21 January 2009

ARE YOU GOING TO FINISH STRONG?





Salam.Sungguh singkat sahaja video yang ingin aku sampaikan .Tak panjang seperti movie blockbuster.Tetapi ianya benar benar memberi motivasi kepada diri aku.Dan aku pasti teman lain juga rasa terharu dengan video ini.Video ini menceritakan keadaan seorang cacat seluruh anggota yang baring dengan muka ke bawah dan bertanya bagaimana dirinya boleh bangkit.Semoga korang dapat manfaat dari video ini dan sebarkanlah apa sahaja ilmu yang berguna kepada semua.Kesimpulan dari video ini adalah aku bersyukur kepada Rabbul Izzati kerana dilahirkan ke dunia dengan cukup sifat.Semoga dengan aku menggunakan segala kurniaan pancaindera dengan sebaik baiknya.


"JANGAN TAKUT GAGALJIKA HENDAK BERJAYA.KITA AKAN BANYAK BELAJAR DARIPADA KEGAGALAN BERBANDING KEJAYAAN"
-UNKNOWN-


Semoga Allah memakbulkan impianku dan teman teman menjadi usahawan dan JUTAWAN . Amin


Salam JUTAWAN





NEVER NEVER NEVER GIVE UP





PERMULAAN YANG TERUK

Cerita ini berkaitan dengan seorang yang bercita-cita untuk menjadi seorang jutawan pada usia 35 tahun. Mustahil, tetapi tidak bagi dirinya dan rakan-rakan seangkatan.

selesai mendapat ijazah di dalam bidang guaman, Beliau telah berkhidmat sebagai seorang ‘lawyer’ di sebuah firma guaman. Walaupun dengan pendapatan yang sangat tinggi,beliau masih belum berpuas hati.Dengan pendapatan yang tinggi, kebebesan kewangan mampu untuk dicapai. tetapi hampir mustahil untuk bergelar seorang jutawan. Dan satu-satunya jalan supaya target 35 tahun tercapai adalah dengan business sendiri.

Hasil daripada idea seorang kawan beliau. Seorang lelaki cina, beliau bertindak membuka perniagaan garam. Air laut yang di ambil, disejat,untuk diambil garamnya.Tidak sempat syarikat untuk bernafas, ia terpaksa di tutup atas alasan, kerugian yang sangat besar perlu ditanggung akibat persaingan dengan syarikat-syarikat besar dari luar negara dan berikutan cuaca yang tidak menentu. Kotak-kotak garam yang di bina, akhirnya hanya tinggal takungan air.

Beliau tidak lagi putus asa. Dengan hutang yang masih banyak tidak terbayar, beliau meneruskan strategi menubuhkan dua lagi syarikat. Malangnya, syarikat itu juga terpaksa di tutup akibat masalah-masalah teknikal yang timbul.harapan masih tinggal harapan.Akhirnya, setelah lama di belenggu masalah, dengan wang hutang yang banyak,

beliau mengorak langkah yang lebih berani dan akhirnya, kejayaan sampai ke tangan! Projek yang dibina atas tiket projek perumahan, telah melonjakkan nama beliau dan telah menjadikan beliau seorang jutawan pada usia 34 tahun. SETAHUN awal dari apa yang dirancang!beliau yang saya maksudkan ialah bekas menteri kewangan Malaysia, Tun Daim Zainuddin syabas tun!Jadi rakan-rakan, masih sempat lagi jika kita mahu setkan target kitaBukan 35 tahun, mungkin pada usia seawal 30. Siapa tahu bukan?


‘DAIM YANG DIAM’


SIAPA tidak kenal bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin.Bertubuh kecil dan tidak sukakan publisiti, hingga beliau pernah dikenali sebagai ‘Daim Yang Diam’Aku terpanggil untuk menulis entry mengenai Daim bila aku terbaca senarai orang terkaya di Forbes dan juga di majalah Malaysian Business. Aku tak tahu apa ‘formula’ yang digunakan oleh kedua-dua majalah ini dalam meletakkan ‘ranking’ seseorang individu itu dari segi pengumpulan harta. Namun seperkara yang menarik adalah nama Daim tidak pernah tersenarai walaupun dalam tangga ke-100 individu terkaya di Malaysia. Apatah lagi di kalangan mereka yang terkaya di dunia.

Hinggalah suatu hari aku dihantar melakukan tugasan Tanzania. Ketika itu aku hendak menukar ‘travellers cheque’ di sebuah bank berhampiran Dar-Es-Salam, ibu negara republik berkenaan.Aku ingat lagi nama bank itu, International Bank of Commerce (ICB). Untuk pengetahuan korang, aku tiba-tiba tergamam sebentar sebaik saja melangkah masuk ke perkarangan bank tersebut.

Mahu taknya, potret Daim ’sebesar-besar alam’ tergantung di dalamnya. Dalam hati aku berkata, apa kejadahnya gambar Daim kat dalam ni? Ke ada manusia lain kat Tanzania ni muka macam Daim?Tapi bila fikir balik, mustahil pulak, kecualilah ada rakyat Afrika yang ‘albino’ jadi taukeh bank (sebab Daim ni agak cerah orangnya)

Sebaik saja selesai urusan, aku terus pergi berjumpa salah seorang pegawai bank di situ. Aku berpura-pura tanya siapakah lelaki dalam bingkai gambar yang besar itu.“For your information Sir, he is the owner of this bank, Mr. Daim Zainuddin. We’ve got 59 branches in Indonesia, 23 branches in Africa itself plus nine branches in Eastern Europe,” katanya dalam ‘accent’ Afrikanya yang pekat itu.

Ambik ko! Sejak hari itu aku tak percaya lagi ‘ranking’ orang-orang terkaya di dunia yang dikeluarkan oleh Forbes.

Sejak itu juga, aku percaya masih banyak manusia di luar sana yang sememangnya berlipat kali ganda kaya tetapi terus ‘low profile’…seperti mana ‘Daim Yang Diam’.Siapa kata Melayu tak hebat?

(Dua tahun lepas ICB menerima anugerah ‘Bank Terbaik 2006’ daripada The Banker di London.)

"USAHA TANGGA KEJAYAAN"
-MOTTO SEKOLAH RENDAH AKU-

Semoga Allah memakbulkan impianku teman teman menjadi usahawan dan JUTAWAN.Amin

Salam Kejayaan

20 January 2009

FAIZUL NAQAB DAN MULTILEVEL MARKETING


Aku percaya tak ramai yang benar benar faham konsep Multi Level Marketing (pemasaran secara berperingkat).Bukan kerana kurang faham tetapi kurangnya kesedaran untuk mengenali lebih lanjut mengenai pendekatan bisnes ini.Selain itu sikap keinginan yang tidak ditukarkan menjadi keperluan menjadikanya hanya angan angan untuk menjadi JUTAWAN.Pernahkah anda melihat sekumpulan anak muda kita berbangsa Melayu,sama agama,sama akidah ,sama warna kulit berjaya memakai kereta idaman masing masing.Mereka bukanya golongan anak orang kaya tetapi dari keluarga miskin dan berjaya mengubah hidup mereka dengan bisnes MLM ini.Menakjubkan, usia seawal 20 thn sudah mampu memiliki EVO,BMW,NISSAN 305,SKYLINE dan pelbagai citarasa.Rupa rupanya ramai juga orang melayu bergelar jutawan tetapi kebanyakan mereka adalah low profil.Kisah ini turut terjadi pada kenalan rakan saya dalam mengharungi dunia bisnes MLM yang kini berusia 22 tahun graduan UKM.Sudah mampu menjana kewangan puluh ribu sebulan dan juga memiliki BMW serta SUBARU WRX. Ianya adalah salah satu bentuk perniagaan yang berbentuk networking.Penjelesan akan aku utarakan dalam artikel kali ini.Sebenarnya ia bukan lah skim cepat kaya a.k.a SCK , labur duit, duduk diam dapat duit.Kalau tak percaya cuba daftar sebagai ahli sahaja dan tunggu .Adakah anda akan menjadi JUTAWAN? Jawapanya tentu tidak.Tetapi, masih ada juga segelintir yang masih buta tidak dapat membezakan skim cepat kaya.Malahan ianya masih lagi glamer sehingga hari ini dan masih ada yang menyertainya.

SEJARAH MLM

Multilevel Marketing (MLM) sebenarnya berasa dari Amerika Syarikat. MLM mula diperkenalkan oleh Dr Karl Ramburg pada tahun 1945. Terdapat 500 ribu jutawan dari Amerika dan 20 % darinya terlibat dalam perniagaan MLM.Daripada 100 syarikat terbesar di Amerika Syarikat, 37% berkonsepkan MLM.John Naitsbit, penulis buku Mega Trend 2000.Dalam pasaran Asia pd tahun 1999 - 2000,hanya terdapat tiga bisnes yang tough iaitu telekomunikasi, komputer dan pemakanan kesihatan berasaskn MLM.

Di negara kita, bumi Malaysia 35 %jutawan terdiri daripada Jutawan MLM.Robert T.Kiyosaki mengatakan perniagaan ini boleh dijalankan secara part time walaupun sudah mempunyai perniagaan sendiri.

KISAH FAIZUL NAQAB



Rupa paras mempunyai kacukan pakistan. Belaiu adalah anak kedua dalam keluarga kehidupan keluarganya amat susah.Mereka sekeluarga menetap di sebuah rumah PPRT di Jengka. Rumah yang femes untuk golongan miskin . Ibu bapa beliau hanya penjaul peralatan ibadah di pasar malam,menjual Al Quran, Sejadah,telekung , dan sebagainya.Beliau telah menyambung pelajaran di Kolej Matrikulasi Kedah selepas keluar keputusan SPM.Beliau adalah seorang pelajar yang agak serius dalam pelajaran kerana sedar bahawa hanya dengan ilmu dapat mengubah nasib keluarganya.Pada satu ketika rakan baiknya mengajak beliau untuk membuat bisnes MLM.Puas diceritakan oleh sahabat beliau Saudara Safuan mengenai peluang bisnes dari A higga Z.Beliau masih tidak percaya dan mengatakan dia mempunyai kesungguhan terhadap pelajaran,baginya dia harus fokus terhadap pelajaran.Beliau menolak pelawaan Safuan dengan baik.Penolakan terhadap bisnes itu juga disebabkan faktor termakan kata kata dan tuduhan tanpa selidik rakan lain yang mendakwa yang Safuan penipu.Alhamdulillah beliau telah mendapat keputusan pngk cemerlang 3.8 semasa di matrikulasi dan berjaya menyambung pengajian di Universiti Malaysia Kebangsaan dalm Bidang Kejuruteraan.setelah hilang berita mengenai Safuan , akhirnya beliau terkejut melihat perubahan yang berlaku kepada Safuan yang sudah mempunyai kereta BMW 328i dan sudah bertunang pada usia yang sama tatkala masih lagi menuntut di UniKLSafuan yang dahulu dikenali dengan perangai yang suka ponteng kelas,keluar malam dan di buang kolej semasa di matrik kerana bergaduh dengan pelajar lain kini mampu menyara hidup sendiri dengan bisnes MLM yang dilakukan secara sambilan.Segala makan minum dan pengajian di tanggung. Majlis pertunangan dengan wang titik peluh sendiri .
Akhirnya faizul juga turut serta walaupun sudah ketinggalan jauh seperti rakanya.Faizul duplicate apa sahaja yang telah dilakukan oleh Safuan.Baginya untuk berjaya dia kene ikut seperti orang yang dah berjaya. sebab semua jalan sudah di tebas,hanya perlu ikut apa yng mereka lakukan untuk berjaya. Faizul menumpukan prospeknya di luar kampus.selang beberapa bulan dengan semangat tak tahu malu dan ingin berjaya.Faizul keluar di dada akhbar dengan hasil kerja yang telah diusahakan.Rakan rakan se kuliah langsung tidak percaya bahawa ada JUTAWAN dari kalangan rakan mereka.Faizul bangga dapat booking kereta BMW 328i unregister yang sama seperti Safuan dengan hasil bisnes MLM dengan deposit RM 1000.Abangnya yang tua setahun pada awalnya di ajak sama untuk ikut perniagaan MLM hanya mencemuh, tetapi setelah melihat cek pertama faizul rm 2000.beliau terus join.Dan paling hampeh, abangnya booking EVO 7 awal sebulan dari Faizul.

" SUCCESS IS THE PROGRESSIVE REALISATION OF A WORTHY GOAL"
-UNKNOWN-


Semoga Allah makbulkan impianku dan teman teman menjadi usahawan dan JUTAWAN..Amin

Salam Kejayaan.