27 January 2009

USAHAWAN KAMPUS

USAHAWAN KAMPUS THE GOLDEN ERA


Pelajar dan mahasiswa hari sebenarnya adalah golongan yang cukup bertuah. Pada hari ini, ada banyak kemudahan yang disediakan dan yang boleh diambil kesempatan oleh pelajar untuk memulakan perniagaan (satu kisah benar menarik mengenai seorang selebriti saya akan cerita di akhir post ini).


Pertama, dulu di Universiti tidak ada internet dan kemudahan teknologi. Mahasiswa yang ingin menjalankan perniagaan biasanya terpaksa melibatkan diri dalam aktiviti perniagaan yang labor intensive yang mungkin akan menganggu pelajaran.


Sekarang, dengan adanya teknologi sebagai contoh, pelajar bukan sahaja boleh menjalankan perniagaan internet, tetapi menggunakan teknologi yang ada untuk membantu menguruskan akaun dan mengupah freelancers bukan sahaja di kawasan kampus tetapi di luar kampus. More talents, more quality for less money and less time!


Kedua, dahulu kerajaan tidak begitu fokus dalam melahirkan usahawan-usahawan dari kalangan siswazah. Kini porgram pembudayaan keusahawanan giat dijalankan. Bukan sahaja bantuan-bantuan yang serius dalam bentuk pinjaman dan geran disediakan, tetapi juga dari peraduan-peraduan yang boleh pelajar sertai. Kebanyakan pertandingan-pertandingan yang dianjurkan ini juga menawarkan hadiah yang menarik sehingga ribuan ringgit yang lebih dari cukup untuk memulakan perniagaan peringkat-kampus.


Ketiga, dahulu duit biasiswa pelajar tidak sebanyak hari ini. PTPTN tiada, Biasiswa yang lumayan cuma biasiswa Petronas dan Bank Negara sahaja. Tetapi kini, pinjaman MARA pun sudah hampir sama jumlahnya dengan biasiswa PETRONAS. Kebanyakan pelajar juga mendapat pinjaman PTPTN. Sudah kurang cerita-cerita kisah benar ibu bapa perlu bergolok bergadai tanah pusaka untuk menampung belanja anak di universiti. Ini mewujudkan “pasaran berduit” yang boleh dijadikan target market.


Bukan lagi satu rahsia contohnya, asrama adalah lubuk emas penjualan makanan. Makanan sedap ke, tak sedap ke, jika kena cara pemasaran gerenti habis. Seorang rakan sekelas saya, boleh upgrade kereta dari sekadar bermotosikal hanya dengan menjual nota fotostat kepada rakan sekelas lain.


Tinggal nak atau tidak sahaja.


Pelajar yang menjana pendapatan ribuan ringgit dari bisnes sampingan ketika masih menuntut sebenarnya bukan perkara baru. Chef Wan telah melakukannya lebih 20 tahun dulu ketika menuntut di Uitm. Sales beliau belasan ribu ringgit ketika melakukan direct selling untuk Avon. Pelanggan beliau bukan sahaja terdiri dari pelajar tetapi juga pensyarah (ada buat facial lagi). Dan beliau juga pandai mencari niche sendiri, beliau bermula dengan menjual kepada pelajar lelaki -yang ketika zaman itu trend metrosexual masih belum popular.


Nah, itu lebih 20 tahun dulu.


Jika sekarang kita masih beralasan, memang malu kita. Kita sepatutnya lebih baik



“IMAGINATION WILL OFTEN CARRY US TO WORLD THAT NEVER WERE,BUT WITHOUT IT WE GO NOWHERE.”


Semoga Allah memakbulkan impianku dan teman teman menjadi seorang usahawan dan jutawan.Amin.


Salam kejayaan.

0 SILA KRITIK: