01 February 2009

MISKIN DAN KAYA

FROM E-CASH2U

Kali ini saya saya ingin kongsi mengenai kenapa orang kaya menjadi semakin kaya dan kenapa pula orang miskin menjadi semakin miskin. Memang banyak dapat di lihat hari ini golongan kaya ni semakin kaya raya dan golongan miskin pula semakin miskin walaupun telah bekerja keras. Cuba lihat beberapa senario di bawah:

Yang Kaya Semakin Kaya

  • Mereka tahu apa yang diperlukan atau ciri-ciri/prinsip-prinsip yang perlu dipegang untuk berjaya. Mereka mempunyai mindset untuk berjaya. Dengan pengetahuan ini, mereka hanya mengulangi benda yang sama berkali-kali, bertahun-tahun untuk menambahkan lagi pendapatan.
  • Mereka juga mempunyai pendapatan yang tinggi, oleh itu simpanan dan pelaburan juga tinggi. Contoh, pendapatan RM20,000 sebulan, sekiranya mereka menggunakan RM10,000 sebulan, masih lagi boleh menyimpan atau melaburkan RM10,000 setiap bulan. Sekiranya dilaburkan dalam ASB pun, jumlah itu akan menjadi lebih dari RM1 juta dalam masa kurang dari 6 tahun sahaja! Bagi yang berpendapatan RM30,000 pula, Sekiranya dapat melabur RM20,000 setiap bulan, dalam masa 3 tahun sahaja dapat mengumpul 1 juta!.
  • Orang kaya dapat menarik dan membina network dengan golongan kaya dan berjaya. Seseorang akan menjadi seperti bulatan kenalan mereka. Apabila bulatan kenalan adalah antara yang kaya dan berjaya, ia akan secara langsung menjadikan yang kaya lebih kaya oleh kerana peluang-peluang perniagaan melalui network mereka yang berjaya yang semakin besar.

Yang Miskin Menjadi Semakin Miskin

  • Kerana tidak menjumpai ciri-ciri atau prinsip menjadi kaya. Jadi, kemungkinan mengulangi perkara yang sama di dalam comfort zone mereka. Mereka tidak mempunyai mindset untuk menambahkan kejayaan & kekayaan.
  • Kerana bekerja kais pagi makan pagi, kais petang, makan petang. Tiada ruang untuk menyimpan atau melabur. Pendapatan bulanan sekadar cukup untuk perbelanjaan harian sahaja. Dalam masa bertahun-tahun, tiada pulangan pelaburan.
  • Apabila bulatan kenalan adalah terhad kepada lingkungan yang sama. Tidak dapat melihat peluang perniagaan dan tidak dapat peluang network yang luas di kalangan mereka yang berjaya.

Juga apabila masa berlalu, inflasi akan menyebabkan harga barangan & perkhidmatan bertambah. Ini akan mengakibatkan jurang kekayaan semakin jauh kerana harga barangan yang bertambah tidak effect pada mereka yang berada.

Namun perlu di ingat bahawa yang kaya boleh juga menjadi miskin dalam sekelip mata dengan ketentuan Ilahi. Yang miskin juga boleh menjadi kaya dengan usaha dan keredhaanNya.

Menurut Robert Kiyosaki:

“Orang kaya membeli aset, Orang miskin hanya mempunyai belanja, Kelas Menengah pula membeli liabiliti yang di anggap aset”

Sebab itulah kita lihat hari ini, golongan kaya menjadi semakin kaya dan golongan miskin pula menjadi semakin miskin.

0 SILA KRITIK: