31 August 2009

JADI SEORANG EKSTREMIS



“Hidup ini melucukan; Jika anda menolak untuk menerima apa- apa selain yang terbaik, selalunya anda akan mendapatkanya”

Somerset Maugham

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Semoga hidup anda sentiasa ceria dan bersemangat dalam menempuh kehidupan sehari hari. Saya juga mendoakan agar kita sama sama dapat mengubah dunia ini dengan mengubah diri kita sendiri.

Pada penulisan ini ingin saya berkongsi dengan ideologi yang diperkenalkan Azizi Ali dalam bukunya yang bertyajuk Jutawan Ekstrem. Bukunya bukanlah mengejar duniawi , semata mata kerana wang. Tetapi beliau mengupas mengenai mentaliti sebagai seorang yang berjaya.

Janganlah kita menganggap ekstrem itu sebagai suatu yang negatif. Kehidupan ini mungkin agak sukar jika hanya hidup dengan bersederhana. Apakah yang akan terjadi jika seorang pakar bedah yang sedang menjalani suatu misi pembedahan dengan sederhana dan biasa sahaja. Apakah yang akan berlaku jika ajaran agama Islam yang dibawa oleh baginda nabi Muhammada S.A.W di sebarkan secara asederhana. Apakah yang akan terjadi pada anda jika hanya bersederhana dalam mengulangkaji. Pastinya pembedahan itu akan gagal, agama Islam tidak tersebar sehinngga 1/3 dunia, dan keputusan pepriksan yang cukup makan.

“jadilah seorang yang ekstremis kerana hidup ini terlalu singkat untuk menjadi orang biasa”

Azizi Ali

JAHANGIR KHAN

Beliau bukanya juara tetapi raja segala juara. Mengapa? Beliau memegang rekod kejohanan skuasy tanpa kalah sepanjang 500 perlawanan selama 5 tahun. Tidak pernah tewas walau dalam satu perlawanan. Saya ulangi, dia tidak pernah tewas dalam satu perlawanan pun. Keputusan perlawananya sentiasa 9-7, 9-1, 9-0 menjadi tanda perlawananya. Kita selalu lihat kebanyakanpemain hanya jadi hero untuk satu perlawanan sahaja, markah terdekat pihak lawan adalah pada set pertama. Tetapi 40 minit kemudian pihak lawan keletihan. Dan kemenagan milik beliau.

Rahsia kejayaan Jahangir adalah mudah, dia pemain yang bertenaga dalam perlawanan. Walaupun mampu memenangi perlawanan, dia gemar meletihkan pihak lawan. Kerap menghantar bola ke belakanhg gelanggang untuk meletihkan pihak lawan.

Pernah Jahangir datang ke Malaysia pada tahun 80 an dan ditemu ramah bagaimana beliau melakukanya. Jawapanya

“saya berlatih bersungguh sungguh. Saya bangun 5 pagi untuk sembahyang subuh dan selepas itu saya akan memulakan latihan. Hari hari saya akan memulakan latihan dengan berlari sejauh 7 batu, dikuti latihan kecergasan 400 meter, larian pecut di gelanggang dan latihan raket. Saya menjaga diet. Saya tidak merokok, tidak minum minuman keras, tidak pergi ke [esta pesta dan tidur pada pukul 8 malam dan saya melakukanya sebegini setiap hari”

Aduhai , caranya terlalu ekstrem.

LANCE ARMSTRONG

Beliau alah juara dunia lumba basikal apabila dia di diagnosis dengan kanser prostat pada oktober 1996. Lance Armstrong melakukan pembedahan untuk membuang buah zakar melalui proses kimoterapi (menyebabkan rambutnya gugur), melalui pembedahan otak dan berjaya.

Walaupun semua mendoakan umurnya panjang. Hanya sebilangan kecil saja yang berani mengambilnya berlumba semula apabila dia menyatakan hasratnya untuk kembali aktif. Malah dia juga digugurkan daripada pasukan lamanya.

Kanser itu membawa banyak kebaikan dalam dirinya. Sebelum kanser sifatnya selalu pemarah, keterlaluan, kuat bercakap, suka menunjuk dan atlit yang angkuh. Selepas mendapat kanser , dia mempelajari semangat kesukanan, kerjasama sepaukan dan memahami tentang cinta.

Kini belaiu memenagi Tour De France yang memerlukan kerjasama berpasukan dan membantu antara satu sama lain (200%). Lance armstrong yang individualistik tidak mungkin akan menang. Beliau sanggup tewas dalam beberapa pertarungan agar dia dapat memenangi pertarungan keseluruhanya. Dalam tahun 1999 belaiu dimahkitakan sebagai pemenang Tour De France serta 6 kali yang berikutnya.

Lance Armstrong ada menulis dalam bukunya bahawa

“ yang lain lain merupakan perkara kedua dan gangguan. Kami tidak melakikan apa apa. Kami tidak pergi kemana mana. Kami hanya makan dan kemudian terus tidur agar saya dapat bangun awal pagi dan berlatih semula. Itu merupakan rutin hidup kami selama beberapa bulan”

Sungguh ekstremis!

Sekian

Wasalam

p/s : sedikit rujukan di ambil dan di olah dari sumber JUTAWAN EKSTREM hasil penulisan Azizi Ali

0 SILA KRITIK: