Showing posts with label UNIT TRUST. Show all posts
Showing posts with label UNIT TRUST. Show all posts

10 February 2009

Pengeluaran Wang Akaun 1 KWSP Untuk Melabur.


Pengeluaran Wang Akaun 1 KWSP Untuk Melabur.

Pengeluaran Wang Akaun 1 KWSP Untuk Melabur.

Kelayakan Pengeluaran Caruman Akaun 1 KWSP Untuk Dilaburkan

Ramai yang tidak mengetahui bahawa apabila wang akaun 1 KWSP telah melebihi had Simpanan Asas yang ditetapkan, maka lebihan tersebut boleh dikeluarkan untuk dilaburkan. Ini untuk memberi peluang kepada pencarum mendapatkan ruang pelaburan altenative untuk mengembangkan wang bekalan hari tua mereka.

Apa iti simpanan asas? Simpanan asas adalah jumlah simpanan yang ditetapkan mengikut umur bagi membolehkan pencarum KWSP memperolehi simpanan sekurang kurangnya RM120,000 pada umur 55 tahun. Ahli boleh melabur simpanan dalam Akaun 1 yang melebihi simpanan asas dalam produk dan menerusi insititusi pelaburan yang diluluskan oleh Menteri Kewangan.

Kaedah pengiraan baru ini telah dikuatkuasakan pada 1 November 2007 dan memperkenalkan Simpanan Asas bagi menentukan amaun yang layak

dilaburkan oleh ahli daripada Akaun 1 di bawah Pengeluaran Pelaburan Ahli (PPA)

Jumlah Simpanan Asas Dalam Akaun 1 KWSP

Umur (Tahun)

Simpanan Asas (RM)

18

1000

19

2000

20

3000

21

4000

22

5000

23

7000

24

8000

25

9000

26

11000

27

12000

28

14000

29

16000

30

18000

31

20000

32

22000

33

24000

34

26000

37

34000

38

37000

39

41000

40

44000

41

48000

42

51000

43

55000

44

59000

45

64000

46

68000

47

73000

48

78000

49

84000

50

90000

51

96000

52

102,000

53

109,000

54

116,000

55

120,000

Syarat-syarat yang di tetapkan:

1) Melalui 1 Februari 2008, ahli boleh melaburkan wang simpanan di akaun 1 KWSP ridak melebihi 20% daripada jumlah simpanan yang melebili Simpanan Asas.

2) Pelaburan boleh dibuat setiap 3 bulan sekali dan jumlah minima pelaburan setiap kali adalah RM 1,000.00

Mari kita lihat contoh biar lagi jelas dan lebih mudah memahami.

Kes 1

Ahmad berumur 20 tahun dan simpanan di Akaun 1 adalah RM 2,000 ringgit. Jumlah simpanan asas adalah RM 3,000. Jadi kurang RM 1,000 ringgit. Maka Ahmad masih belum layak untuk melabur.

Kes 2

Abu berumur 23 tahun dan mempunyai wang simpanan di akaun 1 sebanyak RM10,000 ringgit. Jumlah simpanan asas adalah untuk usia 23 tahun adalah RM 7,000.

Jadi:

RM 10,000 – RM 7,000 = RM 3,000

RM 3,000 x 20% = RM600

Maka Abu masih belum layak melabur kerana jumlah minima pelaburan adalah RM1,000.

Kes 4

Nasir berusia 42 tahun. Jumlah simpanan wang di akaun 1 KWSP adalah RM70,000. Jumlah simpanan asas untuk mereka yang berusia 42 tahun adalah RM51,000.

Jadi:

RM RM70,000 – RM51,000 = RM19,000

RM19,000 x 20% = RM3,800

Maka Nasir layak untuk melabur sebanyak RM3,800 daripada jumlah wang akaun 1 yang dia ada.


Bagaimana Memilih Akaun Pelaburan Unit Trust



Bagaimana Memilih Akaun Pelaburan Unit Trust

Assalammualaikum dan selamat sejahtera semua. Kali ini saya ingin menerangkan mengenai pemilihan akaun pelaburan di unit trust. Dah sedia? GO!


Apakah sebab kita patut menyimpan & melabur?

1) Sebagai tabung kecemasan – Dari segi psikologi manusia perlu rasa selamat terhadap bencana kewangan seperti rawatan penyakit, kemalangan dan kena buang kerja.

2) Sebagai alat untuk memenuhi wawasan kewangan seperti tabung pendidikan sendiri/ anak, kenderaan peribadi baru, percutian atau cengkeram pembelian rumah.

3) Sebagai tabung untuk hari tua atau sebagai penambahan kepada bayaran pencen / tabung KWSP.

4) Sebagai satu jambatan untuk menghasilkan lebih wang tampa bekerja sendiri.

Sebelum melabur atau menyimpan ada baiknya pelabur mempartimbangkan faktor-faktor berikut:

1) Dimanakah kedudukan pelabur dalam kitaran hidup?

2) Apakah risikonya?

3) Bagaimanakah kesan inflasi terhadapnya?

4) Bolehkan ia dicairkan?

5) Berapakah harga pulangannya?

6) Perlukah dilakukan pemelbagaian (diversification)?

Berikut adalah contoh kedudukan pelabur berdasarkan faktor umur dan kehendak mereka:

1) Pesara:

- Contoh Wawasan: melindungi modal dan memaksimumkan pendapatan

- Langkah yang diambil: Pilih pelaburan selamat seperti unit amanah yang bermotifkan pendapatan, akaun mudharabah dan saham blue-chip. Sentiasa pantau kadar pendapatan yang diterima dari potfolio pelaburan. Untuk mengatasi inflsi sebahagian kecil modal patut dilaburkan dalam tabung lebih berisiko.

2) Pasangan dengan anak dewasa

- Contoh Wawasan: Untuk Persaraan

- Langkah yang diambil:Simpan sebahagian wang dalam peaburn yang konservatif/ berisiko rendah. Kalau dari golongan kaya boleh gunakan pelaburan berisiko lebih tinggi. Pasangan dengan anak belasan tahun menyediakan tabung untuk bayaran bil pengajian yang tinggi. Mengkaji sumber-sumber bantuan kewangan / pinjaman yang ada. Memantau semua simpanan yang ada samaada mencukupi. Jika tidak mungkin berusaha menambahkan pandapatan.

3) Pasangan dengan anak bersekolah

- Contoh Wawasan: Tabung pendidikan dan tabung percutian

- Langkah yang diambil: pastikan sudah ada tabung tunai untuk kecemasan dahulu sebelum mula melabur dalam alat pelaburan yang mempunyai nilai pulangan yang tinggi seperti unit amanah pertumbuhan (grows funds). Tujuannya untuk mengatasi inflasi. Pelabur yang mempunyai selera risiko yang tinggi boleh menggunakan unit amanah pertumbuhan yang lebih aggresif.

4) Pasangan dengan bayi/anak kecil

- Contoh Wawasan: Rumah yang lebih bagus

- Langkah yang diambil: Pilih rumah yang sesuai – boleh jadi tempat tinggal serba boleh juga dijual bila anak-anak sudah berkahwin. Sebelum melabur pastikan sudah ada tabung kecemasan tunai bernilai 3 bulan gaji, insuran pendapatan, dan insuran perubatan. Pelaburan digalakkan dalam unit amanah jenis berimbang (balance fund) atau ASB.

5) Bujang

- Contoh Wawasan: Kereta, rumah

- Langkah yang diambil: Elakkan tabiat belaja berlebihan dengan mengabil skema pelaburan ’paksaan’ secara potongan gaji dalam akaun insuran/ takaful. Untuk wawasan jangka pendek sebahagian besar dari baki simpanan harus diletakkan dalam akaun-akaun yang menjamin modal. Baki kalau ada barulah melabur dalam unit amanah.

25 January 2009

PELABURAN UNIT TRUST

Apa Kepentingan UNIT TRUST kepada anda?

1.Dana/Wang Persaraan (Retirement Planning)

Jika anda memandang serius ke arah kewangan yg terancang dan sistematik,UNIT TRUST adalah pilihan yg tepat sebagai salah satu pelaburan untuk simpanan hari tua anda.Jika anda mengambil kira faktor di bawah ini adakah simpanan anda sekarang mencukupi untuk menampung perbelanjaan hari tua anda?

a.-Inflasi

-Katakan kadar inflasi sekarang 4% setiap 5 tahun,dlm masa 15-20thn inflasi menjadi 12%.Adakah simpanan anda cukup untuk menentang kadar inflasi dlm masa 15-20 thn akan datang?Apa akan jadi kalau harga minyak dijangka naik dan terus naik?Fikirkanlah...

b.-Umur yang panjang

-Secara purata dgn kemudahan perubatan yg ada sekarang seseorang itu mampu untuk hidup selama 70 tahun ke atas.Untuk kehidupan yang selesa,setiap 5 tahun persaraan kita memerlukan sekurang-2nya RM80,000.20 tahun bererti kita memerlukan RM320,000.00.Adakah kita perolehi simpanan sebanyak itu untuk bersara?

c.-Kos persaraan yang tinggi

-Secara umumnya kita memerlukan wang yang banyak untuk membiayai pelbagai kos seperti kos perubatan untuk mengubati penyakit hari tua kita,kos perbelanjaan harian/bulanan,kos yuran pembelajaran anak,kos tempat tinggal,kos perlancongan (ibadat haji),kos perjalanan dan sebagainya.Berdasarkan kos tersebut kita memerlukan sekurang-2nya 70% dari gaji bulanan untuk menampung setiap bulan.Adakah pencen anda mencukupi?

d.-Pengurusan sumber kewangan

-Menurut laporan akhbar THE STAR 23/1/2002...Sejumlah 72% pencarum KWSP membelanjakan wang mereka dalam masa 3 tahun sahaja.Ini bererti wang caruman KWSP tidak mencukupi untuk menampung kos kehidupan selepas bersara.Maknanya anda terpaksa bekerja lagi selepas bersara.Adakah ini dinamakan Persaraan?SUDAH BERSARA TETAPI MASIH BEKERJA


2.Tabung Pendidikan Anak (Children Education Planning)

-Salah satu tanggungjawab anda kepada anak ialah menyediakan pembelajaran untuk mereka.Demi masa depan anak-2 yang anda sayang sudah tentu anda mahukan mereka belajar hingga keperingkat universiti.Bayangkan kos terpaksa anda tanggung pada masa akan datang,jika anda tidak bertindak untuk menabung sekarang.Apa yang berlaku akan datang bergantung apa yang anda lakukan sekarang!


3.Faedah Perubatan (Medical Benefit)

-Jika anda tidak dilindungi insurans,maka anda terpaksa menyediakan sejumlah wang yang banyak untuk menampung kos perubatan seperti serangan penyakit tidak terjangka, kritikal/kronik yang memerlukan pembedahan,kemalangan dan sebagainya.Apa tindakan anda seterusnya?Pinjaman dari bank dgn faedah yang tinggi?


4.Peluang Melancong (Travelling Expense)

-Tempat-2 yang menarik di Malaysia dan di dunia,sudah pasti menjadi idaman anda sebagai destinasi perlancongan.Bagaimana anda hendak mengecapi impian anda untuk melancong sekiranya struktur kewangan adalah terhad?Jadi usahakan wang anda supaya ia bekerja lebih untuk anda.


5.Peluang Perniagaan (Bussiness Opportunity)

-Jadikan pelaburan anda hari ini sebagai modal untuk memulakan perniagaan baru atau membesarkan operasi kepada perniagaan sediada.Rebutlah peluang untuk menggandakan wang ada.


6.Program Penahanan Pekerja (Employee Retention Program)

-Majikan yang ingin kekalkan pekerja mereka yg berkualiti/mahir terus menyumbang produktiviti syarikat,program ini adalah sesuai dan direka khusus bagi menjamin kesetiaan pekerja kepada majikan.

Bagaimana UNIT TRUST berfungsi?

Anda atau Pemegang Unit beserta pemegang unit lain melabur sejumlah wang tertentu didalam dana tertentu yg dikawalselia oleh pemegang amanah(trustee) seperti Amanah Raya Berhad dsb utk dilaburkan oleh pengurus dana (fund manager) ke pasaran ekuiti(KLCI),bond dan pasaran wang selaras dgn portfolio dana tertentu.Hasil keuntungan dari pelaburan setahun akan diisytiharkan bonus dan dividen dan ia diagihkan kepada anda serta pemegang unit yang lain.

Berapa pulangan hasil pelaburan dari UNIT TRUST?

Secara purata antara 8 hingga 15 peratus setahun.Pelaburan mesti berasaskan tempoh antara 3-5 tahun untuk menikmati hasil pulangan yang dinyatakan tersebut.Jika anda menyimpan dalam simpanan tetap(FD)dgn purata pulangan setahun 4%,anda terpaksa menunggu 18 tahun utk menggandakan simpanan anda.(berdasarkan peraturan 72)

Bagaimana Cara Untuk Mengaut Keuntungan Dalam UNIT TRUST?

Senang sahaja.Anda harus bersabar kerana pelaburan ini mengambil tempoh antara 3 hingga 5 thn.Anda perlu patuhi 3 peraturan keemasan (3 golden rules)dibawah ini:-

Pertama anda hendaklah kerap melakukan penambahan pelaburan kerana ini mengurangkan kos unit yang anda beli.Anda terapkan purata nilai ringgit(Dollar Cost Averaging)didalam pelaburan anda.

Kedua sentiasa berhubung dgn konsultan untuk mengetahui status pelaburan anda. Sebaik-baiknya 3 bulan sekali.

Ketiga keluarkan semua pelaburan anda apabila anda sudah mencapai target (8-15%)setahun.Konsultant akan memberi nasihat kepada anda

SURAT TERBUKA DARIPADA PENASIHAT UNIT AMANAH

Ke hadapan Tuan Ismet Ulam Raja yang dihormati,



Merujuk kepada perbualan telefon kita tempohari, saya akui Tuan adalah 100 peratus benar mengatakan di mana ketika pasaran saham menaik, kesemua syarikat unit amanah akan mencanangkan bahawa produk mereka lah yang terbaik. Sebagai seorang pelabur yang prihatin, Tuan juga ingin tahu apa yang bakal terjadi sekiranya pasaran saham merudum. Berdasarkan sejarah pelaburan unit amanah, kita boleh gunakan contoh tahun 1993 (tahun terbaik), 1987 dan 1997. Semua data-data sudah saya kemukakan semasa perjumpaan kita dahulu.


Sila ambil perhatian bahawa pelaburan unit amanah tidak sama seperti pelaburandi Bursa Malaysia. Unit amanah ini adalah satu bentuk pelaburan yang berobjektifkan sederhana dan jangka panjang. Strategi pelaburannya pula adalahpelbagai kerana lain dana, lain pula strategi pelaburannya.


Suka saya memaklumkan kepada Tuan, bahawasanya kami sebagai penasihat unit amanah bukan orang yang bertanggungjawab di dalam pengurusan strategi pelaburan untuk setiap dana. Pengurus Dana (Fund Manager) yang dibayar gaji inilah yang akan melakukan segala bentuk strategi. Mereka ini bekerja sepenuh masa, bertaraf profesional dan mempunyai tauliah akademik serta berpengalaman luas dalam bidang pelaburan. Wang Tuan bersama pelabur-pelabur lain dikumpulkan sehingga menjadi jumlah yang besar dan dengan wang inilah mereka mampu mempelbagaikan strategi instrumen-instrumen pelaburan. Antara instrumen yang digunakan adalah seperti pasaran wang (money market), sekuriti dan bon kerajaan, ekuiti dan pasaran hartanah (property).


Apabila pasaran saham menaik atau menurun, pengurus-pengurus dana akan melakukan penyelidikan bagi merekabentuk strategi yang terbaik bagi memaksimakan kadar pulangan kepada para pelabur yang telah menyerahkan kepercayaan mereka terhadap pelaburan yang diuruskan oleh individu profesional ini. Akan tetapi, bukan itu sahaja caranya syarikat unit amanah menguruskan wang para pelabur.

Kepelbagaian



Unit Amanah amat sesuai kepada para pelabur yang tidak mempunyai masa, pengetahuan dan wang yang banyak untuk memilih dan mempelbagaikan pelaburan mereka. Daripada memandai-mandai untuk cuba menguruskan sendiri, para pelabur mengamanahkan duit mereka kepada pengurus pelaburan dengan mengorbankan sedikit kos iaitu kos pengurusan (sekitar 6.5%). Lagipun, wang ‘kutu’ ini pun tidak disimpan atas nama syarikat unit amanah tetapi diawasi dan dipantau oleh Pemegang Amanah (contoh: Amanah Raya Berhad). Tidak cukup dengan itu, Suruhanjaya Sekuriti (SC) pula bertindak menjadi ‘polis’ untuk memerhatikansekiranya berlaku sebarang penyelewengan. Ini semua dilakukan untuk melindungikepentingan para pelabur seperti Tuan juga. Saya rasa setakat ini Tuan sudahboleh membezakan antara unit amanah dengan saham.


Seterusnya, saya akan terangkan perbezaan antara penasihat unit amanah dengan ‘remisier’. Penasihat unit amanah seperti saya ini bukannya seorang remisier.Tugas saya adalah untuk menasihati para pelabur unit amanah tentang aspekperancangan strategi kewangan untuk mencapai matlamat pelaburan mereka khususnyasimpanan yang melebihi 5 tahun. Objektif kewangan sedemikian biasanya berkaitan dengan tabung pendidikan anak-anak dan persaraan. Sumber wang pula boleh diperolehi melalui wang tunai atau pun skim KWSP (Akaun 1). Kebetulan memang adaremisier yang juga seorang penasihat unit amanah. Namun ingin saya nyatakan bahawa saya tidak layak dan tidak akan membantu Tuan dalam urusniaga saham-saham di Bursa Malaysia.


Tuan juga ada bertanya tentang dana (bukan saham ye) apa yang boleh saya cadangkan. Ini berbalik semula kepada profil kewangan dan keperluan Tuan. Sebagai contoh, saya tidak boleh mencadangkan Dana Ekuiti kepada Tuansekiranya tahun depan Tuan akan pencen. Begitu juga kepada bakal pelabur yang berumur lewat 20-an, saya juga tidak akan mencadangkan Dana Bon di mana pulangannya agak rendah. Ini kerana memandangkan umur beliau masih muda, beliau berpeluang memperolehi pulangan yang tinggi dengan mengamalkan simpanan secara berkala untuk jangka masa yang lama melalui pelaburan yang berisiko lebih. Harap Tuan jangan mengikut saranan saya tanpa usul-periksa. Sila baca prospektus yang saya berikan untuk rujukan Tuan, terutamanya bab-bab berkaitan dengan ciri-ciridana secara terperinci. Sekiranya Tuan berpuashati dengan maklumat yang diperolehi, Tuan boleh pertimbangkan pengetahuan Tuan dengan cadangan yang telah saya kemukakan. Sekiranya masih ada keraguan, kita
boleh bincangkannya dengan lebih lanjut lagi.


Pelabur Bijak

Selagi kita mempunyai masa, kita mesti memaksa wang yang kita ada sekarang untuk bekerja dengan sekeras-kerasnya. Situasi ini sama teruknya dengan cara kita berhempas-pulas mencari rezeki untuk menampung diri sendiri dan keluarga. Dengan kadar inflasi dan kos perkhidmatan serta harga barangan pengguna yang melambung tinggi sekarang, wang kita tidak boleh dilonggokkan begitu sahaja dalam akaun simpanan biasa (cth: bank atau tabung haji) atau simpanan tetap. Begitu juga dengan simpanan (Akaun 1) di KWSP. Jangan hanya dibiarkan begitu sahaja sehingga pencen. Sekiranya ASB boleh memberikan pulangan purata tahunan 10 peratus atau KWSP sebanyak 5 peratus, laburkanlah sebanyak mungkin ke dalam unit amanah untuk memaksimakan lagi pelaburan tersebut. Hidup
ini memerlukan kepelbagaian. Lakukan yang terbaik kerana segala keputusan yang kita buat sekarang bakal mengubah gaya hidup kita pada masa akan datang.


Sebagai penutup, kita tinjau sedikit kata-kata nasihat tentang konsep kepelbagaian (diversification). Pepatah Inggeris ada menyebut “Don’t put your eggs in ONE basket”. Dalam Al-Quran pula ada dinyatakan dalam Surah Yusuf,ayat 67 yang bermaksud:


“ Wahai anak-anakku! Janganlah kamu masuk (ke Bandar Mesir)melalui sebuah pintu sahaja tetapi masuklah melalui beberapa buah pintu yangberlainan…”





Yang benar,

Sadiq Segaraga@ Sadiq Sepakraga
Penasihat Unit Amanah Berlesen