Baiklah, aku akan bawa satu case study (not real, but practical)
Marwan seorang saudagar dari India bercadang ingin membuka restoran Roti Canai Kari Kepala Ikan. Dengan modal yang agak terhad, Marwan berjumpa dengan pengurusi sebuah persatuan mamak.Setelah beberapa kali berbincang, pengrusi tersebut bersetuju untuk memodalkan Marwan, tapi dengan syarat. Syaratnya, Marwan mesti mengambil bekalan dari persatuan tersebut.
Marwan bersetuju. Setelah melihat harga-harga bahan mentah, Marwan mendapati, harga bahan mentah tersebut, jauh lebih murah jika dia sendiri mendapatkannya, walaupun di Giant Manjung atau Econsave Setiawan.
Persoalannya. Bagaimanakah persatuan tersebut dapat membekalkan harga bahan mentah yang sangat murah kepada Marwan ?
Jawapannya sangat mudah.
PERTAMA
AWAS !!! :SILA BACA BETUL-BETUL DI BAWAH INI
Sebenarnya, bukan Marwan seorang yang meminta bantuan daripada persatuan itu. Beitu juga dengan persatuan mamak, mereka bukan hanya membekalkan bahan mentah kepada 10, 20, 30 orang, bahkan beratus-ratus orang.
Cuba kau kira ini.
Harga Runcit Beras 10KG = RM30
Harga Borong Beras 10KG = RM8
Harga SUPER Borong Beras 10KG = RM5
(Anggaran kasar)
Daripada harga di atas sahaja kau dah boleh nampak.
KEDUA
Kau tahu kenapa peruncit tak nak buat sos cili jenama dia sendiri ? Sebabnya, kos pembuatan adalah tinggi .Lagi satu, siapa yang nak beli sos cili kau? Apa hebatnya kau sehingga orang nak beli sos cili kau.Ya, masalah utama ialah PASARAN.Jika aku nak buat sos cili sendiri, kos sebotol (kecil) mungkin jatuh RM3.00, itupun jika aku buat untuk 100 botol di mana, aku adalahmandur, kuli cuci botol dan aku jugalh mesin masukkan sos cili dalam botol.
KETIGA
Bahan mentah dari ladang sendiri. Aku ada perasan dalam komen di bawah memberitahu bahan mentah diimport terus dari India. Ya, betul tapi bukan semua.Aku teringat di suatu kawasan di Batang Kali, Selangor, ada masyarakat India menanam pokok kari. Betul-betul sebelah jalan besar.Agak-agak kaulah, apa kau akan buat dengan daun kari banyak-banyak? Nak giling kari pun tak reti !Sama seperti Yang Kedua tadi, cutting cost. Mereka cuba semaksimum mungkin memotong kos-kos bahan mentah.
Mari sama-sama kita listkan kos-kos bahan mentah :
- Bahan mentah itu sendiri
- Kos Storage
- Kos pengangkutan dari satu kawasan ke kawasan yang lain
- Kos pemprosesan (mesin)
- Kos buruh
- Manager
- Mandur
- Teknisyen
- Pekerja Senior
- Pekerja Junior
Dengan memiliki sendiri sumber bahan mentah, mari kita tengok, apa yang kau boleh POTONG (Cutting cost)
- Kos pengangkutan, kau boleh jimat bila kau sendiri yang bawa ke suatu tempat. Mungkin ada meeting.
- Mesin mungkin kau tak perlu. Kalau perlu abaikan ini.
- Kos buruh. Kau tak perlu manager, mandur dan pekerja senior. Kalau tak pakai mesin, teknisyen pun tak payah. Kalau kau nak tahu, inilah salah satu cara Air Asia, hieraki pekerja tu tidak banyak lapisan.
0 SILA KRITIK:
Post a Comment