31 August 2009

TINGKATKAN USAHA ATAU TINGKATKAN POTENSI


Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua teman teman.

Mungkin disaat ini masih ada yang menduduki alam persekolahan mahupun alam pembelajaran di universiti. Walaupun ada yang telah lama meninggalkan ya proses pembelajaran tetap berlaku dalm kehidupan kita seharian.

Penulisan kali ini akan membincangkan potensi diri dalam diri pelajar. Tidak kora samada yang menduduki Upsr, PMR , SPM mahupun penuntut di universiti yang menghadapi peperiksaan tahunan atau bulanan.

Dalam mencapai kejayaan dalam pendidikan anda juga memikul tanggungjawab sebagai harapan agama, bangsa, negara , keluarga dan masyarakat. Tumpuan yang penuh juga harus ditagih oleh pelajar ketiga guru mengajar.

Tingkatkan usaha ataupun tingkatkan potensi?

Pasti anda agak keliru dengan dua perkataan di atas iaitu usaha dan potensi. Pelbagai situasi yang sebenarnya berlaku dan boleh diambil contoh realistik dalam kehidupan sebagai seorang manusia. Bagi saya kedua dua nya adalah baik tetapi apa gunanya jika anda berusaha mati matian dengan sesuatu yang anda tidak dapat capai. Katakan anda mempunyai masalah dalam mengulangkaji dan anda terus mengulang kaji dengan cara yangsama sehingga tidak cukup tidur. Ia memang bagus tetapi itu adalah usaha yang sia sia. Oleh itu sya bersetuju dengan perkataan TINGKATKAN POTENSI walaupun anada mempunyai kekurangan yang bermaksud anda tidak sesuai dengan pendekatan yang anda lakukan, cuba gunakan potensi anda yang lain. Katakan anda suka mendengar, gunakan ianya sebagai cara untuk mengulangkaji seperti merakam semula suara anda membaca nota dan mendengarnya semula. Sekurang kurangnya anda telah menggunakan potensi anda. KEMBANGKAN POTENSI ANDA.

ANTARA CIRI CIRI YANG ADA PADA DIRI SEORANG PELAJAR CEMERLANG ADALAH.

· Menepati waktu belajar ditetepkan dan tidak ponteng sekolah/ kuliah

· Mendapatkan bantuan guru atau kawan kawan sekelas yang lain apabia gagal mengikuti kelas atas sebab sebab tertentu(apatkan penerangan atau nota yang tertinggal)

· Sering bertukar penapat dengan rakan rakandalam proses pembelajaan(melatih dan mengasah daya ketajaman pemikiran pelajar)

· Menyiapkan tugasan yang diberikan dalam tyempoh yang ditetapkan.

· Mengadakan ujian dan peperiksaan kendiri seperti dalam peperiksaan sebenar(pengukuhan pembelajaran)

· Mengikuti ceramah motivasi yang diadakn (melahirkan semangat) seperti teknik menjawab.

· Menghindari aktiviti tidak sihat atau melepak bersuka riatanpa faedah.

· Menjaga kesihatan tubuh badan dengan cara menghindari (junkfood, fast food, makanan di kedai kotor, jaga sepanjang malam, makanan tidak ditutup)

· Tunai kewajipan solat lima waktu bagi ysng buksn beragama Islam digalakkan sentiasa beribadat dan berdoa.

Walaubagaimanapun semua perkara yang dibincangkan sebenarnya adalah suatu tips sahaja malahan tidak berupaya untuk mengubah apa apa pada diri anda. Dan yang sebenarnya adalah datang dari isi hati an juga dalaman anda semua untuik melakukan suatu perubahan.

Segala perubahan yang hanya kita tiru dari mana tips tidak akan bertahan lama. Hanya pemahaman tentang diri sendiri serta kesedaran dalam diri mampu mengubah diri anda.

Sekian

Wasalam

p/s : sedikit rujukan di ambil dan di olah dari sumber akhbar Berita Harian



0 SILA KRITIK: