14 August 2009

MEMERHATI DIRI SENDIRI

Assalammualaikum dan salam satu Malaysia pada anda semua.

Saya berharap anda berada dalam keadaan baik serta luarbiasa baik.

Dikesempatan untuk tread kali ini ingin saya kongsikan bersama mengenai satu topik iaitu “MEMERHATI DIRI SENDIRI”. Ianya bukanlah suatu yang asing malahan sering berlaku dalam diri kita Cuma kita tidak menyedarinya.Oleh itu kita akan membincangkan topik ini dari segi pandangan sudut positif dan negatif.

Ada prndapat menyatakan

Orang disekeliling memerhatikan diri kita. Mereka cuba membaca siapa diri kita yang sebenar”

Memang benar pendapat itu , malahan kita juga memerhatikan orang lain dan cuba untuk membaca siapa mereka. Tetapi yang sebenarnya yang turut berlaku ialah , kita juga memerhati diri kita dengan cuba membaca sendiri siapa diri kita yang sebenar.

Sejak kecil kita dah pandai untuk memerhati. Kita tahu samada kita anak orang kaya ataupun miskin, kulit cerah ataupun gelap dan seterusnya.


Kita memerhatikan diri sendiri dengan membandingkan diri kita dengan orang lainyang ade di sekeliling kita. Malahan kalau kita tidak berbuat demikian kita tidak tahu siapa diri kita serta tidak memahami perilaku kita sendiri.

Perbuatan membandingkan diri dengan orang lain sebenarnya menimbulkan kesan yang menarik, Ingin tahu mengapa?

Dalam satu uji kaji, sekumpulan subjek diberitahu untuk ditemuduga bagi mengisi suatu jawatan. Subjek tadi dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama diperkenalkan dengan calon lain yang nampak impresif(berkelayakan) untuk jawatan. Manakala kumpulan kedua diperkenalkan dengan calon yang kelihatan tidak layak langsung untuk jawatan tersebut.

Tiap tiap subjek diminta untuk mengisi borang yang dapat mengukur estim diri masing masing sebelum dan sesudah temuduga.

Hasilnya....

Hasil ujikaji menunjukkan estim diri bagi kumpulan satu yang diperkenalkan dengan calon yang impresif itu merosot selepas temuduga. Manakala estim diri kumpulan dua yang diperkenalkan dengan calon lain yang tidak layak pula meningkat. Dapatkah anda membuat kesimpulan daripada hasil ujikaji tersebut? Ujikaji ini menunjukkan cara kita membanding bandingkan diri kita dengan orang lain dan kesan konsep itu pada diri.

Persoalanya...

Mengapakah selalu kita perhatikan disekeliling orang lain melebih lebihkan sifat yang ada pada diri mereka? Jikalau mereka pandai, dikatkan mereka sangat pandai, kalau masakan mereka sedap , mereka mengatakan makanan mereka sangat sedap. Senag cerita suka perasan lebih la. Sebagai orang asing kita tahu mereka taklah begitu hebat sebagaimana mereka rasakan, adakah kita juga seperti itu merasakan diri hebat dari sebenarnya.

Oleh sebab kita henak disukai oleh orang ramai memang gejala mengherot perotkan persepsi perilaku kita kepada lebih baik. Kita hanya mahu orang melihat diri kita adalah yang terbaik. Ianya konsep diri yang ingin kita miliki upayua diri kita diterima orang lain.

Kajian pakar pakar psikologi,,,

Mendapati bahawa apabila kita mengukur diri sendiri kita membuat ukuran yang lebih positif dari nilai kita yang sebenar. Katakan nak mengukur sifat pemaaf, pasti kita memberi 9/10 walaupun sebenarnya adalah 5/10.

Meskipun..

Kebanyakan orang melebih lebihkan penilaian terhadap diri sendiri, hanya segelintir sahaja yang menilai diri mereka secara lebih negatif dari diri sebenar. Walaupun tak gemuk tetapi dia menilaikan dirinya kepada tanggapan yang lebih negatif,

Kesimpulan dari perbincangan ini , manusia mempunya pemikiran yang berbeza. Konsep yang melebih lebihkan diri sendiri ini dicipta oleh diri sendiri dan mempunyai sebab yang tersendiri.

Moga daripada artikel ini kita dapat mempelajari bagaimana cara kita berfikir.

Sekian

Wasalam

p/s : sebahagian maklumat artikel ono diperolehi daripada rujukan “Anda Berfikir, Bagaimana?” yang ditulis oleh Ainon Ahmad dan Abdullah Hassan.



0 SILA KRITIK: