01 February 2009

KEJAYAAN PERLUKAN UJIAN

FROM E-CASH2U

sebenarnya tidak wujud kejadian gagal. “Gagal” hanya istilah perkataan sahaja. ‘Kegagalan’ hanya satu peristiwa sebelum kejayaan berlaku. Katakan anda hendak makan supaya kenyang, anda terpaksa melalui beberapa ‘kegagalan’ iaitu menyuap nasi anda dengan tangan ke mulut. Sepatutnya anda terus kenyang sahaja. Menyuap nasi ke mulut ‘kejadian’ yang diperlukan supaya anda makan dan kenyang.

Kegagalan sebenar ialah apabila anda tidak melakukan perkara yang hendak anda lakukan ataupun anda berhenti berniat melakukan perkara yang hendak anda lakukan.

Katakan anda bercadang hendak memulakan sebuah perniagaan katering, anda telah bersemangat, tiba-tiba semangat anda terhenti kerana seorang rakan baik anda selama ini, entah apa sebabnya mengatakan betapa sukarnya memulakan sesuatu perniagaan dan memberi anda ‘nasihat’ supaya lupakan sahaja. Anda pun setelah berfikir akan ‘nasihat’ rakan baik anda, terus melupakannya. Apabila ini berlaku, anda telah gagal. Sebenarnya saat anda berniat dan percaya anda boleh lakukan, satu masa hadapan realiti telah tersedia untuk anda.

Jangan sesekali anggap ujian sebagai batu penghalang yang sengaja dicipta untuk melambat atau menggagalkan anda. Sebenarnya ujian adalah batu loncatan yang memberi peringatan kepada anda untuk membuat pemeriksaan semula ke atas sebarang kekurangan diri anda semasa menempuhi jalan menuju kejayaan tersebut. Ujian ini akan memantapkan diri anda untuk mencapai kejayaan yang anda impikan dalam ertikata sebenar.

Ingat, anda tidak boleh anggap metlamat anda tercapai bagaikan sakti, yang tiba-tiba wujud di depan anda. Anda mestilah melakukan sesuatu sebab untuk melihat akibatnya.


“Nothing Is Imposible, because imposible is nothing”

IDEA

Cuba anda perhatikan di sekeliling kehidupan harian anda, anda akan dapati beratus-ratus jenis idea perniagaan yang wujud di sekeliling anda. Anda perlu meninjau keadaan dan potensi permintaan dan pemasaran idea anda ini sekiranya anda laksanakannya secara besar-besaran, bermutu tinggi dan harga yang berpatutan dan pada masa dan tempat yang sesuai. Cuba fikirkan siapa agaknya yang boleh menjadi pelanggan kepada barangan atau perkhidmatan anda itu.

Bagaimana Mengenalpasti Peluang Perniagaan?

  1. Apakah peluang perniagaan yang baik sekali masa ini?
  2. Apakah risikonya?
  3. Berapakah kadar keuntungannya?
  4. Mudahkah pesaing baru memasuki pasaran?

Bagaimakah Peluang Perniagaan Wujud?

  1. Kreativiti manusia tiada hadnya.
  2. kebolehan manusia tiada batasannya.
  3. Mengambil kesempatan melalui masalah masyarakat.
  4. Kebolehan manusia berbeza-beza.

Bagaimanakah Saya Boleh Menandingi Persaingan Saya?

Anda mungkin mempunyai pesaing di dalam perniagaan yang dicadangkan. Ini memang menjadi lumrah dalam dunia perniagaan. Kenali mereka dan hormati mereka. Kenalpasti pesaing-pesaing yang secara langsung bersaing dengan anda.

  1. Siapakah pesaing terdekat anda?
  2. Bagaimanakah perniagaan anda serupa dengan mereka?
  3. Adakah anda mempunyai kelebihan atau pasaran ‘tersendiri yang khusus’?
  4. Bagaimanakah perkhidmatan atau produk anda menjadi lebih baik dan lebih diterima oleh pesaing anda?
  5. Apakah yang boleh anda pelajari daripada pemerhatian anda ke atas pesaing anda dan daripada perbualan anda dengan pelanggan mereka?
  6. Adakah anda mempunyai kelebihan dengan menawarkan perkhidmatan tersebut daripada rumah?

Ingat, anda dengan mudah boleh bersaing dengan pesaing anda jika anda tiru semua amalan mereka yang baik dan menyingkirkan semua amalan mereka yang tidak baik.



MISKIN DAN KAYA

FROM E-CASH2U

Kali ini saya saya ingin kongsi mengenai kenapa orang kaya menjadi semakin kaya dan kenapa pula orang miskin menjadi semakin miskin. Memang banyak dapat di lihat hari ini golongan kaya ni semakin kaya raya dan golongan miskin pula semakin miskin walaupun telah bekerja keras. Cuba lihat beberapa senario di bawah:

Yang Kaya Semakin Kaya

  • Mereka tahu apa yang diperlukan atau ciri-ciri/prinsip-prinsip yang perlu dipegang untuk berjaya. Mereka mempunyai mindset untuk berjaya. Dengan pengetahuan ini, mereka hanya mengulangi benda yang sama berkali-kali, bertahun-tahun untuk menambahkan lagi pendapatan.
  • Mereka juga mempunyai pendapatan yang tinggi, oleh itu simpanan dan pelaburan juga tinggi. Contoh, pendapatan RM20,000 sebulan, sekiranya mereka menggunakan RM10,000 sebulan, masih lagi boleh menyimpan atau melaburkan RM10,000 setiap bulan. Sekiranya dilaburkan dalam ASB pun, jumlah itu akan menjadi lebih dari RM1 juta dalam masa kurang dari 6 tahun sahaja! Bagi yang berpendapatan RM30,000 pula, Sekiranya dapat melabur RM20,000 setiap bulan, dalam masa 3 tahun sahaja dapat mengumpul 1 juta!.
  • Orang kaya dapat menarik dan membina network dengan golongan kaya dan berjaya. Seseorang akan menjadi seperti bulatan kenalan mereka. Apabila bulatan kenalan adalah antara yang kaya dan berjaya, ia akan secara langsung menjadikan yang kaya lebih kaya oleh kerana peluang-peluang perniagaan melalui network mereka yang berjaya yang semakin besar.

Yang Miskin Menjadi Semakin Miskin

  • Kerana tidak menjumpai ciri-ciri atau prinsip menjadi kaya. Jadi, kemungkinan mengulangi perkara yang sama di dalam comfort zone mereka. Mereka tidak mempunyai mindset untuk menambahkan kejayaan & kekayaan.
  • Kerana bekerja kais pagi makan pagi, kais petang, makan petang. Tiada ruang untuk menyimpan atau melabur. Pendapatan bulanan sekadar cukup untuk perbelanjaan harian sahaja. Dalam masa bertahun-tahun, tiada pulangan pelaburan.
  • Apabila bulatan kenalan adalah terhad kepada lingkungan yang sama. Tidak dapat melihat peluang perniagaan dan tidak dapat peluang network yang luas di kalangan mereka yang berjaya.

Juga apabila masa berlalu, inflasi akan menyebabkan harga barangan & perkhidmatan bertambah. Ini akan mengakibatkan jurang kekayaan semakin jauh kerana harga barangan yang bertambah tidak effect pada mereka yang berada.

Namun perlu di ingat bahawa yang kaya boleh juga menjadi miskin dalam sekelip mata dengan ketentuan Ilahi. Yang miskin juga boleh menjadi kaya dengan usaha dan keredhaanNya.

Menurut Robert Kiyosaki:

“Orang kaya membeli aset, Orang miskin hanya mempunyai belanja, Kelas Menengah pula membeli liabiliti yang di anggap aset”

Sebab itulah kita lihat hari ini, golongan kaya menjadi semakin kaya dan golongan miskin pula menjadi semakin miskin.