20 January 2009

EVERYONE CAN FLY


Salam..hari semakin berlalu, sebagai manusia yang bergelar lelaki aku masih belum tidur walaupun sekarang musim hujan di Labuan.sejuk malam kali in itidak menggugat untuk aku terus mencari idea.Kali ini ingin saya berkongsi cerita anda mengenai kisah disebalik kejayaan.pelik.sebenarnya cerita yang nak saya sampaikan tidak sama dengan tajuk.Walauapapun selepas cerita pasal story nie.Aku bawa korang saksikan video agak menarik.Sabar ye.

Ini kisah benar yang belaku di Malaysia .Tahukah anda siapa otai syarikat penerbangan Malaysia yang terkenal dengan penerbangan tambang murah. Kini ianya menjadi fenomena yang biasa bagi kebanyakan rakyat malaysia untuk menggunakan perkhidmatan syarikat ini. syarikat ini kepunyaan seorang tokoh yang bernama Tony Fernandes. Rupa beliau taklah sehensem Shah Rukh Khan tetapi aku kagum dengan spirit dan semangat beliau dalam menempuh dunia bisnes yang banyak liku liku sehingga berjaya menjadi jutawan.

Syarikat penerbangan Air Asia sebelum ini dimiliki penuh oleh syarikat gergasi Sime Darby.Walaubagaimanapun,disebabkan bebanan hutang dan masalah dalam membangunkan industri ini, Air Asia telah bertukar milik dengan Tony Fernandes.Tony Fernandes telah membeli syarikat penerbangan ini daripada sime Darby dengan harga RM 1 HUTANG 40 juta.Sememangnya suatu yang luarbiasa bagi insan yang hanya duduk diam memikirkan masa depan tak sudah sudah dan tak berjaya ubah diri sendiri sebab asyik memikirkan masalah bukanya jalan penyelesaian.

Tony fernandes percaya bahawa tiada jalan pintas untuk berjaya.Beliau hanya mempunyai satu sahaja peluang di matanya walaupun hakikatnya banyak peluang yang ada.beliau menggadaikan asetnya untuk membangunkan Air Asia.Satu lagi masalahj yang terpaksa dilalui adalah teguran mantan perdana menteri Malaysia yang ke-4 Tun Mahathir bahawa tidak yakin usaha Tony Fernandes akan berjaya , apatah lagi dengan idea gila penerbangan tambang murah.

Tetapi kini Air Asia menjadi pilihan utama kebanyakan rakyat Malaysia untuk berhubung.dengan slogan 'Everyone Can Fly',Tony Fernandes kini telah menjadi tokoh yang terkaya di Malaysia.Perancangan terbaru beliau adalah cadangan KLIA-EAST.

Kesimpulanya tidak perlu terlalu panjang diulaskan.Aku yakin insan lain juga mempunyai impian dan harapan. semoga kisah ini dapat menyuburkan semangat aku dalam bidang keusahawanan dalam menuju ke arah jutawan.

Sebelum itu aku ingin berkongsi dengan korang mengenai sebuah video yang bertajuk "Enjet Enjet Semut".Video ini membuatkan aku berasa bangga menjadi bangsa melayu.







Enjet2 Semut Gmbo Lawa - Click here for this week’s top video clips



Best kan lagu nie? Aku bangga menjadi bangsa Melayu


Ya Allah makbulkan impianku dan teman teman menjadi usahawan berjaya dan menjadi jutawan..Amin

Salam Kejayaan

0 SILA KRITIK: