02 February 2009

KISAH KEGAGALAN

Kisah Kegagalan Saya

Asmkm dan salam sejatera..

Salam ceria dan salam hebat luarbiasa..

Owh, saya amat girang hari ini..

Kali ini saya mahu berkata tentang kegagalan diri saya. Dah banyak kali saya gagal.

Saya belum lagi berjaya, bagi saya kejayaan yang saya usahakan ni tak berpenghujung, saya seorang yang tidak mudah berpuas hati. Ramai juga yang mengirim email mengatakan saya sudah berjaya.. belum lagi..

Kejayaan bagi diri saya, bila saya melihat Anda berjaya merubah diri Anda, attitude Anda, pemikiran Anda dan Anda sudah mampu mengawal kewangan, perhubungan dan memperbaiki kualiti diri Anda keseluruhannya. Itulah kepuasan sebenar dan takrif kejayaan bagi diri saya, sesungguhnya saya seorang yang tak pandai bersangka buruk dengan sesiapa.

Membesar dalam keluarga yang rata-ratanya Cikgu, jiwa saya dah terarah kepada bekerja untuk membimbing orang lain, khususnya Anda. Cuma, saya mahu melakukannya lebih dari pencapaian seorang Guru, saya mahu mesej-mesej motivasi saya sampai kepada lebih ramai orang, seramai yang mungkin.

Well, selama setahun saya dalam Internet marketing, banyak kegagalan yang saya temui. Bagi diri saya itu, bukan kegagalan, tapi keputusan yang tak mencapai apa yang saya targetkan.

Mengenai income bulanan saya, itu tidak penting. Jangan diperkatakan berapa income saya, pendapatan mingguan saya. Anda harus tanya diri Anda, berapa income Anda sehari, seminggu atau sebulan, berpuas hatikan Anda dengan income yang ada sekarang ini, atau hanya memerhati orang lain berjaya “buat duit” dengan model bisnes Internet mereka?

Dulu, saya gagal mengurus kewangan dengan baik, seorang yang boros, hidup tak berperancangan dan tiada haluan dalam bekerja. Saya hanya tahu bangun pagi, pergi kerja, pulang, rasa boring, tidur dan ujung bulan dapat gaji.

Itu saja, saya rasa bagai dalam satu kitaran. Bila “bulan tua”, berkira betul bila beli barang sebab duit yang ada cukup-cukup saja, bila dapat gaji pula mula tak berkira belanja sana sini. Bila hujung minggu, jalan-jalan, shoppping sana sini, ikut kawan bersukaria.

Saya rasakan hidup saya “statik” dan takde kemajuan. Saya tak nak begini 20 tahun akan datang.

Tanpa saya sedari, saya tidak tanam “pelaburan saham”dalam diri sendiri, saya kurang membaca, malas membaca bahkan tak pernah terfikir untuk membaca. Lepas habis study, saya berhenti belajar bahkan malas untuk belajar lagi, kalau majalah hiburan dan yang bukan ilmiah, tu saya baca, sebab ia menghiburkan!.

Kemudian, banyak masalah timbul. Kerja saya ada saja yang dikritik, itu salah, ini tak betul, ada saja yang tak kena dan kesannya, saya amat tertekan. Ini menyebabkan minda saya pada waktu itu fokus pada masalah, lepas satu masalah, timbul lagi masalah lain, kitaran ini berulang terus menerus. Masalah tek berhenti datang.

Saya bertanya pada alam kenapa hidup saya bermasalah. Why me? saya semakin tertekan bila rakan sekerja saya tiba-tiba bercuti tanpa memberitahu saya terlebih dahulu.

Akibatnya, bebanan kerja saya bertambah, saya lakukan 2 kerja sekaligus dalam 1 masa, sungguh tertekan saya ketika itu. Mana lagi dengan staf saya yang berperangai macam-macam. Adehhh.. pening.

Akibat dari rasa tertekan yang amat sangat, saya naik ke atas bukit dan berteriak sekuat-kuatnya.. tak dapat dibayangkan betapa stressnya saya. Namun, ilham timbul bila saya melihat pengemis-pengemis di tepi jalan.. saya tenung mereka satu persatu.

Lalu, timbul kesedaran dalam diri saya, berbanding dengan mereka, saya masih sihat, ada kerjaya dan masih muda, sekurang-kurangnya saya mampu membeli makanan dan mengisi perut 5 kali sehari, ada anggota badan yang lengkap dan ada tempat saya berteduh dari hujan.

Saya bersyukur kerana saya ada kawan sebilik yang amat memahami, gaji tetap tiap bulan dan keluarga di kampung yang sentiasa bertanya khabar saya.

Dari situ, saya mula mengorak langkah bertekad mahu mengubah diri saya, kewangan saya dan hidup saya keseluruhannya. Saya mencari-cari penyelesaian. Saya tahu, untuk ke arah itu saya perlukan motivasi.

Bermula di cyber cafe, saya subscribe pada analisa personaliti, horoskop, Chinese zodiac dan astrology serta numerology. Saya mahu kenali diri sendiri terlebih dahulu. Saya baca, analisa dan fahami dengan penaakulan sendiri.

Di kedai buku, saya mula asyik membaca buku-buku motivasi, di cyber cafe saya print artikel -artikel motivasi dan failkannya untuk saya baca berkali-kali di bilik saya, ketika bangun pagi dan sebelum tidur. Semangat berkobar-kobar mahu mengubah diri.

Perjalanan saya dalam dunia Internet bermula bila saya tak puas hati dengan gaji saya, saya mahu tambah lagi. Bahkan, saya mempersoalkan waktu kerja yang panjang tiap hari tapi gaji saya masih tak bertambah-tambah juga.

Selain itu, politik pejabat dan sering dibuli, diperkecilkan, diperlekeh, dipandang rendah dan diperbodoh-bodohkan oleh rakan sekerja membuatkan saya bertekad mahu bekerja sendiri. Saya dah muak diperlakukan begitu, saya tahu badan saya kecik saja, kurus dan rupa saya macam budak 17 tahun, tapi saya masih seseorang yang punya perasaan.

Terasa jengkel pula diperlakukan sedemikian, dalam ofis saya dipanggil “budak kecik”, selalu dipandang rendah dan dah sudah banyak kali, sudah tak terkira berapa kali saya diperbodoh-bodohkan.

Cukuplah.. saya diajar benda yang salah, diberi kuih yang dah basi, puch card saya disembunyikan (akibatnya, saya punch lewat! ) dan performance kerja saya direndahkan walau saya dah rajin amik overtime dan layan masalah pelanggan sehabis baik..

Saya tak tau kenapa saya selalu diperkecilkan sebegitu rupa..heran, mengapa mereka suka pandang rendah pada saya?

Di sinilah saya bertekad mahu mengubah hidup dan melihatkan pada mereka saya seorang yang berbakat besar, seorang yang rajin dan pancapaian saya lebih hebat daripada mereka nanti.

Berkat bekerja di pusat khidmat pelanggan Astro dan berpeluang berjumpa dengan ramai orang, saya bertanya pada mereka. Jawapannya..

Build Business. Bina punca pendapatan sendiri.
Cipta Multiple Source Of Income.

Untuk ke arah itu, saya dah gagal banyak kali.

Saya pernah gagal menguasai emosi sendiri, gagal mengawal perasaan sendiri dan pernah menganggap tuhan tidak adil kerana memberi saya masalah dan kegagalan.

Berkat dari masalah itu, saya menemui jalan yang betul.

Di situlah saya menganggap kegagalan “guru” yang paling ampuh ilmunya.

Dalam bekerja, saya pernah hingga 2 minggu tak mendapat satu pun order untuk eBook saya. Saya pernah melakukan kesilapan, bahkan terlalu banyak kesilapan!

Saya menghantar email pada customer saya, offer produk yang tidak berkaitan dengan apa yang mereka mahukan, semata-mata sebab saya terdesak, perlukan duit untuk bayar segala bil-bil saya.

Itulah kesilapan saya, saya mengiklan semata-mata mahukan mereka membelinya, jadi saya dapat duit. Ramai yang melakukan ini seperti yang saya lihat.

Mengiklan dengan membuta tuli, tanpa membuat sebarang kajian terlebih dahulu dan tanpa etika, saya terus hantar email kepada sesiapa saja, tanpa saya tau itu adalah SPAM.

Jadi, kepada Anda yang menghantar banyak iklan ke email saya, maaf, itulah kesilapan saya dulu, asyik menghantar email kepada orang yang saya tak kenali, semata-mata mahu dia timbul minat pada apa yang saya tawarkan padanya. Bahkan, saya meletak harapan tinggi penerimanya akan reply semula pada saya. Satu pun tiada!

Dalam sehari, lebih 30 iklan yang dihantar ke ask.shueqry@gmail.com, selain produk MLM yang berlevel-level, kerja sambilan dari rumah, peluang perniagaan baru, bisnes baru, randomizer baru, peluang bisnes prepaid, offer join Agloco, ajak join MyMode..

.. wang ehsan, produk 40 panduan buat duit, peluang bisnes gaya pos, gambar lucah, cerita-cerita erotis, offer software, offer join Myspace, join Friendster dan bermacam lagi email yang menjurus kepada iklan semata-mata.

Walau apa pun, saya dah share pada Anda kesilapan saya dulu, jadikan ia pengajaran buat Anda.

Jangan ulangi kesilapan-kesilapan ini.

Mulai sekarang, betulkan persepsi Anda pada kegagalan.

Ia guru yang paling power ilmunya!



0 SILA KRITIK: