31 August 2009

KUASA H2O


Assalammualaikum dan salam sejahtera, semoga anda semua dalam sihat walafiat. Terima kasih kerana sudi untuk memperolehi manfaat dari blog ini.

Isu air menjadi satu isu yang cukup hebat diperkatakan ketika ini kerana kehidupan manusai semakin terancam untuk mendapatkan bekalan air yang bersih . oleh itu terdapat beberapa fakta yang kita boleh berkongsi bersama.

· 65%-70% badan manusia adalah air

· 75% daripada otak manusia adalah air

· 97% air di dunia adalah air laut (air masin)

· 3 % adalah air tawar dan daripada jumlah ini hanya 0.3% adalah air permukaan yang boleh digunakan oleh manusai.

· Manusia hanya boleh hidup tanpa air selama 5-7 hari

· Pengguna Malaysia menggunakan 15 hingga 18 billion m3 untuk kegiatan tahunan tetapi air hujan yang diterima di Malaysia yang tidak digunakan adalah 990 billion m3

Bagaimanakah dengan kesedaran kita sebagai pengguna dan juga pencinta alam. Sebolehnya hendaklah anda menganggap diri anda juga penting dalam menyumbang usaha untuk menjaga sumber air kita. Jika semua berfikiran begitu maka nikmat ini akan dapat dirasai sehingga generasi akan datang.

ANTARA YANG DAPAT ANDA PERLU LAKUKAN ADALAH

· Jangan membuang sampah ke sungai , tasik , dan sumber air yang lain.

· Gunakan bahan pencuci yang mesra alam (elak pencemaran air)

· Elakkan penggunaan bahan racun komia dan racun perosak

· Jangan buang minyak ke dalam longkang atau singki (minyak tidak terbiodegradasi dengan senang)

· Laporkan kepada pihak berkuasa tempatan jika terdapat aktiviti pembuangan haram

· Pastikan air kumbahan dirawat sebelum dilepaskanke dalam sungai

· Jalankan aktiviti gotong royong untuk menjaga kebersihan sistem pengaliran di tempat tinggal anda

· Jimatkan penggunaan air (mengurangkan kos tinggi untuk perawatan air)

Terdapat banyak cara untuk kita menjaga sumber air kita. Walaupun anda tidak mampu untuk melakukan kesemuanya anda boleh mengamalkanya serta mempraktikanya. Selaintu anda juga boleh menyumbang saran dalam organisasi anda untuk menjayakan kempen ini.

Sekian

Wasalam

p/s : sedikit rujukan di ambil dan di olah dari sumber akhbar Berita Harian

0 SILA KRITIK: