13 September 2009

Golongan muda paling ramai keluar KWSP


KUALA LUMPUR 25 Nov. - Golongan muda merupakan yang paling ramai mengeluarkan pelaburan mereka melalui inisiatif 'Bukan Hanya Simpanan' di bawah Simpanan Asas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membabitkan pengeluaran RM808.53 juta bagi suku ketiga tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Azlan Zainol berkata, golongan tersebut menyumbang kepada peningkatan ketara pengeluaran pelaburan ahli iaitu 107,564 berbanding 122,887 pada suku kedua berikutan bertambahnya bilangan ahli yang layak untuk berbuat demikian.

''Ahli yang layak untuk membuat pengeluaran meningkat 42.9 peratus. Pada tempoh yang sama tahun lalu, hanya 75,239 ahli sahaja yang membuat permohonan pengeluaran.
''Bagaimanapun jumlah pengeluaran adalah lebih rendah berbanding suku ketiga 2007 membabitkan pengeluaran RM874.44 juta,'' katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Menurut Azlan, penurunan jumlah pengeluaran adalah disebabkan kebanyakan ahli muda mempunyai jumlah simpanan yang kecil untuk dilaburkan kerana mereka hanya dibenarkan membuat pelaburan tidak lebih daripada 20 peratus daripada simpanan dalam Akaun 1 yang melebihi Simpanan Asas.

Simpanan Asas yang dilaksanakan pada Februari 2008 yang mana sejumlah simpanan dalam Akaun 1 ditetapkan mengikut peringkat usia bagi membolehkan ahli memperoleh simpanan minimum sekurang-kurangnya RM120,000 ketika mencapai usia 55 tahun.

0 SILA KRITIK: