15 September 2009

dollar Cost Averagging


Konsep ni di adaptasi dari konsep Dollar Cost Averaging. Sebenarnya konsep asal DCA adalah bagi mengurangkan risiko kejatuhan harga secara tiba-tiba sebaik sahaja pembelian dibuat. DCA mencadangkan pembelian tidak dibuat secara lump sum, tetapi dibuat beransur-ansur secara berkala, contohnya secara bulanan.

13 September 2009

Langkah-Langkah Mudah Memulakan Pelaburan Unit Trust Melalui Pengeluaran Ahli KWSP (EPF).


Nampaknya kita kena stop dulu cerita kelebihan2 skim unit trust sebab mulai hari ini, 1 Februari 2008, KWSP (EPF) dah start melaksanakan struktur baru pengeluaran pelaburan untuk ahli2 nya. So, ramailah yang bertanya apa bezanya dengan sistem sebelum ni… bezanya, KWSP perkenalkan “Simpanan Asas” dari akaun 1 mengikut umur ahli. Sila download dan baca panduan KWSP (click untuk download) ini (PDF format). Kat dalam tu ada ceritanya, tak payahlah saya nak ulang cerita lagi. Senang cerita, semakin ramai pencarum KWSP dah boleh buat pengeluran dari akaun 1 untuk buat pelaburan.

OK… kalau dah baca panduan tu dan layak buat pengeluaran, bagus tu.. buat apa nak tinggalkan duit anda kat KWSP kalau return setakat 4~5% setahun je. Tunggu apa lagi.. Marilah invest dalam skim unit trust yang returnnya lebih 20% setahun.. So, kat sini saya nak bagitau macam mana procedure nak buat pengeluaran tu..senang saja…

1) Pastikan anda telah faham serba sedikit tentang pelaburan unit trust. Antaranya konsep pelaburan, objektif fund yang nak dilaburkan dan profil pelaburan anda. Macam mana nak dapatkan info-info ini? Jangan risau, anda boleh berbincang dengan ejen-ejen berdaftar yang berurusan dengan unit trust, dan pastikan mereka menerangkan perkara-perkara tersebut dengan jelas kepada anda.

2) Dapatkan nombor akaun KWSP anda. Pergi ke KWSP dan check berapa jumlah simpanan anda dalam akaun 1. Senang saja, masukkan IC anda dalam kiosk yang disediakan, selepas pengesahan cap jari, anda boleh check dan print-out status akaun anda serta merta. Kalau ada internet dan anda telah mendaftar perkhidmatan online KWSP, lagi senang, log-in di http://www.kwsp.gov.my dan anda boleh check status akaun anda.

3) Dah tahu jumlah wang anda, check pula status kelayakan dan pengiraan berapa yang boleh anda keluarkan dari akaun 1 untuk pelaburan. Seperti saya bagitau tadi, check panduan KWSP (click untuk download) tadi. Contoh pengiraan juga disediakan kat situ. Kalau tak faham juga, tanya ejen anda.

4) Setelah anda pastikan kelayakan pengeluaran anda dan jumlah yang boleh dikeluarkan, fotokopi IC anda di atas kertas putih size A4. Muka hadapan dan muka belakang IC anda hendaklah di muka yang sama diatas kertas A4 tersebut. Atasnya front side dan bawahnya back side IC.

5) Langkah seterusnya, jumpa ejen anda dan beliau akan tolong anda isikan borang-borang berkaitan. Anda akan diminta tandatangan dan cap jari (kiri & kanan) ditempat-tempat yang berkenaan. Jangan lupa pula bawa sekali fotokopi IC anda tadi sebab kat situ pun kenan cap jari. Nombor akaun KWSP pun kena ingatlah. Ink cap jari ejen anda akan sedia kan, jangan risau.

6) Dah selesai.. sekarang anda serahkan kepada ejen anda untuk langkah-langkah seterusnya. Setelah pihak KWSP meluluskan permohonan pengeluaran anda dan wang anda diterima oleh pihak pengurusan unit trust yang anda sertai, mereka akan menghantar surat pemberitahuan penerimaan pelaburan anda. Antara lain yang dinyatakan ialah nombor akaun fund yang anda sertai, jumlah wang yang diterima dan jumlah unit yang diperolehi. Dengan ini, anda telah secara rasminya menyetai skim unit trust melalui pengeluaran pelaburan ahli KWSP. Tahniah!

Beberapa tips dan peringatan untuk memudahkan urusan anda.

(a) Pastikan fotokopi IC anda jelas. Boleh dibaca. Tidak overlap antara muka depan dan muka belakang IC anda. Tidak terputus, imej IC anda tidak diletakkan terlalu ketepi kertas A4 hingga terputus imejnya.
(b) Untuk elakkan fotokopi jadi kabur, jangan fotokopi daripada kertas fotokopi IC anda (duplicate copy).
(c) Isi borang dengan ballpen hitam sahaja. Lain color tak boleh.
(d) Cap jari (ibu jari kiri dan kanan) mesti jelas. Kawan saya tanya kalau takde ibu jari camner? Alamak!! saya pun tak boleh jawab lagi… nanti saya refer orang yang lebih layak atau KWSP sendiri..
(e) Sila bulatkan amaun pengeluaran KWSP anda. Contohnya RM2593.80, lebih baik dijadikan RM2590.00 (bulatkan ke amaun yang rendah). Ini akan memudahkan kakitangan KWSP memproses permohonan anda.
(f) Seboleh yang mungkin, jangan tandatangan dan cap jari untuk borang pengeluaran KWSP yang akan datang (dont sign & thumbprint your future EPF form in advance). Biarlah ejen anda buat kerja sikit untuk anda di masa depan.
(g) Kalau belum lagi daftar perkhidmatan online KWSP, dah terlanjur anda pergi ke KWSP tu daftar lah siap2. Nanti 3 bulan akan datang bila anda boleh keluarkan lagi wang KWSP untuk pelaburan, tak payah le nak pergi ke KWSP lagi… check kat online je lah amaun akaun KWSP anda.


Dana Syariah CIMB tawar pulangan 23.6%



KUALA LUMPUR 20 Ogos - CIMB Islamic Bank Bhd. (CIMB Islamic) hari ini melancarkan produk terbarunya, Market Select yang menawarkan pulangan maksimum sehingga 23.6 peratus setahun untuk pelaburan bertempoh lima tahun.

Di sebalik keadaan ekonomi semasa yang tidak menggalakkan, dana perlindungan modal Syariah terbaru itu diyakini dapat menarik pelaburan berjumlah RM200 juta dalam tempoh tawarannya sehingga 19 September ini.

Market Select menawarkan pulangan yang tinggi berbanding deposit tetap dengan mengambil faedah daripada pertumbuhan pasaran baru yang sedang berkembang, selain jaminan perlindungan modal sehingga tempoh matang, kata Ketua Perbankan Runcit CIMB Bank, Peter England. CIMB Bank merupakan cabang perbankan konvensional Kumpulan CIMB.

Beliau berkata, secara umumnya, pelaburan dalam Market Select memberi pulangan purata tahunan sebanyak 16.5 peratus bagi pelan pelaburan selama tiga tahun dan 23.6 peratus untuk pelaburan lima tahun.

England berkata, produk itu akan dilaburkan di 17 buah negara termasuk Amerika Syarikat, Eropah dan Jepun dan pasaran baru muncul di Asia seperti China, India, Malaysia, Indonesia, Filipina dan Thailand.

''Kita juga akan meneroka pasaran negara-negara yang bakal menjadi pasaran baru muncul pada masa depan iaitu Rusia, Afrika Selatan, Brazil, Mexico, Kazakhstan, Mesir, Turki dan Vietnam,'' katanya pada sidang akhbar selepas pelancaran Market Select di sini hari ini.

Satu lagi ciri menarik Market Select ialah dana itu membolehkan para pelabur menjual balik tanpa menunggu tiba tempoh matang dan mengambil peluang meraih keuntungan ketika aliran pasaran meningkat tanpa sebarang penalti, tambah beliau.

Produk Market Select memerlukan pelaburan pokok minimum sebanyak RM25,000 dan pelaburan gandaan RM1,000.