10 April 2009

TIPS PELABURAN HARTANAH

petikan artikel ahmad azwan


Jadi saya banyak belajar tentang pelaburan dalam hartanah. Saya
ingin kongsikan dengan anda beberapa perkara penting berkenaan
dengan pelaburan hartanah.

1. Lokasi, lokasi, lokasi

Lokasi adalah faktor terpenting dalam membeli hartanah. Jangan
tersilap kerana faktor utama kenaikan harga rumah ialah kerana
lokasi.

Lokasi yang bagus mempunyai tempat yang strategik seperti
berdekatan dengan bandar, dekat dengan kemudahan asas seperti
sekolah, masjid, kedai-kedai, bank, pejabat pos dan mempunyai
sistem pengangkutan yang bagus.

Semakin lama tempat ini akan semakin menjadi tumpuan dan sesak.
Harga hartanah akan meningkat tak kira untuk dijual atau pun disewa.

2. Jika tawaran terlalu bagus untuk didengar - lebih baik anda
berhati-hati!

Jika satu hari anda terbaca iklan atau terdengar dari seseorang
tentang tawaran yang sangat sangat bagus, saya sarankan anda
berwaspada.

Mungkin tawarannya berbunyi begini - Anda cuma perlu bayar RM100
deposit dan apabila rumah telah siap anda tak perlu bayar apa-apa
kerana penyewa telah tersedia dan akan membayar ansuran bulanan
rumah anda!

Malah anda boleh mendapat duit poket RM200 sebulan hasil lebihan
sewa yang dibayar. Akhirnya rumah tersebut akan menjadi milik anda
tanpa anda menggunakan duit anda se sen pun. Macam pernah dengar?

3. Dapatkan harga yang rendah dari harga pasaran

Ramai yang tak tahu berapa harga pasaran sesebuah rumah. Jika anda
ingin tahu, anda boleh rujuk iklan-iklan hartanah untuk dijual
untuk mendapatkan anggaran harga pasaran. Anda juga boleh berjumpa
dengan agen hartanah atau jurunilai hartanah untuk tujuan ini.

Tahukah anda ada penjual yang bersedia menjual hartanah mereka
dengan harga diskaun? Mungkin sehingga 20% diskaun (kalau harga
rumah RM300,000, 20% ialah RM60,000!).

Mungkin tuan rumah ingin berhijrah ke kampung/oversea atau inginkan
wang segera, atau memang dia dah kaya dan nak balik modal sahaja.
Bersabar dan carilah peluang berurusan dengan orang sebegini.

4. Gunakan orang lain sebagai mata dan telinga anda

Anda tidak ada masa untuk mengetahui hartanah mana yang bagus, mana
yang dijual bawah harga pasaran dan sebagainya tetapi jangan risau.
Anda boleh menggunakan khidmat agen hartanah untuk membantu anda.

Mereka mempunyai lebih banyak pendedahan dengan hartanah dan
harganya. Anda juga boleh buat kawan dengan peguam, jurulelong dan
profesional lain yang mempunyai kaitan dengan hartanah.

5. Ketahui tentang produk pinjaman perumahan di pasaran

Tahukah anda 1% perbezaan dalam kadar keuntungan boleh menjimatkan
ribuan RM wang anda.

Itu tidak termasuk diskaun/pengecualian ke atas caj-caj lain yang
juga boleh menjimatkan ribuan RM lagi wang anda. Itu tidak termasuk
cara pengiraan keuntungan yang berbeza-beza dari satu pakej ke
pakej lain dan dari satu bank ke bank yang lain (contohnya
pengiraan secara daily rest dan monthly rest).

Jadi jangan malas untuk mendapatkan maklumat di atas demi
menjimatkan ribuan wang anda. Tidakkah anda mahu menjimat puluhan
ribu wang anda dari diberi kepada bank begitu saja?

0 SILA KRITIK: