26 January 2009

KUIH HARGA 10 SEN DI BAZAR RAMADAN

Jual Kuih Harga 10 Sen Di Bazar Ramadan!


Saya terbaca kisah ini dalam akhbar Utusan Malaysia yang mengisahkan dua beradik dari Baling, Kedah menjalankan bisnes jual kuih juadah berbuka puasa di Bazar Ramadan.

Punca bisnes kuih dua beradik dapat perhatian sehingga keluar di surat khabar adalah kerana mereka jual kuih pada harga yg paling minima iaitu 10 sen setiap satu.

Dahlah sekarang ni harga barang meningkat naik, bagaimana pula mereka ni jual pada harga yang amat rendah?

Sebenarnya dua beradik ni bijak kerana dapat baca suasana semasa. Ini analisis saya:

1. Sekarang ni musim inflasi. Orang pun semakin berhati-hati dalam perbelanjaan mereka. Jadi jual kuih pada harga 10 sen setiap satu pasti akan menarik minat pelanggan.

2. Saiz kuih jualan dua beradik ni kecil sedikit daripada saiz biasa tetapi tidak kompromi dari segi mutu dan rasa. Kos pun kurang sedikit. Lagipun sekarang ni kan bulan puasa... bagus juga makan kuih bersaiz kecil. Taklah nanti kita terlalu kekenyangan sangat.

3. Seperti yang selalu saya kata, kelainan pasti akan menarik perhatian dan minat pelanggan. Bisnes kuih dua beradik ni buktinya. Bisnesnya biasa sahaja, tetapi dengan sedikit gimik, strategi dan kelainan, bisnes kuih mereka ni dapat perhatian sehingga keluar surat khabar! Dah keluar surat khabar, lagi ramailah yang akan datang beli kuih mereka. Sebab apa? Sebab bisnes mereka berlainan dari kebiasaan. Orang pun pasti berminat nak tengok lebih dekat dekat.

Khabarnya mereka jual 22 jenis kuih dan purata keuntungan setiap jenis kuih adalah antara RM10 - RM15 sehari. Disebabkan keunikan bisnes mereka ini, gerai mereka laris dan jualan habis dalam masa yang amat singkat.


Mesej & pengajaran:
Kita boleh bisnes apa sahaja, tetapi pastikan anda memperkenalkan kelainan dan keunikan dalam bisnes anda itu.


"AKU TIDAK MEMILIH UNTUK MENJADI INSAN BIASA"


Semoga Allah memakbulkan impianku dab teman teman untuk menjadi usahawan dan Jutawan.Amin


Salam kejayaan



0 SILA KRITIK: