20 January 2009

Restu Ayah Bonda

Alhamdulillah hingga ke saat ini masih lagi dikurniakan kasih sayang dari ayah dan ibu.Umur mereka semakin meningkat, tenaga kudrat tidak seampuh mana lagi. Garis garis tua sudah mula kelihatan.Aku yang berada di perantaun terasa rindu jika tidak bertanya khabar sekali seminggu mengenai mereka.Mungkin dulu mereka asyik risau pasal kita.Tapi sejak aku dewasa aku pula yang merindui mereka.

Syurga di bawah tapak kaki ibu.Ya, memang benar.Begitu mulia seorang ibu.Jerit perit mengendong bebanan selama sembilan bulan.Tidak pula ibu mengeluh mengenai anak yang bakal dilahirkan.Mereka sangat gembira dan tidak pula sabar menanti kelahiran kita.Sesungguhnya pengorbanan mereka terlalu murni dan suci.Untuk berjaya dalam apa sekalipun mintalah restu mereka,Insyaallah kita akan rasa tenang dalam membuat sesuatu perkara.

Semalam aku ada tengok video klip yang sungguh menyentuh hati dan perasaanku.Tiba tiba perasaan rindu menebal dalam diriku.Aku rindu suara mereka, wajah mereka, tawa mereka.Aku sedar bahawa kita sebagai seorang anak ,hendaklah menghargai kewujudan mereka yang istimewa dalam hidup kita.Paparan lip video ini saya perasan di blog Surau Al-Muhajirin USJ1








Selamat Tinggal Ibuku - video powered by Metacafe

Ya Allah dalam azam untuk menjadi seorang JUTAWAN ini aku mendoakan agar ibu bapa ku dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur. Aku ingin berbakti untuk mereka dan membalas jasa mereka ya Allah.JUTAWAN macam manapun tidak akan tenang dan selesa jika tidak mendapat restu ayah bonda ,apatah lagi keberkatan dari Illahi.

"ORANG YANG BERJAYA ADALAH ORANG YANG PEKAK"
-UNKNOWN-
-

Ya Allah makbulkan impianku untuk menjadi Jutawan..Amin

Salam Kejayaan

0 SILA KRITIK: