Showing posts with label KREATIF. Show all posts
Showing posts with label KREATIF. Show all posts

27 January 2009

SPOOKSTERS TOUR

SPOOKSTERS TOUR

Ini juga satu idea bisnes yang menarik!

Seorang lelaki Serani bernama Francis bekerja sebagai seorang Tour Guide sambilan dengan sebuah agensi pelancongan tempatan di KL. Bergaul dengan para pelancong luar saban hari, beliau mendapati kebanyakan pelancong barat mengharapkan sesuatu kelainan dalam lawatan mereka ke KL, terutamanya pada waktu malam. Maklumlah setakat pusat membeli-belah, disko dan kelab malam tu dah memang budaya dan kebiasaan di negara asal mereka.

Pada satu ketika, beliau mendapat ilham bagaimana untuk memenuhi kehendak para pelancong berkenaan. Beliau menubuhkan sebuah syarikatnya sendiri bernama Spooksters Enterprise dan bermodalkan sebuah van second hand, beliau memulakan bisnes tour guide sendiri.

Francis secara peribadinya adalah peminat cerita-cerita seram dan hantu. Sebagai anak jati KL, beliau tahu di mana kawasan yang berhantu dan menyeramkan. Dari itu, beliau menawarkan lawatan ke tempat yang menyeramkan kepada para pelancong dengan bayaran RM168 seorang pada satu sesi lawatan.

Ternyata idea Francis itu memuaskan hati para pelanggannya kerana lawatan yang meremangkan bulu roma itu adalah sesuatu yang baru dan menjadi kenangan kepada para pelancong berkenaan.

Rakan-rakan beliau di agensi pelancongan menyokong bisnes ini dengan mempromosikannya kepada pelancong di agensi mereka dan lebih menarik, pelancong yang telah mendapatkan khidmat Francis selalunya memberitahu pengalaman mereka kepada rakan-rakan di negara masing-masing. Sudah tentunya mereka mencari Francis dalam kunjungan mereka ke KL.

Apa yang bagusnya, Francis menjalankan bisnesnya ini hanya pada waktu malam dan beliau masih menjalankan tugas sebagai tour guide sambilan di agensi pelancongan pada siang harinya!

Syabas Francis!



Mesej & Pengajaran :
*Sentiasa kenalpasti kekurangan atau kelemahan dalam pasaran sedia ada.
*Cari jalan untuk menawarkan perkhidmatan anda dengan mengatasi kekurangan atau menyelesaikan permasalahan sedia ada.
*Cari kelainan! Sudah tentulah dengan idea-idea kreatif dan luar biasa..!!



Oleh: Tazilan Ibrahim

IDEA YANG TAK TERLINTAS DI FIKIRAN!

IDEA YANG TAK TERLINTAS DI FIKIRAN!

Apabila kilang tempatnya bekerja tutup operasi, Pn. Rozita terpaksa menjual nasi campur di kawasan kediamannya, Taman Rasah Jaya, Seremban untuk mencari pendapatan menampung kehidupan. Kewujudan banyak bisnes kecil-kecilan seumpamanya menyebabkan jualan Rozita kurang memuaskan. Apatah lagi, gerai nasi campur lain seakan-akan ada pelanggan setia masing-masing. Sukar rasanya hendak bersaing.


Rozita tahu beliau mesti cari jalan lain untuk meneruskan bisnesnya. Berbekalkan panduan ebook yang diperolehinya dari laman web www.ideaBISNESluarbiasa.com (ehem..ehem), Rozita cuba mengenalpasti kelainan yang boleh ditawarkannya. Bila berhubung melalui email, penulis menasihatkannya agar mencari lokasi yang tak mungkin para pesaingnya pilih sebagai tempat bisnes disamping mencari produk makanan yang belum ada di tempat baru tersebut.


Secara gila-gila dan berjenaka, penulis berkata, "Cubalah bisnes kat restoran cina!". Rozita tak menjawab email saya, marah agaknya. Selang 2 minggu selepas email mengarut saya itu, Rozita email saya semula dan memberitahu beliau dah mula bisnes di Food Court cina berhampiran rumahnya! Rozita merupakan satu-satunya peniaga Melayu di Food Court tersebut. Beliau jual makanan tradisi Melayu seperti nasi serai, nasi tomato, nasi minyak dan pelbagai jenis rendang.


Jualannya laris! Dengan gembira Rozita menyatakan, beliau tak sangka orang cina sebenarnya suka gila dengan masakan Melayu, terutamanya rendang ayam! Tak menang tangan dibuatnya!
Sekarang beliau dah mula jadi mini caterer! Tahun Baru Cina yang lalu, Rozita dapat banyak tempahan dari pelanggan cina untuk bekalkan masakan rendang untuk majlis Makan Besar tahun baru!



Mesej & Pengajaran:
Kadang-kala kita perlu melakukan sesuatu yang luar biasa untuk meletakkan diri atau bisnes kita di kedudukan yang sewajarnya!




oleh:

TAZILAN IBRAHIM



"LIFE'S A TEST, MISTAKES ARE LESSON, BUT THE GIFT OF LIFE IS KNOWING THAT YOU MADE A DIFFERENCE"
-TUPAC SHAKUR-


Semoga Allah memakbulkan impianku dan teman teman untuk menjadi seorang usahawan dan jutawan.Amin.

Salam kejayaan.

TUKAR STRATEGI BISNES DAN KREATIF

TUKAR STRATEGI BISNES


Ismail mengusahakan bisnes gerai tomyam di Kajang sejak tahun 2002 lagi. Asalnya gerainya adalah satu-satunya gerai tomyam di kawasan tersebut. Lokasinya strategik, berhampiran dengan beberapa buah sekolah pula. Namun satu demi satu pesaing muncul dan Ismail seolah-olah tenggelam punca kerana pelanggan semakin kurang dan tentulah pendapatannya semakin merosot!

Bila kami (Ismail dan penulis) berbincang, antara kelemahan utama bisnes tomyam Ismail ialah beliau tidak tahu memasak sama sekali! Selama ini beliau hanya bergantung kepada tukang masak yang diupahnya secara sepenuh masa. Tukang masak yang silih berganti menyebabkan beliau gagal mengekalkan mutu dan rasa masakan di gerainya. Sebab itulah pelanggan lari!

Kami seterusnya cuba perah otak (brainstorm) mencari jalan keluar kepada masalahnya itu. Dipendekkan cerita, rumusannya beliau kena ubah jenis bisnes kepada menjual sesuatu jenis makanan yang siap (ready to serve) atau separa siap. Fikir punya fikir, bersandarkan pemerhatian suasana persekitaran, Ismail dapat idea dan strategi bisnes yang baru iaitu menjual makanan segera seperti burger, kentang goreng, bebola makanan laut dan juga aiskrim!

Peralatan dapur telah berubah dari kuali kepada deep fryer. Hidangan aiskrim pula tak jauh beza dari Swensen atau Baskin Robbins! Bisnes beliau laris! Setiap hari beliau berupaya menjual lebih kurang 300 biji burger, 20 kg kentang goreng dan 30 liter aiskrim! Dalam masa 1 bulan, beliau buka sebuah lagi gerai di Puchong! Nampaknya strategi 'kelainan' yang dicubanya menjadi!

Anda nak tahu siapa pelanggan utamanya?

Budak-budak sekolah! Mereka kata gerai Ismail macam McDonalds!



Mesej & Pengajaran:
Atasi persaingan dengan strategi luar biasa. Menjadi berlainan dari bisnes orang lain meletakkan anda dalam kelas anda tersendiri!


Oleh: Tazilan Ibrahim

“LEARN FROM YESTERDAY ,LIVE FOR TODAY,HOPE FOR TOMMOROW”

Semoga Allah memakbulkan impianku dan teman teman untuk menjadi usahawan berjaya dan jutawan.Amin.

Salam kejayaan

26 January 2009

MENGAPA KEBANYAKAN BISNESS SUKAR CAPAI KEJAYAAN?


MENGAPA KEBANYAKAN BISNESS SUKAR CAPAI KEJAYAAN?


Rahsia utama untuk mencapai kejayaan dalam perniagaan komersial ialah 'menjadi unik'.

Seringkali saya mengulangi perkara ini kepada rakan-rakan bisnes dan juga pelanggan saya – anda mesti menawarkan solutions atau penyelesaian permasalahan dalam bentuk produk ataupun perkhidmatan yang belum ada sesiapa tawarkan lagi! Kebanyakan syarikat perniagaan hanya masuk ke dalam pasaran dan melakukan sama seperti apa yang peniaga lain lakukan. Ini jelas dari pandangan dan persepsi masyarakat.

Dengan cara ini, anda tidak akan ke mana-mana. Sekiranya anda tiada sebarang kelainan atau keunikan untuk ditawarkan, anda umpama penjual sayur di pasar-pasar – anda menawarkan produk yang SAMA seperti peniaga lain. Anda hanya berupaya mendapatkan lebih ramai pelanggan sekiranya anda sanggup menurunkan harga jualan sayuran anda. Dan ini bukanlah caranya untuk menjadi kaya!

Tanya diri anda sendiri persoalan ini, mengapakah sesetengah barangan itu mahal harganya berbanding dengan barangan yang lain? Ianya kerana barang yang mahal itu unik, jarang dijumpai ataupun sukar didapati. Sebaliknya, barangan yang murah pula amat mudah didapati di mana-mana sahaja!

Sekiranya matlamat anda adalah untuk membuat keuntungan, anda harus pastikan yang anda berupaya menjadikan diri, bisnes dan produk anda unik; bukannya menawarkan persamaan seperti \'komoditi\' yang lainnya. Sekiranya anda menawarkan sesuatu yang biasa-biasa sahaja, tiada apa yang membezakan anda dengan peniaga yang lain,melainkan harga. Inilah yang mesti anda elakkan kerana anda terpaksa menurunkan harga jualan dan juga mengurangkan margin keuntungan bisnes anda. Kalau ini berterusan, tidak lama lagi bisnes anda akan \'gulung tikar\'!

Tetapkan matlamat anda dalam setiap perkara yang anda lakukan; samada merancang, menjalankan, mengurus dan membangunkan bisnes anda, tumpuan utama haruslah diberikan kepada menawarkan keunikan dan kelainan!

Setiap aspek bisnes anda itu pula – daripada membangun atau mengeluarkan produk atau perkhidmatan sehinggalah kepada promosi dan juga penjualan kepada pelanggan – mestilah mempunyai ciri-ciri keunikan. Dan ianya bukan sahaja unik semata-mata tetapi keunikan itu mestilah boleh difahami dan dihargai oleh para pelanggan atau target market anda!


Ditulis oleh:

Mohamad Tazilan Hj. Ibrahim
Penulis ebook 'Idea-Idea Bisnes Yang Hebat & Luar Biasa!'
Idea-Idea Bisnes Yang Tidak Pernah Terlintas Di Fikiran Anda!


“BEGIN WITH ONE SMALL STEP.DON’T LET OTHER STAND IN YOUR WAYWALK YOUR OWN PATH.”

Semoga Allah memakbulkan impianku dan teman teman untuk menjadi usahawan berjaya dan Jutawan.Amin

Salam kejayaan.

KUIH HARGA 10 SEN DI BAZAR RAMADAN

Jual Kuih Harga 10 Sen Di Bazar Ramadan!


Saya terbaca kisah ini dalam akhbar Utusan Malaysia yang mengisahkan dua beradik dari Baling, Kedah menjalankan bisnes jual kuih juadah berbuka puasa di Bazar Ramadan.

Punca bisnes kuih dua beradik dapat perhatian sehingga keluar di surat khabar adalah kerana mereka jual kuih pada harga yg paling minima iaitu 10 sen setiap satu.

Dahlah sekarang ni harga barang meningkat naik, bagaimana pula mereka ni jual pada harga yang amat rendah?

Sebenarnya dua beradik ni bijak kerana dapat baca suasana semasa. Ini analisis saya:

1. Sekarang ni musim inflasi. Orang pun semakin berhati-hati dalam perbelanjaan mereka. Jadi jual kuih pada harga 10 sen setiap satu pasti akan menarik minat pelanggan.

2. Saiz kuih jualan dua beradik ni kecil sedikit daripada saiz biasa tetapi tidak kompromi dari segi mutu dan rasa. Kos pun kurang sedikit. Lagipun sekarang ni kan bulan puasa... bagus juga makan kuih bersaiz kecil. Taklah nanti kita terlalu kekenyangan sangat.

3. Seperti yang selalu saya kata, kelainan pasti akan menarik perhatian dan minat pelanggan. Bisnes kuih dua beradik ni buktinya. Bisnesnya biasa sahaja, tetapi dengan sedikit gimik, strategi dan kelainan, bisnes kuih mereka ni dapat perhatian sehingga keluar surat khabar! Dah keluar surat khabar, lagi ramailah yang akan datang beli kuih mereka. Sebab apa? Sebab bisnes mereka berlainan dari kebiasaan. Orang pun pasti berminat nak tengok lebih dekat dekat.

Khabarnya mereka jual 22 jenis kuih dan purata keuntungan setiap jenis kuih adalah antara RM10 - RM15 sehari. Disebabkan keunikan bisnes mereka ini, gerai mereka laris dan jualan habis dalam masa yang amat singkat.


Mesej & pengajaran:
Kita boleh bisnes apa sahaja, tetapi pastikan anda memperkenalkan kelainan dan keunikan dalam bisnes anda itu.


"AKU TIDAK MEMILIH UNTUK MENJADI INSAN BIASA"


Semoga Allah memakbulkan impianku dab teman teman untuk menjadi usahawan dan Jutawan.Amin


Salam kejayaan