juga akan meneroka pasaran negara-negara yang bakal menjadi pasaran baru muncul pada masa depan iaitu Rusia, Afrika Selatan, Brazil, Mexico, Kazakhstan, Mesir, Turki dan Vietnam,'' katanya pada sidang akhbar selepas pelancaran Market Select di sini hari ini.

Satu lagi ciri menarik Market Select ialah dana itu membolehkan para pelabur menjual balik tanpa menunggu tiba tempoh matang dan mengambil peluang meraih keuntungan ketika aliran pasaran meningkat tanpa sebarang penalti, tambah beliau.

Produk Market Select memerlukan pelaburan pokok minimum sebanyak RM25,000 dan pelaburan gandaan RM1,000.

Golongan muda paling ramai keluar KWSP


KUALA LUMPUR 25 Nov. - Golongan muda merupakan yang paling ramai mengeluarkan pelaburan mereka melalui inisiatif 'Bukan Hanya Simpanan' di bawah Simpanan Asas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membabitkan pengeluaran RM808.53 juta bagi suku ketiga tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Azlan Zainol berkata, golongan tersebut menyumbang kepada peningkatan ketara pengeluaran pelaburan ahli iaitu 107,564 berbanding 122,887 pada suku kedua berikutan bertambahnya bilangan ahli yang layak untuk berbuat demikian.

''Ahli yang layak untuk membuat pengeluaran meningkat 42.9 peratus. Pada tempoh yang sama tahun lalu, hanya 75,239 ahli sahaja yang membuat permohonan pengeluaran.
''Bagaimanapun jumlah pengeluaran adalah lebih rendah berbanding suku ketiga 2007 membabitkan pengeluaran RM874.44 juta,'' katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Menurut Azlan, penurunan jumlah pengeluaran adalah disebabkan kebanyakan ahli muda mempunyai jumlah simpanan yang kecil untuk dilaburkan kerana mereka hanya dibenarkan membuat pelaburan tidak lebih daripada 20 peratus daripada simpanan dalam Akaun 1 yang melebihi Simpanan Asas.

Simpanan Asas yang dilaksanakan pada Februari 2008 yang mana sejumlah simpanan dalam Akaun 1 ditetapkan mengikut peringkat usia bagi membolehkan ahli memperoleh simpanan minimum sekurang-kurangnya RM120,000 ketika mencapai usia 55 tahun.

faedah utama melabur dalam skim unit trust


Selain daripada tu, beberapa faedah utama melabur dalam skim unit trust ni adalah seperti berikut.

1) Kepelbagaian : Diversification.
Sebelum ni pun saya dah sebutkan, kalau kita bersendirian direct invest dalam stock market, dengan modal yang kecil, berapa stock kita boleh beli?.. itu belum tanya lagi berapa kauter kita boleh beli? Kat sini le kelebihan skim unit trust. Dengan pengumpulan dana yang lebih besar, UTMC boleh membeli pelbagai jenis pelaburan. Jadi, dengan modal yang sedikit pelabur dalam unit trust berpeluang menyertai lebih banyak sektor berbanding yang dibuat secara persendirian. Kepelbagaian pelaburan boleh mengurangkan risiko kepada pelabur-pelabur. Kerugian di beberapa kaunter boleh diimbangi oleh keuntungan diperolehi di kaunter lain. Sekiranya pelabur melabur dalam beberapa dana iaitu tidak terhad kepada satu dana sahaja, pelabur akan meminimumkan risikonya.

2) Pengurusan Profesional.
Keputusan pelaburan dana dalam skim uni trust dibuat oleh pengurus dana yang profesional. Mereka ini mempunyai skill dan pengalaman dalam menguruskan pelaburan. Kita akan mendapat faedah ini berbanding pelabur perseorangan yang mungkin membuat pelaburan secara rambang. Pengurus dana profesional ini akan sentiasa mengawasi prestasi pelaburan kita dan memastikan wang kita dilaburkan sebaik mungkin berdasarkan maklumat yang telah dikajiselidik.


3) Tahap Kecairan (Liquidity) Yang Tinggi.
Kebanyakan pelabur mahukan pelaburan yang mudah tunai, iaitu pelaburan tersebut mudah dijual tak kiralah sebahagian ke atau kesemua saham mereka pada bila-bila masa. Kalau pelaburan yang bagi return yang lumayan tapi tak boleh dijual dengan mudah, tak dipanggil pelaburan yang baik juga sebab paras mudah tunai yang sangat rendah merupakan faktor risiko tambahan kepada pelabur.
Sebagai contohnya, investment dalam hartanah, ianya memang antara pelaburan yang bagus dan menguntungkan jika kena srateginya. Tapi tahap liquidity nya sangat rendah, bayangkan kalau anda telah berjaya membeli sebuah rumah dikawasan bandar yang anda tahu disitu memang menjadi rebutan pembeli. Suatu hari, anda mengalami situasi dimana anda sangat2 memerlukan wang tunai, contohnya anak anda perlu menjalani pembedahan yang kritikal dan rumah tersebut satu2 nya sandaran anda untuk mendapatkan wang tunai. Bolehkah anda terus jualkan rumah itu untuk mendapatkan wang tunai dengan segera? Saya tak fikir semudah itu boleh.. mungkin anda dapat mencari pembeli dangan segera coz kawasan itu memang high demand, tapi untuk mendapatkan wang tunai hasil jualannya mungkin memakan masa dua hingga tiga bulan juga.
Disinilah kelebihan liquidity skim unit trust coz anda boleh menebus atau menjual-balik unit2 yang dipegang pada bila-bila masa dan mendapat bayarannya dengan cepat. Mengikut garis panduan skim unit trust, UTMC perlu membayar hasil daripada belian balik (repurchase) unit kepada pemegang unit secepat mungkin, selewat-lewatnya dalam tempoh 10 hari selepas menerima permohonan repurchase tersebut.
Selain tahap mudah tunai, tahap kemudahan untuk membuat urusniaga pun boleh dikira tahap liquidity juga. Jika kita direct invest dalam stock market, harga dan peluang untuk membuat urusniaga bergantung kepada penawaran dan permintaan saham pada masa itu. Sebaliknya dalam skim unit trust, unit2 boleh dibeli dan dijual dengan mudah melauli UTMC, Ejen Institusi Unit Trust ataupun ejen anda (sesetengah syarikat dipanggil unit trust consultant).

4) Pendedahan Pelaburan (Investment Exposure).
Seperti yang saya sebutkan sebelum ini, pelabur2 yang bermodal kecil dan melabur secara individu agak mustahil untuk melabur didalam sesuatu aset tertentu. Sebagai contoh, jika anda mempunyai RM5,000 dan ingin memegang portfolio pelaburan yang mengandungi pasaran hartanah Malaysia, pasaran equity global dan pasaran bon Malaysia. Bolehkah anda berbuat demikian secara direct investment kedalam portfolio tersebut secara serentak dengan modal sebanyak itu? Ianya memang mustahil.. Tapi dengan pelaburan unit trust, anda boleh mengembangkan wang anda kedalam kesemua aset tersebut secara serentak.. maksudnya “it is possible to spread your money around to all of these asset classes at the same time”.. disinilah dikatakan kita mendapat pendedahan pelaburan atau investment exposure.
Dan satu pekara lagi, tak seperti unit trust, kebanyakan individual investor tak mungkin dapat direct akses ke pasaran sekuriti kerajaan, antara sebabnya ialah amaun setiap transaksi bejumlah berjuta-juta ringgit.

5) Kos dan Caj Pelaburan Yang Lebih Rendah.
Jika kita buat direct investment dalam Bursa malaysia dan secara kecil-kecilan, kos dan caj yang dikenakan akan menjadi lebih tinggi..antara kosnya ialah yuran dan caj yang dikenakan oleh broker2 saham. Dengan unit trust, disebabkan fund manager melabur dengan amaun yang besar, kos dan caj yang dikenakan akan menjadi lebih ekonomi.. maknanya kos untuk setiap ringgit kepada setiap pelaburan akan menjadi lebih rendah. Konsepnya samalah macam anda beli barang sikit2 di kedai runcit dengan beli barang secara borong di pasaraya Makro, Carefour atau Tesco. Tentunya di pasaraya besar anda dapat berjimat bila anda membeli secara borong kan?

6) Undang-Undang dan Peraturan Yang Terjamin.
Mahukah anda wang yang anda laburkan tiba-tiba lesap begitu saja disebabkan syarikat atau tempat yang anda laburkan bermasalah atau tiba-tiba didapati beroperasi secara salah disisi undang2? Tentunya taknak kan.. anda mesti pernah dengar Swiss Cash yang heboh tempoh hari sebab illegal.. ataupun skim2 cepat kaya yang lain kan? skim2 ni konsepnya hampir sama dengan unit trust juga iaitu collect duit dari orang ramai dan dilaburkan. Kemudian keuntungan diagihkan kepada peserta mengikut berapa peratus duit yang dilabur oleh peserta. Masalahnya, skim2 ini beroperasi secara illegal.. so, bila2 pun wang anda boleh lesap dalam sekelip mata.
Kita bertuah kerana di Malaysia, industri unit trust diperkenalkan bersama-sama beberapa undang-undang dan peraturan. Berbagai pihak mengawal selia industri ini terutamanya Suruhanjaya Sekuriti (Securities Commission). Tujuannya adalah untuk menjaga kepentingan pelaburan pemegang2 unit. Jadi, dengan unit trust investment, kita akan rasa lebih selesa dan wang kita juga agak terjamin dengan adanya undang2 dan peraturan2 yang tertentu.

Sekarang anda dah tahu beberapa kelebihan invest dalam unit trust ni. Jadi tunggu apa lagi… marilah kita invest dalam skim unit trust. Untuk dapatkan penjelasan detail, contactlah ejen anda.

membeli unit amanah saham


Membeli ketika harga paling rendah dan menjual ketika harga paling tinggi adalah teori asas dalam pelaburan. Namun, tiada siapa dapat meramalnya. Pasaran saham mungkin jatuh lebih rendah daripada rekod yang pernah dicatat dan mungkin mencatat rekod tertinggi baru. Jadi, realitinya tiada waktu terbaik untuk membeli unit. Pelabur boleh membeli unit bila-bila masa. Namun begitu dalam pelaburan unit amanah, pelabur hendaklah tahu asas-asas strategi yang boleh diambil (samada untuk membeli atau untuk menjual unit) apabila harga unit tidak banyak bergerak, harga mula bergerak naik ataupun ketika harga mula menurun supaya dapat memaksimumkan keuntungan. Pelaburan tetap secara berkala juga sering dikatakan cara terbaik melabur dalam unit amanah kerana pelabur dapat membuat pemurataan kos (cost averaging).