26 January 2009

BAGAIMANA UNTUK MENARIK PELANGGAN MENGGUNAKAN MEDIA SOSIAL

BAGAIMANA UNTUK MENARIK PELANGGAN MENGGUNAKAN MEDIA SOSIAL


Anda fikir Facebook hanya berguna untuk mencari rakan sekelas lama anda dan mencari rakan baru?Anda fikir Myspace hanya berguna sekadar untuk berkongsi lagu?Anda fikir blog sekadar jurnal online untuk berkongsi dengan satu dunia tentang apa yang anda makan, minum, atau siri televisyen kegemaran anda?Jika begitu, fikir sekali lagi. Kebanyakan usahawan-usahawan internet sekarang menggunakan semua medium di atas dan media sosial yang lain untuk membina jaringan yang besar pengikut (follower) atau bakal pelanggan mereka, menarik minat pelanggan tanpa melaburkan sejumlah wang yang banyak untuk tujuan pengiklanan dan melakukan dengan seronok tanpa ada rasa tekanan.


Tekanan di sini bermaksud mereka tidak merasa rugi jika keuntungan mereka sedikit atau tiada langsung kerana pengiklanan menggunakan media sosial adalah percuma dan mereka tidak perlu risau tentang kerugian. Di bawah merupakan antara tips-tips yang harus anda ambil peduli jika ingin berjaya dalam pemasaran menggunakan media sosial:


ANDA PERLU ADA PERANCANGAN

ISI KANDUNGAN ADALAH RAJA

BERI SEBELUM ANDA DAPAT

KEKALKAN KESEIMBANGAN ANTARA MEMBERI & PROMOSI DIRI

PERUNTUKKAN SUMBER ANDA DENGAN BIJAK


1 ANDA PERLU ADA PERANCANGAN


Pertama sekali, anda perlu kenalpasti bagaimana dan adakah media sosial sesuai dengan keseluruhan strategi dan perancangan anda. Adakah anda hendak membina list, menarik trafik ke laman web/blog anda atau kedua-duanya sekali? Anda perlu ingat, keseluruhan hasil atau keputusan anda menggunakan media sosial bergantung kepada kebolehan anda menukarkan trafik yang anda dapat kepada pelanggan berbayar anda. Untuk mendapatkan keputusan/hasil yang baik, anda perlu memikirkan proses perancangan secara keseluruhan daripada bergantung kepada media sosial sebagai “pil magik” anda.


2 ISI KANDUNGAN ADALAH RAJA


Terdapat satu teknik untuk meningkatkan populariti dalam media sosial:isi kandungan (content). Jika ada mampu untuk mencipta isi kandungan yang dapat menarik orang untuk membaca; isi yang dapat menarik perhatian, isi yang dapat menyelesaikan masalah pengguna, ada “x-factor” seperti sesetengah orang kata - anda akan mendapat jumlah pembaca setia yang ramai melalui jaringan media sosial. Isi kandungan atau sumber informasilah yang ramai orang akan cari di internet. Untuk menarik trafik ke laman web/blog anda menggunakan media sosial, anda perlu ada sesuatu yang orang lain amat tercari-cari dan perlukan.


3 BERI SEBELUM ANDA DAPAT


Media sosial juga adalah medium efektif untuk membina hubungan yang baik kepada sesiapa sahaja yang bakal menjadi pelanggan anda. Adalah baik jika anda beri sebelum anda dapat. Maksudnya di sini ialah beri sumber-sumber maklumat atau pun pemberian percuma seperti laporan, ebook atau pun perisian percuma sebelum anda mendapat wang dari mereka jika mereka menjadi pelanggan anda.


4 KEKALKAN KESEIMBANGAN ANTARA MEMBERI & PROMOSI DIRI


Jika anda mempunyai artikel baru yang telah anda hantar ke direktori, email ke jaringan media sosial anda dan beritahupembaca setia anda tentang artikel tersebut. Orang akan bosan jika anda asyik mempromosi untuk menjual produk andasahaja, tetapi jika melakukan perkara yang saya sebutkan seperti di atas, ini akan akan mewujudkan keseimbangan seperti apa yang dipanggil “memberi sambil mempromosi”.


5 PERUNTUKKAN SUMBER ANDA DENGAN BIJAK


Sumber yang saya maksudkan di sini ialah sumber wang dan masa.Seperti yang saya katakan tadi, media sosial tidak memerlukan sejumlah wang yang banyak untuk dilaburkan tetapi anda perlu melabur banyak masa jika anda tidak berhati-hati. Masa adalah emas dan amat berharga. Jadi, pastikan apa matlamat anda yang ingin dicapai dan peruntukkan masa anda dengan betul. Jika jumlah jaringan anda semakin berkembang, lantik seseorang sebagai pembantu media sosial anda dan anda pula boleh fokus kepada membina hubungan dengan bakal pelanggan atau pelnggan sedia ada.Media sosial boleh menjadi salah satu cara yang berkesan untuk mempromosi perniagaan anda, membina “contact” baru yang bernilai, dan mungkin siapa tahu, anda dapat melakukan jv.Jadi, cubalah myspace, twitter, facebook dll.Semoga berjaya!


- Shukor Subahir-


“FEAR KEEP PEOPLE SMALL,RUN TOWARDS YOUR FEAR EMBRACE THEM”



Semoga Allah memakbulkan impianku dan teman teman untuk menjadi usahawan berjaya dan jutawan yang membantu agama, bangsa dan negara.Amin.

Salam kejayaan

0 SILA KRITIK: